Mogok Persatuan Penulis Amerika 2007–2008
Mogok Persatuan Penulis Amerika 2007–2008 diadakan oleh Persatuan Penulis Amerika Timur (Writers Guild of America, East, WGAE) dan Persatuan Penulis Amerika Barat (Writers Guild of America, West, WGAW).[1]Kedua-dua kesatuan sekerja WGAE dan WGAW ini mewakili penulis filem, televisyen dan radio yang bekerja di Amerika Syarikat. Lebih 12,000 orang penulis menyertai mogok ini[2] sejak 5 November 2007 hingga 12 Februari 2008.
Mogok ini bertujuan menentang Perikatan Penerbit Filem Cereka dan Televisyen (Alliance of Motion Picture and Television Producers, AMPTP), sebuah pertubuhan perdagangan yang mewakili kepentingan 397 orang penerbit filem dan televisyen Amerika[3], antaranya yang paling berpengaruh termasuk: CBS Corporation (diketuai Les Moonves), Metro-Goldwyn-Mayer (diketuai Harry E. Sloan), NBC Universal (diketuai Jeffrey Zucker), News Corporation/Fox (diketuai Peter Chernin), Paramount Pictures (diketuai Brad Grey), Sony Pictures Entertainment (diketuai Michael Lynton), Syarikat Walt Disney (diketuai Robert Iger), dan Warner Brothers (diketuai Barry M. Meyer).[4]
Pihak perunding bagi penulis yang mogok iniu mencapai kata sepakat sementara pada 8 Februari 2008, maka lembaga kedua-dua persatuan sebulat suara meluluskan perjanjian pada 10 Februari.[5] Pada 12 Februari, para penulis yang mogok mengundi sama ada hendak menarik balik perintah menahan, dan 92.5% mengundi untuk menamatkan mogok.[6] Para penulis akan mengundi sekali lagi pada bulan Februari sama hendak menerima perjanjian baru itu sendiri.[7]
Kesatuan-kesatuan ini bermogok selama 14 minggu dan 1 hari (100 hari). Kali terakhir berlakunya mogok yang seumpamanya pada tahun 1988 berlangsung selama 21 minggu dan 6 hari, menyebabkan industri hiburan AS rugi kira-kira $500 juta ($870 juta dalam nilai dolar 2007).[8][9]
Menurut laporan NPR yang difailkan pada 12 Februari 2008, mogok ini menyebabkan ekonomi Los Angeles kerugian kira-kira $1.5 bilion. Namun begitu, satu laporan dari Sekolah Pengurusan Anderson di Universiti California, Los Angeles hanya mencatat kerugiannya pada $380 juta.[10]
Isu
suntingSetiap tiga tahun, PersatuanPenulis merundingkan kontrak asas baru bersama AMPTP di mana ahli-ahlinya diambil kerja melaluinya. Kontrak ini dipanggil Perjanjian Asas Minimum (Minimum Basic Agreement, MBA).[11] Pada tahun 2007 rundingan mengenai MBA menemui kebuntuan, maka ahli-ahli WGA mengundi untuk membenarkan lembaganya mengisytiharkan mogok, dan begitulah yang dilakukan pada hari Jumaat, 2 November, diikuti dengan bermulanya mogok pada hari Isnin, 5 November 2007.
Antara usul-usul yang ditimbulkan kedua-dua pihak mengenai kontrak baru ini, termasuklah beberapa isu-isu hujah yang penting seperti baki pendapatan DVD, bidang kuasa kesatuan terhadap penulis animasi dan rancangan realiti, serta ganti rugi untuk "media baru" (karya yang ditulis untuk atau diedarkan melalui teknologi digital terkini seperti Internet).[12]
Rujukan
sunting- ^ Cieply, Michael (2007-11-02). "Writers Say Strike to Start Monday". The New York Times. Dicapai pada 2007-12-10. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Horiuchi, Vince (2007-11-04). "Writers strike to hit TV first - and hard". The Salt Lake Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-13. Dicapai pada 2008-02-13.
- ^ http://www.amptp.org/aboutus.html
- ^ http://www.deadlinehollywooddaily.com/hollywood-moguls-advertise-common-goals/
- ^ Cynthia, Littleton (2008-02-10). "Showrunners back to work Monday". Variety. Dicapai pada 2008-02-11. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ http://www.deadlinehollywooddaily.com/strike-end-game-wga-members-vote/
- ^ Nellie, Andreeva (2008-02-11). "Vote to end strike set for Tuesday". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2008-02-11. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ "Hollywood writers go on strike over new-media pay". Agence France Press. 2007-11-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-09. Dicapai pada 2008-02-13.
- ^ [1]
- ^ http://www.nytimes.com/2008/02/12/business/media/12cnd-strike.html?_r=1&hp&oref=slogin
- ^ 2004 Writers Guild of America–Alliance of Motion Picture & Television Producers Theatrical and Television Basic Agreement (PDF), Writers Guild of America, 2004, dicapai pada 2007-11-09
- ^ http://www.wga.org/subpage_member.aspx?id=2485