KUATAGH
KUATAGH merupakan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuantan (ANSARA Kuantan), yang telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan keahlian awal seramai 235 orang. Jumlah ahli berdaftar sehingga Julai 2008 seramai 940 orang. Ahli berbayar berakhir 31 Disember 2008 seramai 677 orang. Sehingga kini lebih daripada 500 orang bergiat secara aktif di dalam sebarang aktiviti Kuatagh.
ANSARA Kuantan | |
Cogan kata | Dipimpin Untuk Memimpin |
Ditubuhkan | 1988 |
Jenis | (berasrama penuh) sekolah menengah |
Gred | Tingkatan 1 - Tingkatan 5 |
Lokasi | Kuantan, Pahang, Malaysia |
Warna | Hitam, Merah, Putih |
Singkatan | MRSM |
Laman web | http://www.kuatagh.net |
Aktiviti
suntingAntara aktiviti rasmi Kuatagh yang telah menjadi tradisi semenjak ditubuhkan dan masih berterusan sehingga kini adalah:
- Perjumpaan Kuatagh bersama Kuatagh,
- Aktiviti luaran bersama keluarga Kuatagh,
- Aktiviti Sirih Pulang ke Gagang, dan
- Aktiviti majlis berbuka puasa Ramadhan, menyambut Syawal atau Makan Malam Tahunan yang dianjurkan bersilih ganti atau bergilir gilir setiap tiga tahun.
Aktiviti Sirih Pulang ke Gagang telah berterusan secara tersusun sejak tahun 1998, dimana setiap Batch akan menganjurkan temasya ini berganti ganti, umpamanya pada tahun 2007 majlis ini dikelolakan dengan jayanya oleh Kuatagh dari Kumpulan 1990. Pada suatu ketika dahulu program ini juga telah diadakan setiap tahun, berkali kali, sejak 1982 lagi, cuma pada ketika itu tiada modul khas yang diketengahkan sebagai garis panduan demi kebajikan pelajar pelajar MRSM Kuantan.
Kontroversi
suntingDidapati tidak ramai yang tahu apa itu "KUATAGH" dan bagaimana nama "KUATAGH" itu diperolehi. Dokumentasi dan penerangan mengenai perkataan tersebut dan makna singkatannya tidak terdapat di mana-mana sumber rasmi dan juga tidak rasmi di Internet,termasuk di Wiki ini sendiri. Walau bagaimanapun, ejaan KUATAGH dipercayai merujuk kepada gaya dan cara sebutan "KUANTAN" dengan dialek dan lenggok sebutan masyarakat Pahang tengah/ Pahang ulu i.e. Temerloh, Mentakab, Raub, Jerantut. KUATAGH di sebut dengan "silent" "GH".
Berikut adalah senarai cawangan ANak SAins MARA atau ANSARA di seluruh Malaysia[1].
- ANSARA Seremban.
- ANSARA Kota Bharu.
- ANSARA Kuantan (Dikenali dikalangan ahlinya sebagai Kuatagh[2]).
- ANSARA Kulim.
- ANSARA Muar.
- ANSARA Jasin.
- ANSARA Berseri (ANSERI).
- ANSARA Balik Pulau.
- ANSARA Taiping.
- ANSARA Kuala Berang.
- ANSARA Terendak.
- ANSARA Serting.
- ANSARA PDRM Kulim.
- ANSARA Grik.
Persatuan Pelajar Lepasan MRSM atau PPLM Kuala Trengganu mengambil keputusan untuk kekal sebagai PPLM dan tidak membentuk cawangan dibawah ANSARA.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Portal Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia[pautan mati kekal]Senarai Rasmi Cawangan ANSARA
- ^ Laman Web Sireh Pulang Ke Gagang - Sejarah[pautan mati kekal]Sejarah KUATAGH
Pautan luar
sunting- (Melayu) http://kuatagh.net/ Diarkibkan 2005-08-02 di Wayback Machine
- (Melayu) http://spkg.kuatagh.net/ Diarkibkan 2009-04-08 di Wayback Machine
- https://web.archive.org/web/20090804042948/http://www.geocities.com/SouthBeach/Marina/6193/new-kuatagh.html
- Ansara.org.my Portal Ansara - Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia