Pesawat penguasaan udara

Pesawat penguasaan udara merupakan sebuah pesawat pejuang yang berperanan untuk memasuki dan menguasai kawalan ruang udara musuh. Secara umum, pesawat penguasaan udara adalah mahal dan diperolehi dalam jumlah yang kecil juga. Pesawat ini juga mempunyai pilihan yang terhad. Penggunaan konsep ini pertama kali telah digunakan pada 1966 bagi menghuraikan VFAX/VFX F-14 Tomcat[1] dan kemudiannya McDonnell Douglas (kini Boeing) F-15 Eagle.

Pesawat Mikoyan MiG-29 adalah sebuah pesawat penguasaan udara yang direka pada tahun 1970-an.

Evolusi konsep

sunting

Semasa Perang Dunia II dan sehingga Perang Korea, pesawat pejuang diklasifikasikan mengikut peranan seperti: pesawat pejuang berat, pemintas, pesawat pengiring, pejuang siang dan sebagainya. Apabila perang berakhir, jenis-jenis ini mula digabungkan apabila kerangka asas sesebuah pesawat berupaya untuk memainkan peranan yang lebih banyak. Pembangunan peluru berpandu pada 1950-an yang mana dapat memusnahkan sasaran melangkaui ufuk. Di Amerika Syarikat, cadangan penggunaan persenjataan BVR dipercayai akan mengantikan penggunaan persenjataan WVR, dengan berkompromi dalam kebolehkendalian dan ciri-ciri keupayaan lain bagi sesebuah pesawat pejuang yang mana merupakan kualiti yang diperlukan untuk pertempuran udara, atau pertempuran jarak dekat bagi persenjataan WVR. Pemikiran sebegini telah mempengaruhi pembangunan sesebuah pesawat, seperti pesawat F-4 Phantom, yang mana tidak memiliki meriam.

Pengajaran dalam pertempuran

sunting

Walau bagaimanapun, pertempuran di Vietnam telah membuktikan penggunaan persenjataan BVR semata-mata adalah silap. Disebabkan oleh peraturan-peraturan pertempuran dan kejatuhan teknologi radar dan peluru berpandu pada tahun 1960-an, kadang kala pertempuran berakhir dengan pertempuran udara jarak dekat, satu situasi di mana pesawat pejuang dan juruterbang A.S tidak bersedia untuknya. Pengajaran daripada konflik ini telah merangsang pemikiran semula keutamaan rekabentuk bagi pesawat pejuang, yang mana dalam program TOPGUN Tentera Laut Amerika Syarikat dan RED FLAG Tentera Udara Amerika Syarikat, pengajaran berkenaan pertempuran udara jarak dekat kepada juruterbang telah dibangunkan secara spesifik.

Pesawat penguasaan udara

sunting

Kajian semula ke atas program VFAX/VFX Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1960-an dan konsep FX (Fighter Experimental) Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, telah menghasilkan pesawat F-14 Tomcat dan F-15 Eagle. Program VFX tidak akan mempertaruhkan ciri keupayaan pemintasan dalam peranan penguasaan udara, suatu hasil menakjubkan yang disempurnakan oleh Grumman dengan mengabungkan radar AWG-9 dan peluru berpandu Phoenix ke dalam sebuah pesawat lincah. Program FX adalah sebuah pesawat penguasaan udara istimewa, sebuah pesawat yang mengorbankan keupayaan untuk membawa peluru berpandu Phoenix dan sistem radar yang digunakan bersamanya, yang mana dapat memusnahkan sehingga enam sasaran serentak pada jarak sehingga 100 batu, bagi menumpukan peranan cemerlang dalam penguasaan udara jarak sederhana dan dekat. Harus diingatkan bahawa kombinasi pesawat F-14 dan peluru berpandu Phoenix bertujuan untuk menghentikan pesawat pengebom Soviet daripada berada dalam lingkungan jarak peluru berpandu luncuran, dan bukannya bagi tujuan persenjataan pertempuran di udara.

Pesawat sekarang

sunting
 
Pesawat F-22 Raptor milik Tentera Udara A.S.
 
Pesawat F-15 Eagle.
 
Pesawat F-14 Tomcat.
 
Pesawat F-16 Fighting Falcon.
 
Sukhoi Su-35 Rusia.
 
Pesawat Su-30 MKI milik Tentera Udara India.


Pesawat Lockheed Martin F-22 Raptor merupakan pesawat penguasaan udara generasi terkini milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia menggabungkan banyak teknologi termaju seperti halimunan, peluncuran pada kelajuan supersonik tanpa menggunakan pembakar lanjut (superkruis), kebolehkendalian yang tinggi dan enjin tujahan vektor. Beberapa bahan pengiklanan F-22 terawal dinyatakan sebagai pesawat "pejuang dominan udara." F-22 adalah sebuah pesawat tempur taktikal termahal yang pernah dikeluarkan, dengan harga "flyaway" adalah AS$ 137 juta sebuah.

Boeing F-15 Eagle telah menjadi pesawat penguasaan udara utama bagi Tentera Udara A.S selama hampir 30 tahun. F-15 masih digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat (F-15C), Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun (F-15J), Tentera Udara Israel (F-15I) dan Tentera Udara Diraja Arab Saudi (F-15S). Baru-baru ini, Korea Selatan telah memilih F-15K sebagai sebuah pesawat penguasaan udara masa depan mereka manakala Tentera Udara Republik Singapura pula telah memilih F-15T pada tahun 2006. Tentera Udara A.S.akan terus menggunakan 178 buah F-15C dan 224 buah F-15E dalam perkhidmatan mereka selepas tahun 2025, bermakna pesawat ini akan terus digunakan bersama-sama dengan F-22 Raptor.[1] Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine

F-14 Tomcat merupakan pesawat penguasaan udara utama Tentera Laut A.S semasa hayat perkhidmatannya. Penggunaan F-14 akhirnya telah dihentikan pada separuh tahun kedua 2006. Ia telah digantikan dengan pesawat F/A-18E/F Super Hornet, sebuah pesawat yang pada mulanya tidak bertujuan untuk menjadi sebuah pesawat penguasaan udara utama Tentera Laut A.S disebabkan pesawat tidak memiliki keupayaan menyerang berbilang sasaran jarak jauh secara serentak yang mana merupakan suatu keperluan rekabentuk pesawat bagi Tentera Laut A.S sejak tahun 1960-an. Bagaimanapun, versi baru peluru berpandu "tembak-dan-lupa" AIM-120 AMRAAM yang mana memiliki jarak sehingga 100+batu berbanding AIM-54 Phoenix sedang dibangunkan. Pembangunan peluru berpandu ini akan mendapatkan kembali keupayaan ini walaupun ketidakupayaan radar APG-9 untuk mengunci sasaran berbilang.

General Dynamics F-16 Fighting Falcon merupakan antara siri-siri terawal pesawat tempur pelbagai peranan yang telah direka untuk beraksi cemerlang dalam menguasai udara dan serangan darat, dan satu daripada pelbagai pesawat pejuang yang masih berada perkhidmatan. Bersaiz lebih kecil daripada F-15 versi terawal, ia merupakan salah sebuah pesawat yang sememang direka untuk tidak stabil; dengan dikawal oleh sistem kawalan penerbangan terbantu komputer "fly-by-wire", ketidak-stabilan ini menjadikan F-16 sebagai salah sebuah pesawat penguasaan udara yang memiliki kebolehkendalian yang tinggi di dunia, bagaimanapun sejak diperkenalkan keupayaannya setanding atau di atasi oleh pesawat-pesawat pejuang generasi terkini seperti Dassault Rafale, Eurofighter Typhoon dan F-22, kesemuanya menggunakan sistem "fly-by-wire" yang sama bagi mengawal rekabentuk tidak stabil ini. Pesawat F-35 Lightning II juga akan mewarisi pusaka F-16 dan menjadi pesawat penguasaan udara kedua terbaik selepas F-22 Raptor.

Sukhoi Su-35 Flanker-E adalah merupakan pesawat pejuang terbaru Rusia. Ia merupakan pesawat dari keluarga Su-27 Flanker yang telah ditingkat upaya dan berkongsi banyak persamaan dengan Su-30MKI. Su-35 merupakan pesawat terakhir yang akan dibangunkan dari keluarga pesawat terkenal; Flanker. Pesawat ini telah dipertontonkan pada tahun 2008, dengan pengenalan pesawat Su-35BM.

Sukhoi-30 MKI adalah merupakan pesawat penguasaan udara utama bagi Tentera Udara India. Sukhoi-30 MKI merupakan suatu kejayaan hasil kerjasama di antara firma-firma avionik Sukhoi, HAL, Perancis dan Israel serta DRDO bagi menghasilkan versi khas Su-30 untuk Tentera Udara India. Pesawat ini dipercayai merupakan versi Su-30 yang paling canggih di antara kesemua versi-versi Su-30 dan Su-27 yang terdapat di dunia. Tentera Udara India memiliki kiri-kira 120 buah pesawat yang telah berada dalam perkhidmatannya dan akan memperoleh sejumlah 230 buah pesawat Su-30MKI.

Mirage 2000-5 pula merupakan pesawat penguasaan udara bagi Tentera Udara Perancis. Pada masa sekarang, pesawat-pesawat pejuang generasi baru Eropah sedang memasuki perkhidmatan dan kesemuanya berupaya untuk melaksanakan misi penguasaan udara, satu daripada peranan yang boleh dilaksanakannya. Pesawat-pesawat tersebut adalah Saab Gripen, Rafale dan Eurofighter Typhoon.

Antara ciri-ciri yang diperlukan bagi sesebuah pesawat penguasaan udara, kebanyakannya dimulakan oleh pesawat Grumman F-14 Tomcat, adalah kebolehkendalian yang cemerlang, memiliki kadar tujahan-kepada-berat yang tinggi, radar berprestasi tinggi dengan keupayaan untuk menjejak sasaran berbilang secara serentak, kokpit kaca digital moden untuk mengurangkan beban juruterbang, kadar penglihatan yang baik dari kokpit, persenjataan yang terdiri dari peluru berpandu udara ke udara BVR tembak-dan-lupa dan jarak dekat dan sederhana yang lincah, contohnya AMRAAM dan ASRAAM.

Bagi memaksimakan penggunaan kecekapan pertempuran dan kegunaan strategik pesawat ini, pesawat penguasaan udara akan dioperasikan dibawah kawalan atau koordinasi pesawat AWACS/AEW.

  1. ^ Aviation Week, 1974. Iklan Grumman, "F-14 Tomcat, pesawat penguasaan udara paling berupaya di dunia... menghapuskan objek-objek berbahaya dengan sistem persenjataan penjejak-pengimbas berbilangnya, pelancaran peluru berpandu berbilang jarak jauh secara serentak, dan sayap boleh ubah yang serba boleh"

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting