Anjing pengutip

jenis anjing

Anjing pengutip (bahasa Inggeris: retriever) ialah sejenis gundog yang mengutip buruan untuk pemburu. Pada umumnya, gundog terbahagi kepada tiga pengelasan utama: anjing pengutip, spaniel penggarah, dan anjing penuding. Anjing pengutip dibiakbakakan terutamanya untuk mengutip burung atau mangsa lain dan mengembalikan kutipan itu kepada pemburu tanpa kerosakan; anjing pengutip dibezakan dengan pengutipan tanpa gelincir sebagai fungsi utamanya. Hasilnya, baka anjing pengutip dibiakbakakan untuk mulut lembut dan kesanggupan tinggi untuk menyenangkan hati, belajar, dan patuh. Mulut lembut merujuk kesanggupan anjing untuk membawa buruan di dalam mulutnya tanpa menggigit buruan itu. "Mulut keras" pula ialah kecacatan serius pada anjing pemburu dan sangat sukar dibetulkan. Anjing bermulut keras menjadikan buruan tidak elok atau paling teruk tidak boleh dimakan.

Anjing pengutip Teluk Chesapeake dengan itik

Kesanggupan untuk menyenangkan hati, sifat sabar, dan kebolehlatihan pada anjing pengutip telah menjadikan baka seperti anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan popular sebagai anjing pembantu orang kurang upaya. Reputasi cemerlang anjing pengutip telah menjadikan kedua-dua anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan antara 10 baka anjing terbaik untuk kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia.[1]

Jangka hayat

sunting

Purata jangka hayat anjing pengutip ialah kira-kira 10–12 tahun. Sesetengah anjing dapat hidup sehingga usia 15 tahun.[2]

Baka anjing pengutip

sunting

Anjing lain dengan kemahiran pengutipan

sunting
 
Seekor pudel besar hitam yang mengutip seekor itik melewar. Pudel ialah salah satu baka anjing pengutip tertua dan pada asalnya dibiakbakakan untuk mengutip itik di Jerman dan di Perancis.
 
Anjing pengutip keemasan yang meluru. Anjing ini pada asalnya dibiakbakakan di Scotland untuk berburu dalam keadaan rawang.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "The 10 Best Dogs for Kids and Families" [10 Anjing Terbaik untuk Kanak-kanak dan Keluarga]. petMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mei 2024.
  2. ^ "Learn About the Enthusiastic Golden Retriever" [Belajar tentang Anjing Pengutip Keemasan yang Bersemangat] (dalam bahasa Inggeris).
  • Fergus, Charles (1 Ogos 2002). Gun Dog Breeds: A Guide to Spaniels, Retrievers, and Pointing Dogs [Baka Gundog: Panduan untuk Spaniel, Anjing Pengutip, dan Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Guilford, Connecticut, Amerika Syarikat: The Lyons Press. ISBN 9781585746187. OCLC 50243124.
  • Smith, Steve, penyunting (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Minocqua, Wisconsin, Amerika Syarikat: Willow Creek Press. m/s. 107–125. ISBN 9781572235014. OCLC 49277228.