Edisi ke-70 Piala Emas Raja-Raja telah diadakan bermula pada 5 November 2010 sehingga 11 Disember 2010 di beberapa buah stadium di seluruh Malaysia. Perlis merupakan juara pada musim lalu.
Setiap pasukan akan melawan pasukan yang lain. Tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu (1) mata diberikan kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.
Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan memasuki peringkat kalah mati.