Perak F.C.

kelab bola sepak Malaysia
(Dilencongkan daripada Perak FA)

Perak Football Club atau juga dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Perak adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang bertapak di Ipoh, Perak. Sejak diasaskan pada tahun 1921, Stadium Perak di Ipoh menjadi stadium utama Perak PC. Kini Perak FC bersaing di Liga Super Malaysia.

Perak Football Club
Nama penuhKelab Bola Sepak Perak
GelaranSeladang (The Gaurs)
Bos Gaurus
Nama pendekPFC
Diasaskan1921; 103 tahun yang lalu (1921)
StadiumStadium Perak,
Ipoh, Perak
(Kapasiti: 42,500)
PemilikXOX Berhad
PengerusiMalaysiaDato' Seri Abdul Azim bin Mohd Zabidi
PengurusMalaysiaNeow Choo Seong
JurulatihMalaysia Yusri Che Lah
LigaLiga Super Malaysia
2024Malaysia Super League, 4th of 13
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Seperti kebanyakan pasukan bola sepak negeri di Malaysia, kelab ini diuruskan oleh persatuan bola sepak negeri. Namun pada 2016, Perak FC telah mengambil langkah penswastaan dan memisahkan pengurusan daripada persatuan bola sepak negeri.

Gelaran lain Perak FC ialah The Bos Gaurus yang bermaksud Seladang.

Sejarah

sunting

Perak FA (1921 - 2016)

sunting

Perak FA ditubuhkan pada tahun 1921 namun, pasukan ini tidak secara rasmi didaftarkan sehingga 18 April 1951 dimana badan pentadbiran Perak Amateur Football Association (PAFA) ditubuhkan dan mengambil alih pengurusan Perak FA. Perak FA adalah sebuah pasukan negeri yang mewakili negeri Perak dalam Piala Malaya (kemudian tukar kepada Piala HMS Malaya dan terkini Piala Malaysia). Perak FC adalah antara ahli pengasas dalam Piala Malaya.Perak FA adalah kelab ketiga paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia dengan 8 kali kejuaraan.

Sejak Liga Malaysia diperkenalkan pada tahun 1979, Perak FA telah menjadi juara pada edisi tahun 2002 dan 2003. Perak FA juga pasukan paling lama berada di dalam divisyen 1 Liga Malaysia sejak 1989 sehingga 2019 sebelum di singkirkan ke divisyen 2 buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Pada tahun 1990 ketika Piala FA Malaysia mula dipertandingkan, Perak FA berjaya menjadi juara sulung dan mengulangi kejuaraan pada edisi tahun 2004.

Perak TBG (2016 - 2019)

sunting

Pada Februari 2016, Perak FA melakukan penjenamaan semula dan dikenali sebagai Perak The Bos Gaurus atau Perak TBG sebagai salah satu langkah penswastaan pasukan.

Perak TBG mendapat lesen kelab pada tahun 2017 sebagai syarat baharu FMLLP untuk penyertaan Liga Malaysia.

Kelab ini bejaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2018, piala pertama sejak 12 tahun lepas. Perak TBG juga menjadi naib juara Piala FA pada tahun yang sama sekaligus melayakan diri untuk menyertai pusingan kelayakan AFC Champions League 2019. Untuk menyertai kejohanan ini, Perak TBG telah bejaya mendapatkan lesen kelab AFC pada tahun 2019. Perak TBG mumbuat kemunculan sulung di AFC Champions League pada 12 Februari 2019 di pusingan awal 2 menentang pasukan dari Hong Kong, Kitchee SC dan berakhir dengan seri 1-1 selepas masa tambahan sebelum menang penentuan sepakan penalti 6-5. Perak TBG kemudian bertemu dengan kelab dari Korea, Ulsan Hyundai untuk pusingan ketiga namun tewas 1-5.

Perak FC (2020 - Kini)

sunting

Pada tahun 2020, Perak TBG telah bejaya menswastakan kelab mengikut keperluan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memisahkan persatuan bole sepak negeri dari kelab bola sepak.

Kemelut kewangan dan penyingkiran (2021-2022)

sunting

Akibat perubahan pentadbiran dari PAFA kepada kelab, pasukan Perak FC mengalami kekurang dana dari kerajaan negeri Perak, Selepas ketua jurulatih, Mehmet Durakovic meninggalkan Perak FC sebelum bermulanya musim 2021, Perak FC mengalami masalah kewangan yang serius dimana belanjawan kelab diturunkan dari RM35 juta kepada RM5 juta. Hal ini, menyebabkan pemain dibayar selama beberapa bulan. Pada bulan Mei 2021, pemain enggan turun latihan akibat tunggakan gaji.

Kesan daripada kemelut ini, pretasi pasukan mula merudum dan sekaligus mengakibatkan Perak PC buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan tersebut tersingkir ke divisyen 2 Liga Malaysia, Liga Perdana pada September 2021. Perak FC juga dikenankan tindakan larangan perpindahan permain oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengambilalihan oleh IMC Sdn Bhd

sunting

Pada November 2021, PAFA mengumumkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai pemilik baru Perak FC selepas 100% pegangan saham induk itu dijual kepada syarikat berkenaan.Ini menjadi Perak FC kelab kelima yang menjual 100% pegangan syarikat secara sekali gus selepas Sri Pahang FC, PJ City FC, Johor Darul Ta'zim dan Kelantan FC.[1]

Pengambilaihan oleh XOX Bhd

sunting

XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 100% Perak FC Sdn Bhd pada Ogos 2022. [2]

Naik semula ke Liga Super

sunting

Susulan perubahan struktur Liga Malaysia, Perak FC dinaikan semula ke Liga Super selepas berjaya melepasi syarat yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Pencapaian Individu

sunting

Anugerah Penyerang Pilihan

Musim Pemain
2006–07   Muhamad Khalid Jamlus

Anugerah Pemain Paling Popular

Musim Pemain
2006–07   Kaliappan Nanthakumar

Liga-M Anugerah Kasut Emasll

Musim Pemain Jaringan
2001   Norizam Ali Hassan 13
2002   Muhamad Khalid Jamlus 17
2005–06   Keita Mandjou 17
2006–07   Keita Mandjou 21

Liga-M Penjaring Terbanyak Perak FA

Musim Pemain Jaringan
1995   Marshall Soper 11
1996   Noel Dodo Kipee 13
1997   László Répási 19
1998   László Répási 8
1999   Azrul Amri Burhan 6
  M.Nagaraja
2000   Muhamad Khalid Jamlus 7
2001   Norizam Ali Hassan 13
2002   Muhamad Khalid Jamlus 17
2003   Muhamad Khalid Jamlus 9
2004   Frank Seator 14
2005   Keita Mandjou 11
2006   Keita Mandjou 17
2007   Keita Mandjou 21
2008   Carlos Arturo Caceres 17
2009   Razali Umar Kandasamy 13
2010   Mohd Nazri Mohd Kamal 6
2011   Akmal Rizal Ahmad Rakhli 9
2012   Michal Kubala 13
2013   Paulo Rangel 11
2014   Abdulafees Abdulsalam 5
  Milan Purović
2015   Charles Chad 9
  Namkung Woong
2016   Elias Fernandes 9
2017   Yashir Pinto 6
2018   Gilmar Filho 11
2019   Careca 7
2020   Shahrel Fikri 10

Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

sunting
Sehingga 21 July 2020
# Nama Tahun Liga Piala FA Piala Malaysia Piala Sumbangsih Piala AFC Jumlah
1   Muhamad Khalid Jamlus 1999–2004, 2007-2008 70 13 26 0 5 114
2   Keita Mandjou 2004-2007 49 12 14 4 2 81
3   Frank Seator 2003-2005 26 12 12 0 6 64

Penyokong

sunting

Pasukan Perak juga mempunyai gerakan penyokong berkonsepkan Ultras yang dikenali sebagai Ultras Silvermania. Kumpulan penyokong ini akan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan kepada para pemain Perak dari awal sebelum perlawanan hingga lah tamat perlawanan tanpa henti. Dipercayai gerakan Silvermania ini dirancang sekitar tahun 2009 dan merupakan antara yang terawal di Liga Malaysia.

Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.

Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.

Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.

Khabar angin mengatakan lagu ini mula kedengaran apabila Perak muncul juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Pada perlawanan akhir Piala FA 1990, Perak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.

Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.

Kini penyokong pasukan Perak FC digelar The Supporters

Stadium

sunting


Tajaan Jersi Pasukan

sunting
Tahun Pengeluar Penaja
1995-1996 Asics Dunhill
1997-1999 Puma Dunhill
2000 Line 7 Dunhill
2001 Umbro Dunhill
2002-04 Lotto
2005 TM
2006-09 Joma
2010 Specs
2011 Denaturherbs
2012 Kika Denaturherbs
2013 Umbro / Kappa Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine
2014 Joma / PAFA Sports[3] Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Casuarina
2015 AL Sports Perak Agro Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine / Casuarina
2016 Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Perak Corp.
2017 Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Perak Corp.
2018 Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Perak Corp. / MapsPerak / Quip / WCE / Al-Ikhsan
2019 Umbro Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Sapura Energy. Diarkibkan 2020-03-19 di Wayback Machine / Setiaawan Diarkibkan 2019-11-22 di Wayback Machine / Al-Ikhsan / OldTown White Coffe Diarkibkan 2020-03-01 di Wayback Machine /kltehlanddev Diarkibkan 2020-08-05 di Wayback Machine / [1][pautan mati kekal]
2020 Kelme Visit Perak (tuan rumah) & Pangkor Duty Free Island (tempat lawan)
2021 Kaki Jersi Lenggong Valley (tuan rumah) , Royal Belum (tempat lawan) & 100 Years of Perak ( Tempat Ketiga )
2022 Lotto / Cheetah Prestige Sport, Cosmic Express / XOX, XOX Black Market
2023 Cheetah XOX, Progenet, XOX Black Market, Apotec Chocoactiv
2024 - 2025 Cheetah XOX, KDDI, Visit Perak, Symphony Life

Pencapaian

sunting

Domestik

sunting
Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super
2002, 2003 (2x)
2007, 2018 (2x)
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier
1989 (1x)
Divisyen 3/Liga FAM
1959, 1964, 1965 (3x)
1960 (1x)
Piala Malaysia
1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998, 2000, 2018 (8x)
1923, 1951, 1959, 1960, 1961, 1964, 1971, 1972, 1974, 2001, 2007 (11x)
Piala FA Malaysia
1990, 2004 (2x)
1991, 2002, 2005, 2019 (4x)
Piala Sumbangsih
1999, 2005, 2006 (3x)
2001, 2019 (2x)
Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden
2007, 2012, 2014 (3x)
1989, 2008, 2013, 2019 (4x)
Piala Belia
2012 (1x)
Kejohanan Keputusan
Liga Juara-Juara AFC
1969 (Pusingan 1)
1971 (Pusingan 1)
2019 (Kelayakan)
Piala AFC 2004 (Suku Akhir)
2005 (Pusingan 1)
2008 (Suku Akhir)
Kejohanan Kelab ASEAN 2003 (Tempat Ke-4)

Pemain

sunting
Sehingga 17 Oktober 2024

Skuad Utama

sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Firdaus Irman
2 MF   Sunday Afolabi
3 DF   Tommy Mawat
5 MF   Luciano Guaycochea
6 MF   Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar
8 DF   Shivan Pillay
11 MF   Wan Zack Haikal
12 DF   Afif Asyraf
14 MF   Firdaus Saiyadi
16 MF   Fadhil Idris
18 MF   Azalinullah Alias
20 GK   Haziq Nadzli
21 DF   Kamal Arif Azrai
22 GK   Ramdhan Hamid
23 FW   Alif Zikri
26 DF   Nik Umar
28 DF   Ariff Ar-Rasyid
31 DF   Hafizy Daniel
32 DF   Fadhil Azmi
33 FW   Syahmi Shamsudin
34 MF   Akmal Hazim
40 DF   Aiman Yusni
  1. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (23 November 2021). "IMC kini pemilik baharu Perak FC". Berita Harian.
  2. ^ Abd Razak Mohd Ali (26 Ogos 2022). "Perak FC kini milik penuh XOX Berhad". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-10-16.
  3. ^ http://www.sinarharian.com.my/nama-baru-stadium-perak-1.155544 Diarkibkan 2019-07-04 di Wayback Machine Nama Baru Stadium Perak