Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008
Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008. Keadaan ini dilihat sama dengan Krisis Kewangan Asia 1998 yang melanda Thailand, Indonesia, Malaysia, dan lain-lain. Malahan Kemelesetan Dunia 1930 akan berulang.
Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan . Bursa Saham Wall Street terus jatuh dan boleh menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi. Walaupun krisis ekonomi ini sangat teruk tetapi AS masih mampu bertahan kerana kebanyakan perdagangan dunia diuruskan dengan Dolar AS. Lagipun mekanisma FDI masuk ke Amerika Syarikat dan FDI ke luar masih amat menguntungkan Amerika Syarikat.
Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi.
Namun ramai pakar ekonomi menyatakan krisis sekarang tidak seteruk mana. [perlu rujukan]
Situasi semasa
suntingPada 20 September 2008, purata indeks Dow Jones Industrial telah kehilangan 504 mata atau 4.42 peratus.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengambil alih korporat gergasi gadai janji kewangan Fannie Mae dan Freddie Mac. Tindakan bailout seperti ini pernah berlaku di Malaysia namun ditentang oleh Amerika Syarikat.
Plan __ telah dijalankan bagi menangani masalah ini tetapi pelabur pasaran saham semakin lari dari bursa saham. Pelabur berluba-lumba mengeluarkan wang tunai dari bank-bank dan membeli emas pula. Pasaran dunia tidak lagi bersandarkan kepada emas sejak Presiden Richard Nixon berkuasa.
Pasaran terus jatuh selepas langkah menyelamat kerajaan AS bernilai AS$85 bilion terhadap penanggung insurans American International Group yang gagal menenangkan para pelabur besar mahupun pelabur kecil-kecilan. Suntikan dana AS$85 bilion bagi American International Group Inc (AIG) oleh Bank Rizab Persekutuan, New York belum memadai untuk meyakinkan para pelabur. American International Group Inc (AIG) merupakan syarikat insurans terbesar di dunia dan juga penaja kelab bola sepak Manchester United. Jika suntikan dana tidak diberikan, AIG akan muflis seperti Lehman Brothers .
Pada September 2008, terdapat khabar angin tentang bank pelaburan Lehman Brothers memfailkan untuk kebangkrapan, syarikat terbesar dalam sejarah korporat AS. Berita pengambilalihan Bank of America bernilai AS$50 bilion ke atas pesaingnya Merrill Lynch & Co. Kebangkrapan mendadak Lehman dan Merrill Lynch menyebabkan kehilangan kecaiaran wang tunai daripada ekonomi. Nilai mata wang jatuh mendadak. Modal tidak ada untuk membiayai operasi perniagaan kewangan dan perbelajaan pengguna. Imbangan kira-kira juga terjejas dan menggoncang insitusi bank itu sendiri.
Washington Mutual berada di ambang kemuflisan. Syarikat ini merupakan bank pinjaman dan simpanan terbesar AS. Syarikat Morgan Stanley juga berhadapan dengan rantaian keruntuhan domino ini.
Punca
sunting- Lambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di negara Amerika Syarikat itu.Bank pelaburan keempat terbesar Amerika, Lehman Brothers muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu membayar.
- Industri hartanah merudum.
- Krisis harga makanan dunia menyumbang kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia seperti beras dan tepung diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan . Kos keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat.
- Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis ekonomi ini.
- Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank mula takut untuk meberi pinjaman mudah membeli hartanah dan perumahan.
- PBB kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang bergantung pekej kewangan Amerika akan terjejas teruk.
Puncanya kerana hutang semakin meningkat. Hutang pembiayaan perumahan semakin meningkat akibat memberi hutang kepada individu dan institusi yang tidak layak berhutang. Mereka tidak mampu membayar hutang dan menyebabkan hutang lapuk melambak-lambak. Hutang lapuk ini berjangkit ke Sepanyol di Eropah kerana menerima pakej kewangan mudah dari Amerika. Mana-mana negara yang enggan menerima pakej pinjaman mudah ini akan terselamat.
Keruntuhan Lehman Brothers berpunca antara lain akibat penjual singkat. Pelabur membeli saham untuk keuntungan jangka pendek dan menjual segera. Malaysia pernah melarang niaga kontra ini di bursa saham yang melibatkan pelabur dalam dan luar seperti daripada George Soros.
Gabenor Bank Thailand, Tarisa Watanagase melihat punca krisis kewangan Amerika sama dengan punca krisis kewangan Asia 1997. Tetapi krisis ekonomi AS ini lebih sukar diatasi kerana melibatkan pasaran modal paling besar dan paling canggih .Pelabur mengambil risiko terlalu tinggi, menyebabkan harga aset melambung ke paras yang melampau. Sekarang adalah tempoh pembetulan semula harga saham. .[1]
Pada 18 September 2008, Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng menyatakan pasaran perumahan hanya mengalami pembetulan antara 15 dan 20 peratus, yang bermakna masih terdapat ruang bagi pembetulan dan lebih stabil. [2]
Langkah menangani
suntingSecara global, peraturan permainan (permintaan dan penawaran) akan berulang.
Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan tambatan ringgit semasa krisis pada 1998 yang akhirnya membantu Malaysia terlepas dari kegawatan kewangan 1997-1998. Idea Dr Mahathir itu pada mulanya dianggap gila dan tidak diterima secara global tetapi akhirnya membantu negara Malaysia. [3]
Kesannya kepada Malaysia
suntingMalaysia tidak menerima kesan langsung kerana sejak dahulu Malaysia tidak menerima pakej pinjaman kewangan perumahan dan subprima dari Amerika. Namun kesan masih ada kerana import dan eksport antara kedua-dua negara. Malaysia cukup berhati-hati dengan Perjanjian Perdangan Bebas yang dimeterai antara kedua-dua negara.
Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Abdul Razak menyatakan kesan krisis kewangan Amerika 2008 kecil kepada negara Malaysia. Sektor korporat dan bank dari Malaysia tidaklah begitu aktif dalam pasaran global. Oleh itu ia tidak menjejaskan terbitan bon dan sukuk Malaysia. Institusi kewangan Malaysia juga tidak meminjam dari pakej pinjaman Amerika. Beberapa cawangan bank Amerika terdapat di Malaysia seperti Citibank.
Bank CIMB adalah penyedia perkhidmatan kewangan dan perbankan kedua terbesar di Malaysia. CIMB juga merupakan kumpulan perbankan universal terkemuka di Asia Tenggara.
Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia ke luar negara mengatasi pengaliran masuk sebanyak RM8.96 bilion pada 2007. Pada tahun 2006 , FDI Malaysia ke luar negara hanyalah RM20.9 bilion. Tetapi tahun 2007 meningkat kepada RM38 bilion. Ia disumbangkan oleh syarikat multinasionail seperti Petronas , YTL Corp , Genting , Telekom Malaysia , Sime Darby dan Maxis . Kerajaan Malaysia sendiri menggalakkan pelaburan ke luar negara. Faktor lain ialah membina atau meraih jenama serta teknologi, dan mendapatkan sumber alam yang semakin berkurang di Malaysia.[4] Malangnya pelabur tempatan tidak digalakkan untuk pelaburan semula (re invest).
Pada 20 September 2008, sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tambatan ringgit diadakan semula untuk mengurangkan impak krisis ekonomi Amerika terhadap mata wang Malaysia. Pengurusan apungan terurus ke atas ringgit seperti yang dilakukan sekarang tidak cukup berkesan malah merugikan. Selama ini pakar ekonomi Malaysia masih berasa rendah diri dan bergantung kepada model pakar ekonomi Barat. Imbangan dagangan masih memihak kepada Malaysia kerana harga kelapa sawit dan petroleum berada pada tahap yang tinggi. [5]
Pada 1997 kadar tukaran ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap 1 dolar AS. Kemudian pada 21 Julai 2005, kerajaan Abdullah Ahmad Badawi memansuhkan tambatan ringit dan nilai ringgit kemudiannya ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih. Ketika itu pakar ekonomi mahu tambatan ringgit dibuang dan membiarkan pasaran bebas menentukan kadar tukaran mata wang. Tambatan ringgit hanya menyekat perniagaan mata wang yang sangat menguntungkan itu.
Pada 19 September 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan misi ke PBB dan Arab Saudi kerana mahu memastikan tugas barunya sebagai Menteri Kewangan Malaysia menghadapi krisis kewangan dunia. Beliau mahu mendapatkan angka-angka ekonomi daripada Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara.[6] Kerajaan perlu sentiasa mengawal inflasi, memantapkan sektor pelaburan, memperkukuhkan institusi kewangan dan menggerakkan ekonomi domestik. [7]
Rujukan
sunting- ^ Krisis ekonomi AS sukar diatasi - Pakar
- ^ AS Dijangka Alami Kemelesetan Lewat Tahun Ini[pautan mati kekal]
- ^ Malaysia Secara Relatif Terlindung Drp Serangan Krisis Kredit, Kata Nazir Razak[pautan mati kekal]
- ^ Malaysia Berkembang Menjadi Pelabur Utama Dalam Asean[pautan mati kekal]
- ^ Mahathir Cadang Tambatan Ringgit Diadakan Semula[pautan mati kekal]
- ^ Najib Perjelas Penangguhan Lawatan Ke Arab Saudi[pautan mati kekal]
- ^ Bincang tambat ringgit