Melaka United
Kelab Bola sepak Melaka Bersatu merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput berdekatan Krubong. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan SUKMA di Melaka pada tahun 2010.
Nama penuh | Kelab Bola sepak Melaka Bersatu[1] | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Hang Tuah Sang Kancil | |||
Nama pendek | KBMB | |||
Diasaskan | 1924 2013 (Melaka Bersatu) | (PBA Melaka)|||
Dimansuhkan | 2022 | |||
Stadium | Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka (Kapasiti: 40,000) | |||
Presiden | Adly Zahari | |||
Pengurus | Datuk Wira Yusof Mahadi | |||
Jurulatih | Zainal Abidin Hassan | |||
Liga | Liga Super Malaysia | |||
2020 | Ke-9 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
|
Kelab ini kini bertanding dalam liga teratas dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia 2017 setelah dinaikkan liga sebagai juara dari Liga Premier Malaysia 2016. Kelab ini dahulunya dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya PBA Melaka sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka Bersatu di mana penjenamaan kelab akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[2][3]. Nama timangan bagi Melaka Bersatu sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.
Kit pasukan tuan rumah bagi Melaka Bersatu adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.
Pada tahun 2020, Melaka Bersatu umum pembubaran secara rasminya ekoran masalah hutang pemain berlarutan yang berjumlah RM 3 juta dan kini digantikan oleh kelab yang kurang dikenali, Melaka FC.
Sejarah
suntingKelab ini telah berada dalam prestasi terumbang-ambing sejak Liga Perdana Malaysia diberkenalkan pada tahun 2004 di mana Melaka United bermain untuk tiga musim dan telah dinaikkan ke liga utama Liga Super Malaysia sebelum diturunkan liga semula dalam musim pertamanya. Setelah itu, pasukan ini meneruskan cabaran dengan berjuang dari penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia untuk tiga musim berikutnya sebelum tumpas dan disingkirkan pada tahun 2010 ke liga tahap tiga Liga FAM Malaysia di mana pasukan ini secara konsisten beraksi untuk lima tahun berturut-turut sebelum berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Malaysia pada tahun 2016 setelah menjadi juara Liga FAM Malaysia 2015.
Sebelum menjuarai Liga FAM pada tahun 2015, pasukan ini telah berada dalam situasi kehausan kejuaraan untuk 32 tahun di mana kali terakhir pasukan ini menjuarai liga tahap utama Malaysia adalah pada tahun 1983 di mana mereka menjuari Liga Perdana 1[4][5].
Stadium
suntingStadium Hang Jebat Hang Jebat Stadium ستاديوم هڠ جيبت | |
---|---|
Lokasi | Krubong, Melaka, Malaysia |
Koordinat | 2°17′21″N 102°13′59″E / 2.28908°N 102.233094°E |
Dibuka | 2004 |
Pemilik | Perbadanan Stadium Melaka |
Pengendali | Persatuan Bola Sepak Melaka United |
Permukaan | Padang Rumput Trek |
Kapasiti | 40,000 |
Dimensi padang | 105 m × 68 m (344 ka × 223 ka) |
Penyewa | |
Melaka United (2005–sekarang) Sukan Sukma (2010) Harimau Muda B (2015) |
Melaka United sekarang menggunakan Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Kapasiti stadium ini adalah seramai 40,000 penonton pada satu-satu masa. Selain dari kemudahan padang bola sepak, stadium ini juga mempunyai kemudahan trek larian.
Logo dan warna
suntingLogo
suntingMelaka United mempunyai satu lencana utama sebelum ini. Lencana pertama ini, telah digunakan oleh kelab dari zaman penubuhannya di mana lencana ini mempunyai gambar Pokok Melaka yang merupakan logo terkenal berkenaan penubuhan negeri Melaka dan logo berkenaan telah digunakan lebih dari setengah abad. Setelah kejayaan kelab ke liga tahap dua, mereka memulakan usaha untuk memodenkan pasukan dengan menggantikan logo lama dengan logo baru yang lebih terkini sebagai logo baru kelab.
Warna
suntingMelaka United selalu menggunakan warna hijau dan putih untuk baju sebagai kit tuan rumah di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka selain warna ini berbeza dan jarang digunakan oleh pasukan-pasukan lain dalam liga di Malaysia.
Warna kit pasukan Melaka United ketika bertandang ke tempat lawan pula adalah variasi dari warna putih dan hijau ataupun pelbagai kombinasi warna biru, merah, dan kuning di mana warna berkenaan melambangkan warna-warna dari bendera Melaka.
Penyokong
suntingMelaka United merupakan kelab yang paling di sokong di Melaka. Penyokong tradisional Melaka United hadir dari kalangan penduduk di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Terdapat juga pelbagai kelab penyokong di Melaka dan Malaysia.
Ultras Taming Sari (UTS) adalah antara penyokong tegar bagi kelab Melaka United dan secara umum untuk kelab-kelab bola sepak di negeri Melaka merangkap sekutu Ultras Malaya (UM) di negeri berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) di mana misi UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.
Persaingan
suntingMelaka United mempunyai sejarah lama persaingan dengan kelab-kelab negeri dan daerah-daerah sekitar Selangor, Negeri Sembilan and Johor[6][7][8].
Pemilikan dan Kewangan
suntingKelab ini telah ditubuhkan semenjak 1924 dan dimiliki oleh Melaka United Soccer Association di mana kelab ini mendapat sokongan kewangan oleh kerajaan negeri di samping pihak penaja korporat.
Tajaan
suntingKit baju pasukan Melaka United telah dikilangkan oleh Kronos semenjak 2014, di mana mereka telah dikontrakkan untuk membekalkan baju bagi pasukan ini dari 2014 hingga 2015. Perkongsian ini telah diteruskan bagi dua tahun mendatang sehingga 2017.
Penaja utama baju bagi Melaka United kini merupakan Mamee. Kelab ini juga mempunyai pelbagai penaja lain dan rakan kongsi seperti De'NatureHerbs yang telah menaja pasukan sebanyak RM 5 juta untuk musim 2016[9][10].
Kit
suntingTempoh | Pengeluar Kit | Penaja Jersi |
---|---|---|
1980 | Umbro | – |
1981 | Schwarzenbach | – |
1982–83 | Schwarzenbach | |
1984 | – | |
1985 | Gold Flake | |
1986 | Topper | Topper |
1987 | CW | – |
1988 | Diadora | – |
1989 | ASICS | Dunhill / EON |
1990 | Lotto | |
1991–92 | Cheetah | |
1993 | ClubMan | |
1994–97 | Mizuno | Dunhill |
1998 | Dunhill / Gibca Holdings | |
1999–2000 | J-King | Dunhill |
2001 | Mikasa | Dunhill / Mikasa |
2002–03 | Kronos | Dunhill / Kronos |
2004 | Admiral | Dunhill / Admiral |
2005 | ASICS | Celcom / ASICS |
2005/06 | Lotto | TM Net / Creative Technology Limited |
2006/07 | Figos | TM / Cubic |
2006/07 | Joma | TM |
2007/08 | Ambros | Celcom / Metaforce |
2009 | Kika | Streamyx |
2010 | Shemsy | TM |
2011 | Kappa | Interpacific |
2012 | Ambros | Ambros |
2013 | Arora | – |
2014 | Kronos | Mamee / KAJ |
2015 | Mamee | |
2016 | Edra / Mamee | |
2017 | http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.html/ Diarkibkan 2017-06-18 di Wayback Machine / Tag Marine | |
2018 | Warrix | http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.html/ Diarkibkan 2017-06-18 di Wayback Machine |
2019 | Warrix | http://en.cgnpc.com.cn/n1305393/n1305424/index.html/ Diarkibkan 2017-06-18 di Wayback Machine |
2020 | AL Sports | De'NatureHerbs |
Pemain
suntingSenarai Skuad Terkini
sunting- Sehingga 16 Januari 2021
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Bekas Pemain
sunting- Sehingga 25 Januari 2020
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Ketua jurulatih
suntingTahun | Jurulatih |
---|---|
Nov 2018 – September 2022 | Zainal Abidin Hassan |
Jun 2017 – Oktober 2018 | Eduardo Almeida |
November 2016 – Mei 2017 | Eric Williams |
September 2014 – Oktober 2016 | Mat Zan Mat Aris |
Oktober 2013 – Ogos 2013 | Ladislav Totkovič |
April 2013 – Oktober 2013 | [[Aziz Kifah
]] |
Januari 2013 – April 2013 | Mohd Asri Ninggal |
2012 – 2013 | G. Selvamohan |
2011 – 2012 | Manja Man |
2010 – 2011 | Mahathir Taha |
2009 – 2010 | Abdul Rahim Abdullah |
2008 – 2009 | Mohd Nik Sham Abdullah |
2007 – 2008 | Ramli Junit |
2007 | K. Devan |
2005 – 2006 | E. Elavarasan |
2005 | Ong Kim Swee |
2000 – 2001 | Ramli Junit |
1999 | G. Torairaju |
1998 | Mohd Shah Alias Norbit |
1997 | Mahathir Taha |
Organisasi Pasukan
suntingBarisan kejurulatihan dan staf
sunting- Pengurus : Datuk Mohd Yusoff Bin Hj Mahadi
- Penolong Pengurus : Md Noor Md Derus
- Setiausaha : Muzzairen Bin Rahman
- Ketua Jurulatih : Zainal Abidin Hassan
- Penolong Jurulatih 1 : Norizam Bin Ali Hassan
- Penolong Jurulatih 2 : Tiada
- Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Wahid
- Ahli Fisioterapi : Tiada
- Kitman : Tiada
- Kitman / Cameraman : Tiada
Pengurus
suntingTahun | Pengurus |
---|---|
November 2013 – | Mohd Yusoff Mahadi |
April 2013 – November 2013 | Idris Haron |
2011 – April 2013 | Mohd Yunos Husin |
2009 – 2010 | Abdul Malik Kassim |
2008 – 2009 | Mohd Yazid Khamis |
2006 – 2008 | Karim Yaakob |
2005 | Chua Peng Song |
1999 – 2002 | Ibrahim Durum |
Bekas pemain
suntingTempatan
sunting- Annas Rahmat
- Dato' Soh Chin Aun
- Karim Pin
- Khair Jones
- Lee Yong Cheng
- Md Idris Donan
- Safiq Rahim
- Solehin Mamat
- Syirazie Rithaudeen
Import
suntingRekod
suntingDomestik
suntingKejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super | 1983 | |
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier | 2016 | 2000, 2006 |
Divisyen 3/Liga FAM | 2015 | 1957, 1958 |
Belia
suntingKejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Presiden | 1993 | 1990 |
Asia
sunting- 1986: Peringkat Kelayakan
Liga Negeri
suntingLiga Melaka (dulu dikenali sebagai Liga MAFA) adalah sebuah liga bola sepak divisyen keempat dan kelima di Malaysia. Liga ini dianjurkan oleh pihak MUSA demi merancakkan pembangunan bola sepak dalam negeri Melaka. Liga ini mempunyai dua divisyen; Divisyen 1 (Divisyen keempat dalam Liga Malaysia) dan Divisyen 2 (Divisyen kelima dalam Liga Malaysia).
Kelab Berkaitan
suntingRujukan
sunting- ^ name="MUFCRebranding2016">http://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/11/01/musa-kini-dikenali-sebagai-mufc MUSA kini dikenali sebagai MUFC
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130828/su_10/Persatuan-bola-sepak-Melaka-dijenama-semula Diarkibkan 2015-12-25 di Wayback Machine Persatuan bola sepak Melaka dijenama semula
- ^ http://www.ligamalaysia.net/2013/08/penjenamaan-semula-bola-sepak-melaka.html Penjenamaan semula bola sepak Melaka
- ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Melaka kembali warnai Liga M
- ^ http://www.bharian.com.my/node/78416 32 tahun ketandusan sebarang piala dalam arena bola sepak tempatan
- ^ https://books.google.com.my/books?id=ukBcAwAAQBAJ&pg=PA2029&lpg=PA2029&dq=melaka+football+rivalries&source=bl&ots=3k9WZCIJVr&sig=mk8O5D-mzyPc33EjEm1CuI4y1VI&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=melaka%20football%20rivalries&f=false HOW MALAYSIA NEVER REACHED THE WORLD CUP: Harimau Malaya's 40-Year Chronicle of Failure
- ^ http://johorsoutherntigers.com.my/tag/melaka-united-ms/[pautan mati kekal] Pelbagai perlawanan persahabatan antara Melaka United-JDT
- ^ http://johorsoutherntigers.com.my/jdt-friendly-series-vi-vs-melaka-united/ Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine Perlawanan persahabatan Persaingan JDT
- ^ "Arena – Berita Sukan, Jadual Perlawanan & Keputusan | Stadium Astro". Dicapai pada 2015-12-24. Melaka United terima tajaan RM5 juta
- ^ http://www.bernama.com/bernama/v8/sp/newssports.php?id=1202044 Erda Global Energy Powers Melaka United's Premier League Hopes With RM5 Million Sponsorship
Pautan Luar
sunting- Laman Facebook Rasmi Melaka United
- Twitter Rasmi Melaka United
- Instagram Rasmi Melaka United
- Facebook rasmi penyokong Melaka Ultras Taming Sari
- MoU di antara Melaka United dan Akademi Bola Sepak Frenz United
- Kelab Bola Sepak berkaitan Melakadi Liga Bolasepak Rakyat Diarkibkan 2015-12-25 di Wayback Machine
- Ketua Jurulatih baru Melaka United Mat Zan Mat Aris
- Pemain import baru Melaka United Ilija Spasohevic musim 2016