Portal:Hal semasa di Asia/2013
2013
sunting- 22 Disember - Thailand mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia Tenggara ke-27.
- 14 Disember - Chang'e 3, membawa perayau Yutu, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di Bulan sejak 1976.
- 1 Disember - Misi perayau bulan pertama China, Chang'e 3 berjaya dilancarkan dari Xichang.
- 26 November - Tokong agama Buddha yang tertua diketahui didedahkan di Kuil Maya Dewi (gambar) di Lumbini, Nepal.
- 24 November - Iran menyetujui perjanjian sementara dengan negara P5+1, mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan pelonggaran sekatan.
- 16 November - Abdulla Yameen terpilih sebagai Presiden Maldives.
- 15 November - China mengumumkan akan melonggarkan dasar satu anaknya.
- 11 November - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa tanjung tinggi di Kuil Preah Vihear milik Kemboja dan angkatan Thai perlu berundur.
- 8 November - Taufan Haiyan (imej satelit), siklon tropika 2013 terkuat, menyebabkan kerosakan besar dan ribuan orang maut di Filipina.
- 5 November - India melancarkan Mars Orbiter Mission, kuar antara planet pertamanya.
- 3 November - Pahang FA menjuarai Piala Malaysia 2013.
- 2 November - Kelab bola sepak Al-Kuwait menjuarai Piala AFC 2013.
- 1 November - Pemimpin Taliban Pakistan Hakimullah Mehsud disahkan terbunuh dalam satu serangan dron A.S.
- 29 Oktober - Terowong kereta api Marmaray (gambar) di bawah Bosporus dibuka, menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki.
- 28 Oktober - Lima orang maut dalam satu serangan kereta di Dataran Tiananmen, Beijing.
- 27 Oktober - Thailand menjuarai Kejohanan Futsal AFF 2013.
- 20 Oktober - "Sultan Sulu" Jamalul Kiram III meninggal dunia di Bandar Quezon, Filipina.
- 18 Oktober - Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.
- 16 Oktober - Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse, Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.
- 14 Oktober - Mahkamah Rayuan Malaysia meluluskan rayuan Kementerian Dalam Negeri, melarang akhbar The Herald menggunakan perkataan Allah.
- 12 Oktober - Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban selepas Taufan Nari melanda Filipina.
- 1 Oktober - Sukan Perpaduan Islam ke-3 tamat dengan tuan rumah Indonesia muncul juara.
- 24 September - Sebuah gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda selatan Pakistan, menyebabkan lebih 500 kematian.
- 22 September - Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-19 Indonesia menjuarai Kejohanan Remaja B-19 AFF 2013.
- 20 September - Syria menyerahkan data berkenaan senjata kimianya kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia.
- 16 September - Bekas Ketua Umum Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun di Bangkok, Thailand.
- 14 September - Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka 2013.
- 13 September - Empat defendan dewasa dalam kes rogol Delhi 2012 dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
- 7 September - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020.
- 30 Julai - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.
- 28 Julai - Parti Rakyat Kemboja memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
- 21-22 Julai - Satu siri gempa bumi di Dingxi, Gansu, China, mengorbankan lebih {{nowrap|95 orang]] - dan mencederakan lebih 1,000 lagi.
- 6 Julai - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.
- 3 Julai - Presiden Mesir Mohammed Mursi (gambar) digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.
- 2 Julai - LionsXII menjadi juara Liga Super Malaysia 2013.
- 27 Jun - Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.
- 20 Jun - Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu teruk di Semenanjung Malaysia dan Singapura (gambar).
- 16 Jun - Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.
- 11 Jun - China melancarkan Shenzhou 10, misi bermanusia kelima dan terlama program angkasa lepasnya.
- 2 Jun - Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.
- 15 Mei - Kabinet Malaysia 2013 diumumkan Perdana Menteri.
- 11 Mei - Liga Muslim Pakistan (N) memenangi kemajmukan dalam pilihan raya umum Pakistan.
- 5 Mei - Barisan Nasional mengekalkan majoriti mudahnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
- 24 April - Lebih 1,000 orang maut dan 2,500 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh dekat Dhaka, Bangladesh.
- 24 April - Menara masjid abad ke-11 Masjid Agung Aleppo di Aleppo, musnah dalam perang saudara Syria.
- 20 April - Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda berhampiran Ya'an, wilayah Sichuan, China, membunuh lebih 190 orang dan mencederakan ribuan lagi.
- 18 April - Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf ditahan berkaitan pemecatan hakim pada 2007.
- 16 April - Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan, yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
- 4 April - Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.
- 3 April - Parlimen Malaysia dibubarkan.
- 29 Mac - Soyuz TMA-08M (gambar lambang) membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui jalan baharu, mengurangkan tempoh perjalanan dari dua hari kepada enam jam.
- 27 Mac - Gempa bumi Nantou 2013 terjadi.
- 27 Mac - LIMA 2013 berlangsung.
- 24 Mac - Grand Prix Malaysia 2013 diselubungi kontroversi mengenai arahan pasukan oleh Red Bull Racing dan Mercedes Grand Prix.
- 20 Mac - Presiden Bangladesh Zillur Rahman meninggal dunia di Singapura, berumur 84 tahun.
- 15 Mac - Kongres Rakyat Kebangsaan China menamakan Xi Jinping sebagai Presiden dan Li Keqiang (gambar) sebagai Perdana Menteri baharu.
- 6 Mac - Lebih 60 orang terbunuh dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu dan serangan di Semporna, Sabah.
- 1 Mac - 14 orang terbunuh selepas "askar Kesultanan Sulu" dan Polis Diraja Malaysia berbalas tembak di Lahad Datu, Sabah.
- 24 Februari - Nicos Anastasiades terpilih sebagai Presiden Cyprus.
- 18 Februari - Serzh Sargsyan terpilih semula sebagai Presiden Armenia.
- 15 Februari - Di tengah Rusia, gelombang kejutan dari sebutir meteor (gambar)—terbesar sejak 1908—mencederakan {{nowrap|1,200 orang]] - manakala 3,000 buah bangunan rosak.
- 22 Januari - Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak melawat Gaza.
- 12 Januari - Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (gambar peserta) berlangsung dengan aman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
- 1 Januari - Argentina, Australia, Luxembourg, Rwanda dan Korea Selatan menyertai Majlis Keselamatan PBB.