Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura
Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Singapura dalam pertandingan antarabangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura.
Gelaran | The Lions | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Singapura | ||
Sub-konfederasi | AFF (Asia Tenggara) | ||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||
Ketua jurulatih | Takayuki Nishigaya | ||
Kapten | Hariss Harun | ||
Kaps terbanyak | Daniel Bennett (146)[1] | ||
Penjaring terbanyak | Fandi Ahmad (55)[2] | ||
Stadium tuan rumah | Stadium Nasional Singapura | ||
Kod FIFA | SGP | ||
Kedudukan FIFA | 159 ▼ 4 (20 Jun 2024)[3] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 73 (Ogos 1993) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 173 (Oktober 2017) | ||
Kedudukan Elo | 171 ▼ 2 (21 Jun 2024)[4] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 103 (4 November 2009) | ||
Kedudukan terendah Elo | 196 (November 2016) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Singapura 1–0 Taiwan (Singapura; 22 Mei 1948)[5] | |||
Kemenangan terbesar | |||
Singapura 11–0 Laos (Singapura; 15 Januari 2007) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Burma 9–0 Singapura (Kuala Lumpur, Malaysia; 9 November 1969) | |||
Piala Asia | |||
Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 1984) | ||
Keputusan terbaik | Pusingan 1 (1984) | ||
Piala AFF | |||
Kemunculan | 14 (Kali pertama pada 1996) | ||
Keputusan terbaik | Juara (1998, 2004, 2007, 2012) |
Singapura merupakan salah sebuah pasukan yang berjaya di Asia Tenggara selain Thailand apabila berjaya mendominasi Kejohanan Bola Sepak ASEAN sebanyak 4 kali gelaran kejuaraan iatu pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.
Pada kelayakan Piala Asia 2007, Singapura menjadi satu-satunya pasukan menewaskan Iraq dalam kempen perjalanan mereka ke Piala Asia. Singapura juga seri dengan China masing-masing 0-0 dan 1-1 di tempat mereka pada tahun 2006 dan 2009. Pada bulan Mac 2008, Australia juga gagal untuk mengalahkan Singapura apabila perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Pada Januari 2007, Singapura mencapai kemenangan dengan rekod terbesar 11-0 menentang Laos dalam perlawanan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Mohd Noh Alam Shah menjaringkan 7 gol dalam perlawanan itu.
Pesaing utama Singapura di pentas antarabangsa adalah jiran geografi mereka, Malaysia dan Indonesia ,perlawanan di antara kedua-dua pasukan sehingga sekarang dan masa lalu telah menghasilkan banyak drama. Selama bertahun-tahun, Singapura telah memasukkan beberapa pemain naturalisasi dalam pasukan seperti Mustafic Fahrudin dari Yugoslavia, Daniel Bennett dari England, Shi Jiayi dan Qiu Li dari Republik Rakyat China.
Rekod Kejohanan
suntingRekod Piala Dunia FIFA | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Keputusan | BP | M | S | K | JG | GB |
1930 hingga 1974 |
Tidak menyertai | ||||||
1978 | Tidak layak | ||||||
1982 | |||||||
1986 | |||||||
1990 | |||||||
1994 | |||||||
1998 | |||||||
2002 | |||||||
2006 | |||||||
2010 | |||||||
2014 | |||||||
2018 | |||||||
2022 | |||||||
2026 | |||||||
Jumlah | - | - | - | - | - | - |
Kejohanan sebelum 2007 dikenali sebagai Piala Tiger.
PemainsuntingSkuad terkinisuntingBerikut adalah senarai 23 pemain yang telah dipanggil untuk menyertai skuad dalam kejohanan Piala AFF 2022. Lihat jugasunting
Rujukansunting
Pautan luarsunting
|