Piala Cabaran AFC
Piala Cabaran AFC (bahasa Inggeris: AFC Challenge Cup ) adalah sebuah pertandingan bola sepak antarabangsa untuk negara-negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia yang dikategorikan sebagai "negara kurang membangun" (berdasarkan pembahagian yang dilakukan oleh AFC pada tahun 2006) dibawah Falsafah "Wawasan Asia".
Ditubuhkan | 2006 |
---|---|
Kawasan | Asia (AFC) |
Jumlah pasukan | 8 (Peringkat Akhir) |
Juara semasa | Palestin (Gelaran Pertama) |
Pasukan paling berjaya | Korea Utara (2 Gelaran) |
"Falsafah Wawasan Asia", merupakan sebuah program yang telah diasaskan oleh bekas presiden AFC, Mohammed Bin Hammam , tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan taraf bola sepak Asia ke suatu tahap yang lebih baik di semua peringkat. Piala Cabaran AFC, yang mencerminkan Falsafah Wawasan Asia, telah dicipta untuk pasukan-pasukan yang dikategorikan sebagai "negara kurang membangun" agar negara-negara ini dapat merasai sendiri pengalaman bermain dalam sebuah pertandingan ala eropah dengan kemungkinan untuk memenangi sebuah trofi pada masa yang sama negara-negara dalam kategori ini berpotensi untuk mencungkil bakat-bakat baru melalui pertandingan Piala Cabaran AFC ini.
Edisi pertama bagi kejohanan ini telah berlangsung pada tahun 2006 di Bangladesh dan telah dimenangi oleh Tajikistan. Pemenang Piala Cabaran AFC edisi 2008 dan edisi 2010 layak secara automatik untuk menyertai pertandingan yang lebih mencabar dan berprestij iaitu Kejohanan Piala Asia AFC 2011.
Pemilihan Peserta
suntingKonfederasi Bola Sepak Asia telah membahagikan 46 negara anggotanya kepada tiga bahagian pada tahun 2006.[1] Meskipun kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu bola sepak bagi negara anggota yang dikategorikan sebagai "kurang membangun", beberapa buah negara yang berada dalam kategori"sedang membangun" dan beberapa buah negara yang berada pada kategori "telah membangun" memilih untuk turut serta dalam kejohanan ini, seperti: India, Korea Utara, Maldives, Myanmar, Tajikistan,dan Turkmenistan dan tidak layak untuk menyertai Pertandingan Kelayakan Piala Asia.
Kesudahannya,tiada sebuah pun negara anggota yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai "kurang membangun" pernah memenangi Piala Cabaran AFC ini.Pada penghujung Mac 2012 Konfederasi Bola Sepak Asia telah meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Kepulauan Mariana Utara untuk menghantar pasukan kebangsaan mereka menyertai kejohanan ini meskipun negara ini bukan anggota penuh Konfederasi Bola Sepak Asia.Pada bulan November 2012 Konfederasi Bola Sepak Asia telah membuat keputusan untuk mengecualikan Pasukan Bola Sepak Korea Utara daripada kejohanan Piala Cabaran AFC edisi akan datang (2014).
Kejohanan Piala Asia AFC 2011 dan 2015 menyaksikan dua slot kelayakan secara automatik telah diperuntukkan kepada johan Piala Cabaran AFC edisi 2008,2010 dan edisi 2012,2014.Walau bagaimanapun,bagi kejohanan Piala Asia AFC 2019,johan Piala Cabaran AFC 2016 dan 2018 akan bermain dalam pusingan kalah-mati bagi merebut dua slot untuk layak menyertai kejohanan Piala Asia AFC 2019 berbanding menikmati kelayakan secara automatik sebelum ini,menentang dua pasukan teratas diantara pasukan-pasukan yang berada di kedudukan ketiga kumpulan dalam Pertandingan Kelayakan Piala Asia 2019.
Berikut merupakan pembahagian Pasukan Kebangsaan di Asia menurut AFC.
- 15 pasukan dibawah tergolong dalam kategori "telah membangun"
- 14 pasukan dibawah tergolong dalam kategori "sedang membangun"
- 17 pasukan dibawah tergolong dalam kategori "kurang membangun"; dan memerlukan masa untuk membangunkan bola sepak mereka, dan turut serta dalam pertandingan ini.
Keputusan
suntingTahun | Tuan Rumah | Perlawanan Akhir | Separuh Akhir | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Juara | Jaringan | Naib Juara | Separuh Akhir | Separuh Akhir | |||||
2006 Butiran |
Bangladesh | Tajikistan |
4 – 0 | Sri Lanka |
Kyrgyzstan |
Nepal |
Tahun | Tuan Rumah | Perlawanan Akhir | Penentuan Tempat Ketiga | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Juara | Jaringan | Naib Juara | Tempat Ketiga | Jaringan | Tempat Keempat | ||||
2008 Butiran |
India | India |
4 – 1 | Tajikistan |
Korea Utara |
4 – 0 | Myanmar | ||
2010 Butiran |
Sri Lanka | Korea Utara |
1 – 1 (Masa tambahan) (5 – 4) (Penalti) |
Turkmenistan |
Tajikistan |
1 – 0 | Myanmar | ||
2012 Butiran |
Nepal |
Korea Utara |
2 – 1 | Turkmenistan |
Filipina |
4 – 3 | Palestin | ||
2014 Butiran |
Maldives |
Palestin |
1 – 0 | Filipina |
Maldives |
1 – 1 (Masa tambahan) (8 – 7) (Penalti) |
Afghanistan |
Pasukan Paling Berjaya
suntingPasukan | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Tempat Keempat |
---|---|---|---|---|
Korea Utara | 2 (2010, 2012) | 1 (2008) | ||
Tajikistan | 1 (2006) | 1 (2008) | 1 (2010) | |
Palestin | 1 (2014) | 1 (2012) | ||
India | 1 (2008) | |||
Turkmenistan | 2 (2010, 2012) | |||
Filipina | 1 (2014) | 1 (2012) | ||
Sri Lanka | 1 (2006) | |||
Kyrgyzstan | 1 (2006^) | |||
Nepal | 1 (2006^) | |||
Maldives | 1 (2014) | |||
Myanmar | 2 (2008, 2010) | |||
Afghanistan | 1 (2014) |
- ^: Berkongsi Tempat Ketiga disebabkan perlawanan penentuan Tempat Ketiga belum diperkenalkan.
Penghargaan
suntingPenjaring Gol Terbanyak
suntingTahun | Nama Pemain | Jumlah Gol |
---|---|---|
2006 | Fahed Attal | 8 |
2008 | Pak Song-Chol | 6 |
2010 | Ryang Yong-Gi | 4 |
2012 | Phil Younghusband | 6 |
2014 | Ashraf Nu'man | 4 |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ AFC Challenge Cup 2006. Big Soccer Forum, 17 Juli 2004. Diakses pada 24 Februari 2011.
Pautan
sunting- Piala Cabaran AFC Diarkibkan 2010-12-04 di Wayback Machine pada laman web rasmi Konfederasi Sepak Bola Asia.
- Piala Cabaran AFC pada laman RSSSF.