Portal:Hal semasa di Amerika/2008
2008
sunting- Letupan gunung berapi Nevado del Huila (gambar) di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.
- Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- Barack Obama (gambar) dari Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- Lehman Brothers dan Washington Mutual diisytiharkan bankrap akibat Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008.
- Taufan Gustav mula reda selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 112 kematian di Caribbean dan Amerika Syarikat.
- Barack Obama memilih Joe Biden, Senator Demokrat dari Delaware, sebagai calon naib presiden di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008.
- Dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008, Senator Barack Obama mendapat majoriti yang diperlukan untuk menjadi calon Presiden A.S. bagi Parti Demokrat.
- Phoenix NASA berjaya mendarat (gambar) di Marikh.
- Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan ditubuhkan di Brazil.
- Danica Patrick memenangi Indy Japan 300, menjadi pelumba wanita pertama memenangi mana-mana perlumbaan IndyCar.
- Anugerah Akademi ke-80 berlangsung di Hollywood, California.
- Fidel Castro (gambar) bersara sebagai Presiden Cuba. Dia digantikan oleh adiknya Raúl Castro.
- Mogok Persatuan Penulis Amerika 2007–2008 berakhir.