Anjing Eskimo Kanada
Anjing Eskimo Kanada[a] atau anjing Inuit Kanada[b][2] ialah satu baka anjing pekerja dari Artik. Nama lain termasuk qimmiq[3] atau qimmit[4] (perkataan bahasa Inuit untuk "anjing"). Anjing Greenland dianggap sebagai baka sama dengan anjing Eskimo Kanada oleh sebab kedua-duanya belum cukup mencapah secara genetik untuk dianggap sebagai baka terpisah, walaupun terdapat pengasingan geografi.[5][6]
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Kanada | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baka ini diancam dengan kepupusan, dengan anggaran tahun 2008 sebanyak hanya 300 ekor anjing baka tulen.[7] Sungguhpun pernah digunakan sebagai kaedah pengangkutan pilihan oleh orang Inuit di Artik Kanada, menjelang tahun 1960-an, pasukan anjing pekerja tradisional semakin jarang di Utara. Faktor penyumbang kepada penurunan baka ini termasuklah peningkatan kepopularan kereta salji untuk pengangkutan dan ketersebaran penyakit anjing berjangkit.[4][8] Kontroversi menyelubungi penghancuran terniat bagi bilangan yang diperbedatkan bagi anjing tarikan Inuit pada antara tahun 1950 dengan tahun 1970 oleh Polis Berkuda Diraja Kanada serta usaha baru-baru ini untuk meningkatkan populasi baka ini.
Zuriat
suntingAnjing pertama tiba di Benua Amerika pada 12,000 tahun lalu. Walau bagaimanapun, orang dan anjing mereka tidak bertapak di Artik sehingga ketibaan dua kelompok dari Siberia, orang Paleo-Eskimo pada 4,500 tahun lalu dan orang Thule pada 1,000 tahun lalu. Anjing Inuit dari Kanada (anjing Eskimo Kanada) dan anjing Greenland diturunkan daripada anjing yang dikaitkan dengan orang Thule yang bergantung pada anjing ini untuk pengangkutan dari Siberia.
Pada tahun 2015, sebuah kajian yang menggunakan sebilangan penanda genetik menunjukkan bahawa kedua-duanya merupakan anjing sama dan tidak patut dianggap sebagai baka terpisah,[6][5] bahawa kedua-duanya mengekalkan warisan peribumi yang mendahului penjajahan dan waktu yang sepadan dengan ketibaan orang Thule, dan bahawa kedua-duanya berbeza daripada husky Siberia, husky Alaska, dan malamut Alaska. Jujukan-jujukan DNA mitokondrion ibu bagi anjing-anjing Inuit dikelaskan sebagai haplotip A31 yang menandakan seekor leluhur betina bersama. Haplotip ini tidak dapat ditemukan pada anjing moden lain; padanan terdekat adalah dengan jasad seekor anjing berusia 1,000 tahun dari Florida.[6]
Sebuah kajian tahun 2018 menemukan bahawa semua anjing asli yang pada asalnya dibawa oleh gelombang pertama penghijrahan manusia ke Benua Amerika, beristilahkan klad "pre-contact dog" ("anjing praperhubungan"; PCD), kini pupus. Kelompok ini termasuk anjing-anjing yang dibawa oleh orang Paleo-Eskimo pada 4,500 tahun lalu. Anjing Eskimo Kanada, yang dibawah dalam gelombang kemudian oleh orang Thule, tergolong dalam kelompok berjiran bagi anjing Artik.[9] Sebuah kajian tahun 2019 mengesahkan bahawa anjing-anjing Artik yang lebih kemudian disebarkan oleh orang Inuit ke serata Amerika Utara pada 2,000 tahun lalu, dan menggantikan gelombang pertama PCD di tempat tujuan anjing-anjing ini.[10]
Perihal
suntingPenampilan
suntingAnjing Eskimo Kanada patut sentiasa bertubuh berkuasa, atletik, dan berpenampilan mengagumkan. Ia patut mempunyai "susuk tubuh yang memberikan penampilan bahawa ia tidak terbina untuk kelajuan tetapi sebaliknya untuk kerja keras".[11] Sebagaimana baka spits yang tipikal, ia mempunyai telinga segi tiga tegak dan ekor berumbai lebat yang terangkat ke arah atas belakangnya. Jantan patut berbeza dengan lebih berotot berbanding dengan betina yang bertulang lebih halus, lebih keciL, dan kerap mempunyai lapis bulu lebih pendek sedikit.
Keserupaan luarannya dengan serigala kerap dicatat oleh para penjelajah semasa Penjelajahan Coppermine 1819–1822. Mereka mencatat bahawa telinga anjing Eskimo yang ditemukan oleh mereka adalah serupa dengan telinga serigala Amerika, dan tungkai hadapan anjing-anjing ini kekurangan tanda hitam di atas paras pergelangan kaki seciri dengan serigala Eropah. Cara paling pasti untuk membezakan kedua-dua spesies ini dikatakan adalah melalui panjang dan postur ekor, yang lebih pendek dan lebih melengkung pada anjing.[12]
Bulu dan warna
suntingLapis bulunya adalah sangat tebal dan padat, dengan lapis bulu bawah lembut dan rerambut pengawal kaku dan kasar. Anjing Eskimo mempunyai surai bulu lebat di sekitar lehernya, yang agak mengagumkan pada jantan dan menambahkan ilusi saiz tambahan. Surai ini lebih kecil pada betina. Anjing Eskimo dapat memiliki hampir mana-mana warna, dan tiada warna tunggal atau corak warna tunggal patut mendominasi. Anjing putih padu kerap terlihat, serta anjing putih dengan tompok berwarna lain di kepala atau di tubuh dan di kepala. Anjing berwarna perak atau hitam padu adalah umum juga. Banyak anjing berwarna padu mempunyai tanda mirip topeng putih di muka, kadang-kadang dengan tompok di atas paras mata. Anjing lain pula mungkin mempunyai stoking dan belang hidung putih tanpa tompok mata atau topeng.
Saiz
suntingSaiz anjing Eskimo Kanada bergantung pada jantinanya. Jantan berukuran seberat 30–40 kg (66–88 lb) dan berdiri setinggi 58–70 cm (23–28 in) pada paras bahu. Betina pula berukuran seberat 18–30 kg (40–66 lb) dan berdiri setinggi 50–60 cm (20–24 in).[1]
Perangai
suntingPerangai anjing Eskimo Kanada mencerminkan kerja dan persekitaran aslinya. Ia setia, tabah, berani, cerdas, dan berwaspada.[13] Ia bersikap penyayang dan lembut, dan membentuk ikatan kukuh dengan tuannya dan amat setia. Apabila digunakan sebagai anjing tarikan, ia kerap diperlukan untuk mencari makanan dan memburu makanan sendiri. Hasilnya, banyak anjing Eskimo Kanada mempunyai dorongan pemangsa lebih kuat berbanding dengan sesetengah baka lain. Atas sebab persekitaran aslinya, ia amat menikmati cuaca sejuk dengan kerap memilih untuk tidur di luar pada musim sejuk. Seperti kebanyakan baka spits, ia dapat menjadi sangat kuat bersuara.
Penjagaan dan pelatihan
suntingAnjing Eskimo Kanada memerlukan sangat banyak senaman. Ia tidak boleh hanya dijalankan kerana ia memerlukan kerja dengan lebih keamatan dan lebih senaman daripada yang dapat diberikan oleh ramai pemilik anjing. Keperluan untuk kerja dan rangsangan menjadikannya amat sesuai untuk sukan anjing, seperti carting, mushing, dan skijoring. Ia sangat mudah dilatih dan mengalah, tidak seperti banyak baka spits, serta cerdas. Anjing Eskimo Kanada paling baik dibela dalam iklim sejuk dan terdedah kepada strok haba. Lapis bulunya agak mudah dijaga pada kebanyakan masa dengan keperluan pemberusan hanya sekali atau dua kali seminggu. Walau bagaimanapun, apabila ia berganti bulu (yang berlaku sekali setahun), ia bakal memerlukan penjagaan bulu setiap hari.
Dahulu, orang Inuit memakaikan abah-abah pada anjing mereka sebaik ia mampu berjalan dan kemudian memperoleh tabiat penarikan kereta luncur dalam cubaan untuk membebaskan diri. Pada usia dua bulan, anak anjing ditempatkan bersama dengan anjing dewasa. Kadang-kadang, sepuluh ekor anak anjing diletakkan di bawah pimpinan anjing lebih tua, disertakan dengan pukulan kerap daripada tuan, yang patut mendidik anak anjing itu.[12]
Sejarah
suntingOrang Inuit tidak pernah menganggap anjing sebagai sebahagian daripada alam haiwan (uumajuit), tetapi hanya sebagai alat untuk kewujudan manusia.[14] Ia digunakan (kini sangat terhad) oleh orang Inuit Kanada sebagai anjing serba guna yang kerap dikerjakan untuk memburu anjing laut dan buruan Artik lain dan menarik bekalan dan orang. Para penjelajah mencatat bahawa anjing-anjing ini mampu menjejak lubang anjing laut dari jarak jauh dan kadang-kadang digunakan untuk memburu beruang kutub. Anjing ini dilaporkan sebagai anjing yang sangat bersungguh-sungguh dalam memburu beruang sampaikan, kadang-kadang, pengendalinya menjeritkan "nanuq"[15] (sebutan bahasa Inuktitut untuk beruang) untuk menggalakkan anjing semasa menarik kereta luncur.
Walau bagaimanapun, anjing ini tidak mengejar serigala dan sebaliknya melolong dengan takut apabila didekati oleh serigala.[16] Air kencing beku anjing digunakan oleh orang Inuit sebagai ubat dan bulunya lebih dihargai berbanding dengan bulu serigala, oleh sebab rintangan lebih tinggi terhadap kehausan.[14][17] Pada waktu kebuluran, anjing digunakan sebagai sumber makanan darurat.[14] Walaupun pernah diandaikan sebagai serigala jinak atau kacukan anjing–serigala oleh para penjelajah,[16] termasuk Charles Darwin oleh sebab keserupaan dari segi penampilan dan penyuaraan,[18] pengujian genetik telah menunjukkan bahawa anjing Eskimo tidak mempunyai keleluhuran serigala terkini.[19]
Baka ini kini diancam dengan kepupusan. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, baka ini masih dalam permintaan untuk ekspedisi kutub, dan hampir-hampir 20,000 ekor anjing hidup di Artik Kanada pada tahun 1920-an. Walau bagaimanapun, baka ini berkurang dengan ketara menjelang tahun 1960-an. Baka ini pernah diterima untuk pertunjukan oleh kedua-dua American Kennel Club (AKC) dan Canadian Kennel Club (CKC); walau bagaimanapun, pada tahun 1959, AKC menggugurkan baka ini daripada daftarnya oleh sebab angka amat rendah.[20] Anjing Eskimo Kanada dan anjing Greenland kadang-kadang dianggap sebagai baka sama oleh pihak-pihak berwibawa, namun anjing Greenland dapat dikritik kerana kekurangan program pembiakbakaan tersusun, yang menyebabkan pertikaian terhadap keesahannya sebagai baka tulen.[21]
Sejak tahun 1970-an, pihak berminat yang termasuk Eskimo Dog Research Foundation ("Yayasan Penyelidikan Anjing Eskimo"; EDRF) telah berusaha untuk menaikkan angka baka ini. EDRF ditubuhkan pada tahun 1972 dan sebahagian besarnya dibiayai oleh Pemerintah Kanada dan Pemerintah Wilayah Barat Laut, dengan sedikit sokongan daripada CKC.[22] EDRF membeli anjing daripada populasi kecil (kira-kira 200 ekor anjing) yang tersisa di Artik Kanada dari kem-kem pedalaman Inuit di Pulau Baffin, di Semenanjung Boothia, dan di Semenanjung Melville.[22] EDRF kemudian mula membiakbakakan anjing untuk meningkatkan bilangan.
Brian Ladoon juga membeli anjing pada tahun 1970-an daripada komuniti-komuniti utara di Kanada dan memulakan pembiakbakaan selepas diberi tugas untuk menyelamatkan anjing ini oleh Uskup Omer Alfred Robidoux dari Keuskupan Churchill–Teluk Hudson. Beliau beralih daripada malamut dan husky kepada anjing Eskimo Kanada, dan selepas pembiakbakaan selama 30 tahun masih memiliki koloni ternakan genetik terbesar bagi anjing Eskimo Kanada di dunia. Baka moden berasal daripada bilangan pengasas yang agak ramai, lantas memastikan kebolehubahan genetik cukup untuk mengelakkan pembiakbakaan dalam.
Anjing Eskimo Kanada pada masa ini digunakan dalam pasukan anjing tarikan yang menghibur para pelancong dan untuk pemburuan beruang kutub komersial. Menurut undang-undang, pemburuan beruang kutub di Wilayah Barat Laut dan di Nunavut mesti dijalankan dengan pasukan anjing atau secara berjalan.[23][24] Syaratnya sebahagiannya adalah untuk tujuan keselamatan; anjing pekerja dapat mengesan dengan lebih baik apabila beruang kutub hadir, manakala bunyi motor kereta salji mengaburi sebarang petanda beruang kutub. Pada 1 Mei 2000, wilayah Nunavut di Kanada secara rasmi mengangkat "anjing Inuit Kanada" sebagai lambang haiwan bagi wilayah itu,[2][25] lalu menyematkan nama anjing tradisional mereka (qimmiq) dalam bahasa Inuktitut.
Pembunuhan anjing oleh RCMP
suntingPada antara tahun 1950 dengan tahun 1950, Polis Berkuda Diraja Kanada (Royal Canadian Mounted Police, RCMP) membunuh anjing tarikan Inuit. Orang Inuit merujuk kejadian ini sebagai qimmiijaqtauniq. Anggaran angka anjing terbunuh berjulat antara 1,200 hingga 20,000 ekor anjing.[26][27] Dalam sesetengah komuniti, orang tua-tua telah mendakwa bahawa pemusnahan ini dilakukan untuk menakut-nakutkan orang Inuit dan untuk sengaja mengganggu-gugat cara hidup mereka.[28] Sebagai respons kepada tuduhan ini, pada tahun 2005, RCMP menjalankan penyiasatan dalaman terhadap pembunuhan ini. Laporannya menyimpulkan bahawa anjing memang dibunuh, namun dengan tujuan kesihatan awam – untuk menggugurkan haiwan sakit, berbahaya, dan merana. Walau bagaimanapun, laporan juga mengakui bahawa RCMP jarang mengikuti ordinan yang mensyaratkan bahawa anjing perlu ditangkap dahulu dan pemilik perlu dimaklumkan dahulu sebelum pembunuhan, bahawa pemilik tidak mengusahakan bantuan menentang pembunuhan tidak munasabah, dan bahawa justifikasi untuk pembunuhan tidak selalu diperjelaskan kepada orang Inuit. Laporan ini menafikan bahawa mana-mana anjing dibunuh sebagai sebahagian rancangan menentang orang Inuit. Persatuan Inui Qikiqtani mengutuk laporan ini sebagai laporan "pincang, cacat, dan tidak lengkap".[4][29][30] Persatuan ini kemudian menerbitkan laporan sendiri yang keras-keras mengkritik pembunuhan anjing oleh RCMP sementara masih belum menemukan konspirasi sengaja menentang orang Inuit.[31]
Pada Ogos 2019, Menteri Hubungan Mahkota–Peribumi Kanada Carolyn Bennett menyatakan permintaan maaf meluas kepada orang Inuit Pulau Baffin, termasuk kerana pembunuhan dan kemerosotan angka paksaan bagi anjing Inuit. Ini merupakan acara ketiga bagi sederet permintaan maaf yang dinyatakan oleh sebab penderaan terdahulu, layanan buruk, dan pemindahan paksa orang Inuit, dan hadir dengan sumbangan CA$20 juta kepada Persatuan Inuit Qikiqtani, $700,000 daripadanya disalurkan kepada perlumbaan anjing tarikan Nunavut Quest tahunan selama 7 tahun.[31]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ايسکيمو کانادا ; bahasa Inggeris: Canadian Eskimo dog
- ^ Jawi: انجيڠ اينوءيت کانادا ; bahasa Inggeris: Canadian Inuit dog
Rujukan
sunting- ^ a b c d e New Zealand Kennel Club: Canadian Eskimo Dog breed standard. (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ qimmiq[pautan mati kekal] di Inuktitut Living Dictionary. Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ a b c Inuit Sled Dogs in the Baffin Region, 1950 to 1975 (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 15 Julai 2011 di Wayback Machine Qikiqtani Truth Commission
- ^ a b Friis Andersen, Hanne (2005). Population Genetic Analysis of the Greenland Dog and Canadian Inuit Dog: Is It the Same Breed? [Analisis Genetik Populasi bagi Anjing Greenland dan Anjing Inuit Kanada: Adakah Ini Baka Sama?] (dalam bahasa Inggeris). Kopenhagen, Denmark: Universiti Veterinar dan Pertanian Diraja, Jabatan Sains Haiwan dan Kesihatan Haiwan, Bahagian Genetik Haiwan. m/s. 39. OCLC 476638737.. Lihat juga Greenland Dog / Inuit Dog…. it makes no difference (dalam bahasa Inggeris) dalam The Fan Hitch Jilid 7, Bilangan 4, September 2005 Journal of the Inuit Sled Dog International. Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ a b c Brown, Sarah Krystyna; Darwent, Christyann M.; Wictum, E. J.; Sacks, Benjamin N. (24 Jun 2015). "Using multiple markers to elucidate the ancient, historical and modern relationships among North American Arctic dog breeds" [Menggunakan berbilang penanda untuk menerangkan hubungan purba, hubungan sejarah, dan hubungan moden dalam kalangan baka anjing Artik Amerika Utara]. Heredity (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 115 (6): 488–495. doi:10.1038/hdy.2015.49. ISSN 1365-2540. PMC 4806895. PMID 26103948. S2CID 20747538.
- ^ "News | Canadian Eskimo Dog Foundation - Churchill MB Canada" [Berita | Canadian Eskimo Dog Foundation - Churchill MB Canada] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2014. Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ Canadian Inuit Dogs History (dalam bahasa Inggeris)
- ^ Ní Leathlobhair, Máire; Perri, Angela R.; Irving-Pease, Evan K.; Witt, Kelsey E.; Linderholm, Anna; Haile, James Seymour; Lebrasseur, Ophélie; Ameen, Carly; Blick, Jeffrey; Boyko, Adam R.; Brace, Selina; Cortes, Yahaira Nunes; Crockford, Susan Janet; Devault, Alison; Dimopoulos, Evangelos A.; Eldridge, Morley; Enk, Jacob; Gopalakrishnan, Shyam; Gori, Kevin; Grimes, Vaughan; Guiry, Eric; Hansen, Anders Johannes; Hulme-Beaman, Ardern; Johnson, John; Kitchen, Andrew; Kasparov, Aleksey Kasparovich; Kwon, Young-Mi; Nikolʹskiy, Pavel Aleksandrovich; Lope, Carlos Peraza; Manin, Aurélie; Martin, Terrance; Meyer, Michael; Myers, Kelsey Noack; Omura, Mark; Rouillard, Jean-Marie; Pavlova, Yelena Yurʹyevna; Sciulli, Paul; Sinding, Mikkel Holger Strander; Strakova, Andrea; Ivanova, Varvara Viktorovna; Widga, Christopher; Willerslev, Eske; Pitulʹko, Vladimir Viktorovich; Barnes, Ian; Gilbert, Marcus Thomas Pius; Dobney, Keith M.; Malhi, Ripan Singh; Murchison, Elizabeth P.; Larson, Greger John; Frantz, Laurent Alain François (6 Julai 2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas" [Sejarah evolusi anjing di Benua Amerika]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. ISSN 0036-8075. JSTOR 26498950. PMC 7116273. PMID 29976825. S2CID 186313281.
- ^ Ameen, Carly; Feuerborn, Tatiana R.; Brown, Sarah Krystyna; Linderholm, Anna; Hulme-Beaman, Ardern; Lebrasseur, Ophélie; Sinding, Mikkel Holger Strander; Lounsberry, Zachary T.; Lin, Audrey T.; Appelt, Martin; Bachmann, Lutz; Betts, Matthew; Britton, Kate; Darwent, John; Dietz, Rune; Fredholm, Merete; Gopalakrishnan, Shyam; Goriunova, Olga I.; Grønnow, Bjarne; Haile, James Seymour; Hallsson, Jón Hallsteinn; Harrison, Ramona; Heide-Jørgensen, Mads Peter; Knecht, Rick; Losey, Robert Justin; Masson-Maclean, Edouard; McGovern, Thomas H.; McManus-Fry, Ellen; Meldgaard, Morten; Midtdal, Åslaug; L. Moss, Madonna; Nikitin, Iurii G.; Nomokonova, Tatiana; Pálsdóttir, Albína Hulda; Perri, Angela R.; Popov, Aleksandr N.; Rankin, Lisa; Reuther, Joshua D.; Sablin, Mikhail Valerievich; Schmidt, Anne Lisbeth; Shirar, Scott; Smiarowski, Konrad; Sonne, Christian; Stiner, Mary C.; Vasyukov, Mitya; West, Catherine F.; Ween, Gro Birgit; Wennerberg, Sanne Eline; Wiig, Øystein; Woollett, James; Dalén, Love; Hansen, Anders Johannes; Gilbert, Marcus Thomas Pius; Sacks, Benjamin N.; Frantz, Laurent Alain François; Larson, Greger John; Dobney, Keith M.; Darwent, Christyann M.; Evin, Allowen (27 November 2019). "Specialized sledge dogs accompanied Inuit dispersal across the North American Arctic" [Anjing kereta luncur salji terkhusus menemani persebaran orang Inuit ke serata Artik Amerika Utara]. Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 286 (1916): 20191929. doi:10.1098/rspb.2019.1929. ISSN 1471-2954. JSTOR 26875269. PMC 6939252. PMID 31771471. S2CID 208296659.
- ^ Canadian Kennel Club: Canadian Eskimo Dog breed standard. (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ a b Richardson, John; Swainson, William John; Kirby, William (1829). Fauna Boreali-americana, or, the Zoology of the Northern Parts of British America: The Quadrupeds [Fauna Amerika Utara, atau, Zoologi Bahagian Utara Amerika British: Kuadruped] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: John Murray. OCLC 13607386.
- ^ Polar Controversy (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 30 Mei 2008 di Wayback Machine Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ a b c Qimmiq — Dogs (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ nanuq di Inuktitut Living Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ a b Rennie, James (1829). The Menageries: Quadrupeds, Described and Drawn from Living Subjects [Menagerie: Kuadruped, Diperihalkan dan Dilukis daripada Subjek Hidup] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Charles Knight. OCLC 8573069.
- ^ Coppinger, Raymond Parke; Coppinger, Lorna (27 Mei 2001). Dogs: A Startling New Understanding of Canine Origin, Behavior & Evolution [Anjing: Pemahaman Baharu Mengejutkan bagi Asal Usul, Tingkah Laku, dan Evolusi Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Scribner. m/s. 352. ISBN 9780684855301. OCLC 45466125.
- ^ The Variation of Animals and Plants Under Domestication Part One (dalam bahasa Inggeris) oleh Charles Darwin, 1885
- ^ Inuit Sled Dog International (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 19 Julai 2014 di Wayback Machine Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ The Seven Wonders - Animals (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ Polar Bear World (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 16 Oktober 2007 di Wayback Machine Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ a b Canadian Eskimo Dog Foundation - About (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 1 Februari 2014 di Wayback Machine
- ^ Summary of Hunting Regulations 2010/2011 (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 20 Mei 2013 di Wayback Machine halaman 7.
- ^ 2012-2013 Summary of Hunting Regulations (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 4 September 2012 di Wayback Machine halaman 20
- ^ Motion 25 – 1(3): Official Emblems (dalam bahasa Inggeris), Isnin 1 Mei 2000, Nunavut Hansard, Halaman 2049.
- ^ Michelin, Ossie (28 November 2019). "Canadian Inuit Dog" [Anjing Inuit Kanada]. The Canadian Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.
- ^ Makin, Kirk (9 Julai 2005). "What really happened to the Inuit sled dogs?" [Apakah yang sebenarnya terjadi kepada anjing kereta luncur salji Inuit?]. The Globe and Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2024.
- ^ Ole Gjerstad; Joelie Sanguya. "Qimmit: A Clash of Two Truths" [Qimmit: Pertembungan Dua Kebenaran]. Documentary film (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Filem Kebangsaan Kanada. Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ Bell, Jim (8 Disember 2006). "RCMP: Dogs killed for health and safety" [RCMP: Anjing dibunuh untuk kesihatan dan keselamatan]. Nunatsiaq News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2012. Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ Final Report: RCMP Review of Allegations Concerning Inuit Sled Dogs (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 16 April 2014 di Wayback Machine
- ^ a b "Federal government apologizes to Baffin Inuit for sled dog killings, forced relocations" [Pemerintah persekutuan mohon maaf kepada orang Inuit Baffin atas pembunuhan anjing kereta luncur salji, pindah paksa]. CBC (dalam bahasa Inggeris). 14 Ogos 2019. Dicapai pada 2 Januari 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Eskimo Kanada |
- Kelab Anjing Eskimo Kanada Great Britain (dalam bahasa Inggeris)
- Rangkaian Anjing Inuit/Eskimo Kanada (dalam bahasa Inggeris)
- Inuit Sled Dog International (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 19 Julai 2014 di Wayback Machine
- Anjing Inuit (Eskimo) Kanada (dalam bahasa Inggeris)
- The Fan Hitch, Laman Sesawang dan Jurnal Anjing Tarikan Inuit (dalam bahasa Inggeris)
- Anjing Inuit: Asal Usul, Persekitaran dan Sejarahnya (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 20 Februari 2013 di Wayback Machine