HAL Tejas (Sanskrit: Mengenai audio ini तेजस् : "Radiance") merupakan sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan yang dibangunkan oleh India. Ia merupakan sebuah pesawat yang tidak mempunyai satah ekor,[1] bersayap delta yang dengan satu enjin. Pada asalnya, ia dikenali sebagai Pesawat Tempur Ringan (PTR) – satu designasi yang masih popular digunakan – pesawat ini kemudian secara rasminya dinamakan sebagai "Tejas".[2] oleh Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee pada 4 Mei 2003.[3]

HAL Tejas
Peranan Pelbagai peranan
Negara pengeluar India
Pengeluar Hindustan Aeronautics Limited
Direka oleh Agensi Pembangunan Aeronautika
Penerbangan sulung 4 Januari 2001
Status Ujian penerbangan
Pengguna utama Tentera Udara India
Tentera Laut India
Jumlah dibina 9
Kos seunit AS$25 juta (anggaran)

Siri pengeluaran terhad pesawat Tejas bermula pada 2007; ia kini dijangka akan mencapai kelulusan operasi awal terhad dengan Tentera Udara India pada 2008, diikuti dengan kelulusan operasi penuh pada hujung tahun 2010.[4] Versi latihan dua tempat duduk juga dibangunkan, yang mana juga boleh dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut India. Tentera Udara India dilaporkan memerlukan 200 buah pesawat satu tempat duduk dan 20 buah pesawat latihan dua tempat duduk. Sementara itu, Tentera Laut India mungkin akan memesan sehingga 40 buah pesawat satu tempat duduk bagi mengantikan angkatan pesawat Sea Harrier FRS.51 dan Harrier T.60.[5]Versi tentera laut dijangka akan diterbangkan pada 2009.[6]

Melalui penggunaan teknik rekabentuk moden, bahan ringan dan komposit, Tejas dijangka akan menjadi pesawat pejuang moden paling ringan yang sedang dikeluarkan.

Pengguna

sunting
  India

Spesifikasi (HAL Tejas)

sunting

Data dari Aviationfans.com[8][9]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 13.20 m (43 kaki 4 in)
  • Rentang sayap: 44 kaki 8½ in (13.62 m)
  • Tinggi: 4.40 m (14 kaki 9 in)
  • Sayap luas: 38.4 m² (413 kaki²)
  • Berat kosong: 5,500 kg (12,100 lb)
  • Berat berisi: 8,500 kg (18,700 lb (dalam konfigurasi pesawat pejuang))
  • Berat berlepas maksimum: 14,500 kg (31,967lb)
  • Loji kuasa:General Electric F404-GE - F2J3 turbofan
  • Muatan bahan api dalaman: 3000 liter
  • Muatan bahan api luaran: 5×800 liter tangki atau 3×1,200 liter tangki, berjumlah 4,000/3,600 liter

Prestasi

Persenjataan

Avionik

Radar EL/M-2052 AESA (pada model akan datang, bermula pada 2012 dan seterusnya.)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Note: The term "tailless" here means that the aircraft lacks horizontal tailplanes, there is still, in this instance, a single vertical tailfin.
  2. ^ Anon. (27 April 2003). PM to select Sanskrit name for LCA on May 4 Diarkibkan 2011-09-27 di Wayback MachineIndiainfo.com. According to then Scientific Advisor to Defence Minister Dr. Vasudev K. Aatre, "Tejas" was selected from a list of 20 names considered for the LCA; the other alternate name would have been "Sarang".
  3. ^ Anon. (21 August 2003). LCA first prototype vehicle to fly next month Diarkibkan 2011-09-27 di Wayback Machine. Indiainfo.com.
  4. ^ Pandit, Rajat (16 July 2006). IAF may not get to fly LCA before 2010. The Times of India.
  5. ^ Jackson, Paul; Munson, Kenneth; & Peacock, Lindsay (Eds.) (2005). “ADA Tejas” in Jane’s All The World’s Aircraft 2005-06’’. Coulsdon, Surrey, UK: Jane's Information Group Limited. p. 195. ISBN 0-7106-2684-3.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-17. Dicapai pada 2009-01-11.
  7. ^ http://economictimes.indiatimes.com/rssarticleshow/msid-3135119,prtpage-1.cms
  8. ^ http://www.aviationfans.com/node/17
  9. ^ http://www.ada.gov.in/Activities/lca/lca.html

Pautan luar

sunting

Laporan berita:

Ciri dan analisis:

Teknikal:

Umum:

Pautan foto:

Pautan video: