Liga Malaysia
Liga Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak di Malaysia dan ia juga selalunya diringkaskan sebagai Liga M. Penyelenggaraan Liga Malaysia dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Bola sepak telah bermula di Malaysia seawal tahun 1921 dengan teranjurnya Piala Malaya (iaitu nama asal bagi Piala Malaysia).
Ketika ini Liga Malaysia merangkumi kejohanan yang berbentuk liga dan piala. Semenjak pertama kali diadakan iaitu 1921 hingga 1988 kejohanan bola sepak di Malaysia dijalankan secara amatur.
Pada tahun 1989 Liga Malaysia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik setelah diperkenalkan liga bertaraf separuh profesional. Mulai musim 1993 Liga Malaysia telah memasuki era profesional sepenuhnya.
Sistem Piramid Bolasepak Malaysia
sunting2023
suntingTahap | Liga/Divisyen | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
I | Liga Super Malaysia (MSL) 14 Kelab ↓1 Play-off penyingkiran ↓1 Tempat penyingkiran | ||||||
II | Liga Premier Malaysia (MPL) Tidak diadakan sejak 2023 | ||||||
II | Liga M3 Malaysia 14 Kelab ↑1 Tempat promosi ↑1 Tempat play-off promosi ↓2 tempat penyingkiran | ||||||
III | Liga M4 Malaysia 15 Kelab dipecahkan kepada 3 zon ↑2 Tempat promosi
| ||||||
IV | Liga M5 Malaysia
|
Musim 2022
suntingTahap | Liga/Divisyen |
---|---|
I | Liga Super Malaysia (MSL) 12 Kelab ↓2 Tempat penyingkiran |
II | Liga Premier Malaysia (MPL) 12 Kelab ↑2 Tempat promosi ↓2 Tempat play-off penyingkiran |
III | Liga M3 Malaysia 12 Kelab ↑2 Tempat play-off promosi ↓2 tempat penyingkiran |
IV | Liga M4 Malaysia 12 Kelab ↑2 Tempat promosi ↓2 tempat penyingkiran |
V | Liga M5 Malaysia Wilayah Persekutuan Liga-Liga Sosial (TBD) Liga Shah Alam |
2021
suntingTahap | Liga/Divisyen |
---|---|
I | Liga Super Malaysia (MSL) 12 Kelab ↓2 Tempat penyingkiran |
II | Liga Premier Malaysia (MPL) 12 Kelab ↑2 Tempat promosi ↓2 Tempat play-off penyingkiran |
III | Liga M3 Malaysia 20 Kelab ↑2 Tempat play-off promosi ↓8 tempat penyingkiran |
IV | Liga M4 Malaysia Liga Negeri-Negeri Wilayah Persekutuan Liga-Liga Sosial (TBD) Liga Shah Alam |
Liga
suntingTahap Satu - Profesional
suntingTahap Dua - Profesional
suntingTahap Tiga - Separuh Profesional
suntingLiga ini dikendalikan oleh Liga Bolasepak Amatur Malaysia
Tahap Empat - Amatur
suntingLiga ini terdiri daripada liga-liga yang dikendalikan oleh pengendali swasta dan persatuan-persatuan negeri. Liga-liga ini harus diiktiraf oleh Liga Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Amatur Malaysia untuk dijadikan sebahagian daripada Liga M4.
Tahap Lima- Amatur
sunting- Liga Negeri-Negeri dan liga-liga Sosial
Sistem liga persatuan-persatuan negeri
suntingSelangor
suntingSistem liga Persatuan Bola Sepak Selangor adalah sistem liga persatuan negeri di negeri Selangor dan bermula dari tahap 5 dalam sistem liga Malaysia dengan Liga Super Selangor di atas. PNSB merupakan juara bertahan pada musim 2014. Sistem liga ini mempunyai 3 divisyen utama di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Selangor disamping liga-liga daerah dan kawasan Selangor yang masing-masing dikelolakan oleh persatuan daerah dan kawasan. 4 Pasukan bertanding di atas sistem bolasepak persatuan negeri: Selangor (Liga Super Malaysia), PKNS (Liga Premier Malaysia), Megah Murni dan AirAsia Allstars (Liga FAM Malaysia).
Tahap |
Liga/Divisyen |
---|---|
V | Liga Super (20 Kelab) |
VI | Bahagian Perdana (19 Kelab) |
VII | Bahagian I (19 Kelab) |
VIII | Bahagian II (19 Kelab) |
Kuala Lumpur
suntingSistem liga Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur adalah sistem liga persatuan negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bermula dari tahap 5 dalam sistem liga Malaysia dengan Liga Super Kuala Lumpur di atasnya. Young Fighters merupakan juara bertahan pada musim 2014. Sistem liga ini mempunyai 3 divisyen utama di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur. Sebanyak 8 Pasukan bertanding di atas sistem bolasepak persatuan negeri: Felda United dan Sime Darby (Liga Super Malaysia), SPA, DRB Hicom dan Kuala Lumpur (Liga Premier Malaysia) serta Felcra, Young Fighters dan MOF (Liga FAM Malaysia).
Tahap |
Liga/Divisyen |
---|---|
V | Liga Super (14 kelab) ↑ 1 tempat promosi ke Liga M4 |
VI | Bahagian Satu (24 kelab) |
VII | Bahagian Dua (24 kelab) |
Melaka
suntingSistem Liga Melaka adalah sistem liga persatuan negeri di Melaka dan bermula dari tahap 5 dalam sistem liga Malaysia dengan Liga Melaka Divisyen Satu di atasnya. UTeM FC merupakan juara bertahan pada musim 2017. Sistem liga ini mempunyai 3 divisyen utama di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Melaka Bersatu. Sebanyak 1 pasukan bertanding di atas sistem bolasepak persatuan negeri: Melaka United (Liga Super).
Tahap |
Liga/Divisyen |
---|---|
V | Divisyen 1 13 pasukan ↑ 1 tempat promosi ke Liga M4 ↓ 2 tempat penyingkiran |
VI | Divisyen 2 11 pasukan ↑ 2 tempat promosi ↓ 2 tempat penyingkiran |
VII | Divisyen 3 26 pasukan ↑ 2 tempat promosi |
Piala
suntingProfesional
Profesional dan Separuh Profesional
Separuh Profesional dan Amatur
Kesemua piala ini dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Lihat juga
sunting- Liga Bola Sepak Malaysia
- Senarai stadium bola sepak di Malaysia
- Senarai pasukan dalam Liga Malaysia
- Piala Agong
- Piala Emas Raja-Raja
Piala Sumbangsih
Piala Cabaran