Pesawat Tempur Pelbagai Peranan atau pesawat MRCA adalah sebuah pesawat yang boleh berperanan sebagai pesawat pejuang dan pesawat serangan darat. Pesawat ini secara umumnya lebih ringan dan kurang berkuasa jika dibandingkan dengan pesawat penguasaan udara.
Pesawat Tempur Pelbagai Peranan boleh dibezakan daripada pesawat pejuang-pengebom, dimana pesawat MRCA direka untuk melaksanakan kedua-dua serangan udara dan darat pada masa yang sama, manakala pesawat pejuang-pengebom pula secara umumnya adalah sebuah pesawat pejuang yang mana juga boleh menggunakan senjata udara-ke-darat.
Pesawat Tempur Pelbagai Peranan adalah nama projek megara-negara Eropah pada tahun 1968 yang mana kemudiannya menghasilkan pesawat Panavia Tornado. Semasa pembangunan pesawat ini, projek ini secara ringkasnya dipanggil sebagai Pesawat Pelbagai Peranan(MRA).