Portal:Hal semasa di Eropah/2013
2013
sunting- 30 Disember - Dalam penerbangan sulungnya, roket Soyuz-2-1v Rusia melancarkan mikrosatelit Aist 1 dan dua satelit penentukuran radar.
- 15 Disember - Pasukan hoki kebangsaan bawah-21 Jerman menjuarai Hoki Piala Dunia Remaja 2013.
- 21 November - Bumbung sebuah pasar raya di Riga, Latvia runtuh, mengorbankan lebih 50 orang.
- 19 November - Ahli biokimia British dan penerima Hadiah Nobel dalam Kimia dua kali Frederick Sanger meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- 17 November - 50 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737 Tatarstan Airlines (gambar) terhempas di Lapangan Terbang Kazan, Rusia.
- 29 Oktober - Terowong kereta api Marmaray (gambar) di bawah Bosporus dibuka, menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki.
- 18 Oktober - Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.
- 22 September - Dalam plihan raya persekutuan Jerman, parti CDU pimpinan Angela Merkel memenangi kemajmukan kerusi Bundestag.
- 17 September - Operasi penyelamatan marin termahal di dunia menegakkan bangkai kapal Costa Concordia (gambar).
- 9 September - Lukisan Zonsondergang bij Montmajour (gambar) dipamerkan sebagai kerja hilang Vincent van Gogh.
- 9 September - Gabungan pertengahan kanan yang diketuai Parti Konservatif mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Norway.
- 30 Ogos - Sebuah ngarai yang baru ditemui di bawah lembar ais Greenland didapati merupakan yang terpanjang di dunia.
- 24 Julai - Kemalangan kereta api (gambar) di Santiago de Compostela, Sepanyol, mengorbankan 78 orang.
- 21 Julai - Selepas ayahandanya Albert II makzul, Philippe (gambar) menjadi Raja Belgium.
- 16 Julai - Perancis mendapat pingat emas dalam bolasepak di Sukan Universiti Musim Panas 2013-lelaki.
- 11 Julai - Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.
- 3 Julai - Raja Albert II dari Belgium mengisytiharkan bakal turun takhta.
- 1 Julai - Croatia menjadi anggota ke-28 Kesatuan Eropah.
- 30 Jun - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
- 17 Jun - Perdana Menteri Czech Petr Nečas meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan korupsi.
- 14 Jun - Pesawat Airbus A350 XWB menjalankan penerbangan sulungnya (gambar).
- 26 Mei - Dalam perlumbaan auto Formula Satu, Nico Rosberg memenangi Grand Prix Monaco.
- 24 Mei - Dalam bola sepak, Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund dan memenangi Liga Juara-Juara UEFA kelima mereka.
- 11 Mei - Wigan Athletic menewaskan Manchester City untuk memenangi Piala FA Akhir 2013.
- 30 April - Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander menjadi Raja Belanda.
- 29 April - Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin helium cecair .
- 23 April - Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris.
- 20 April - Giorgio Napolitano menjadi Presiden Itali pertama yang terpilih semula.
- 9 April - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam tembakan rawak di kampung Velika Ivanča, Serbia.
- 8 April - Bekas Perdana Menteri British Margaret Thatcher meninggal dunia pada umur 87 tahun.
- 24 Februari - Nicos Anastasiades terpilih sebagai Presiden Cyprus.
- 18 Februari - Serzh Sargsyan terpilih semula sebagai Presiden Armenia.
- 15 Februari - Di tengah Rusia, gelombang kejutan dari sebutir meteor (gambar)—terbesar sejak 1908—mencederakan {{nowrap|1,200 orang]] - manakala 3,000 buah bangunan rosak.
- 11 Februari - Benedict XVI mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan sebagai paus Gereja Roman Katolik pada akhir Februari.
- 4 Februari - Ahli arkeologi mengecam jasad manusia yang ditemui di Leicester sebagai milik Richard III dari England.
- 28 Januari - Ratu Beatrix (gambar) mengumumkan akan turun daripada takhta Belanda pada akhir April.
- 26 Januari - Miloš Zeman terpilih sebagai Presiden Republik Czech.
- 1 Januari - Argentina, Australia, Luxembourg, Rwanda dan Korea Selatan menyertai Majlis Keselamatan PBB.