Kuatagh
Hai, apa khabar! Saya dapati anda memulakan rencana tentang diri anda sebanyak dua kali. Sebagai maklumat, rencana tentang diri anda hanya boleh ditaip di laman pengguna anda iaitu di Pengguna:Kuatagh dan bukan di Kuatagh. Maka laman itu terpaksa dipadam. — Master2841 17:27, 27 Julai 2006 (UTC)
Kuatagh 02:14, 28 Julai 2006 (UTC)
Merujuk perkara di atas, saya adalah pengguna baru.. Untuk makluman, saya ingin meletakkan rencana di laman Kuatagh, dan bukannya di pengguna: Kuatagh.. Bagaimana saya harus mengemaskini.. Saya juga akan mengemaskini di bahagian bahasa Inggeris selepas ini. Untuk pengetahuan, Kuatagh adalah alumni kepada EX-MRSM Kuantan, Pahang. Terima Kasih
- Saya sudah lihat "rencana" yang anda tuliskan sekali lagi itu. Rencana yang bermula dengan ayat seperti "Tahukah anda bahawa..." dan berakhir dengan "...sentiasa kool dan ceria" bukanlah satu rencana piawai. Ini merupakan satu ensiklopedia, bukannya majalah. Pelajarilah bagaimana hendak menulis rencana yang profesional dengan membaca Wikipedia:Manual gaya penulisan. — Alistaire 05:22, 28 Julai 2006 (UTC)
Kuatagh 07:05, 28 Julai 2006 (UTC)
Jika demikian, di pohon bantuan untuk memperbaiki bahasa di atas dan dapat menyiarkannya. Di dahulukan dengan ucapan Terima Kasih
Kuatagh 11:23, 28 Julai 2006 (UTC)
Terima Kasih atas suntingan dan penyiaran rencana di laman Kuatagh.