Kempen Malaya

muar merupakan kubu pertahanan terakhir
(Dilencongkan daripada Penjajahan Jepun di Tanah Melayu)
Kempen Malaya
Sebahagian daripada Perang Pasifik Perang Dunia II

Pasukan tentera Tentera Empayar Jepun merengkok di jalan di Johor Bahru pada peringkat akhir kempen Malaya
Tarikh8 Disember 1941 – 15 Februari 1942
(2 bulan dan 8 hari)
Lokasi
Keputusan Kemenangan Jepun
Perubahan
wilayah
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Pihak yang terlibat
 Empayar British
Belanda

Kuomintang Malaya[1]
Parti Komunis Malaya[1]
Empayar Jepun Jepun
Thailand Thailand
Kesatuan Melayu Muda
Komandan dan pemimpin
Archibald Wavell
United Kingdom Robert Brooke-Popham
United Kingdom Arthur Percival Menyerah diri
United Kingdom Lewis Heath Menyerah diri
United Kingdom David Murray-Lyon Menyerah diri
United Kingdom Archibald Paris 
United Kingdom Arthur Barstow 
Australia Gordon Bennett
United Kingdom Tom Phillips 
United Kingdom Conway Pulford 
Leong Yew Koh[1]
Lai Teck
Empayar Jepun Hisaichi Terauchi
Empayar Jepun Tomoyuki Yamashita
Empayar Jepun Takuro Matsui
Empayar Jepun Takuma Nishimura
Empayar Jepun Renya Mutaguchi
Empayar Jepun Michio Sugawara [jp]
Empayar Jepun Nobutake Kondō
Empayar Jepun Jisaburō Ozawa
Empayar Jepun Shintarō Hashimoto
Ibrahim Yaakob
Unit terlibat
Pemerintahan Timur Jauh[a]
Pemerintahan ABDA[b]
Malaya Command
United Kingdom RAF Timur Jauh

ML-KNIL


East Indies Fleet
OCAJA[1]
MPAJA[1]
Tentera Ekspedisi Selatan

25th Army


2nd Fleet
Polis Diraja Thailand
Kesatuan Melayu Muda
Kekuatan
130,246 tentera[2]
253 pesawat
810 butir artileri
208+ senjata anti kereta kebal dan antipesawat
54 senapang kubu[3][c]
250+ AFV[3] [d][4]
15,400+ kenderaan bermotor[5][e]
125,408 tentera[6]
799 pesawat[7]
440+ keping artileri[8]
265 kereta kebal[9]
3,000+ trak[10]
Kerugian dan korban
130,246 (Termasuk korban dalam Pertempuran Singapura)
7,500–8,000 terkorban[11]
11,000+ cedera
~120,000+ ditawan atau hilang[12]
14,768 (Termasuk korban dalam Pertempuran Singapura)
5,240 terkorban
9,528 cedera[13]
>30 kereta kebal termusnah[14]
108–331 pesawat rosak atau musnah[15]

Kempen Malaya, dirujuk oleh sumber Jepun sebagai Operasi Melayu (馬来作戦, Maree Sakusen), merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1945 semasa Perang Dunia Kedua.

Latar belakang

sunting

Sewaktu antara tempoh peperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan negara di Tanah Melayu.

Rancangan kerajaan British bergantung terutamanya pada meletakkan angkatan laut yang kuat di pangkalan Tentera Laut Singapura kepunyaan Britain apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh, untuk melindungi kepentingan Timur Tengah British dan laluan ke Australia. Bagaimanapun, tempoh jangkaan tiba Tentera Laut Diraja British, sekiranya Tanah Melayu atau Singapura diancam, disambung dari minggu ke bulan, sehingga akhirnya, apabila perang meletus di Eropah pada tahun 1939, ia jelas kelihatan bahawa tiada angkatan laut mungkin akan tiba.

Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Europa dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun. Mereka kekurangan alatan peperangan dan askar yang terlatih.

Faktor kedatangan Jepun ke Negara Malaysia

sunting

Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941.[16]

Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pihak Bersekutu terhadap Jepun. Dalam usaha menjayakan misi ini, Jepun menggunakan propaganda seperti penggunaan slogan “Semangat Asia" dan "Asia untuk Orang Asia". Propaganda Jepun menanamkan semangat antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia.

Penjajahan Jepun

sunting

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu. Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayu Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.[17] Pemimpin Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim Yaakob telah dilatih oleh Jepun selama enam bulan dan turut dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

8 Disember - 18 Disember 1941

sunting

Jepun mendarat di Pantai Kuala Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor ('Pelabuhan Pearl') melalui udara.

 
Lt Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun
 
Lt Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu
 
Lockheed Hudson Mk V

Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.

Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.

Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari keesokannya.

Kemasukan tentera Jepun dari Siam

sunting

Pihak Jepun telah mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera British, Australia dan India, Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.

Divisyen Ke-5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Aziziro Askaro telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Faizo mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Cherok To’Kun. Tentera British yang mempertahankan Cherok To’Kun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Tanjong Tokong. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Tanjong Tokong. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Tanjung Pinang dengan Tanjong Tokong. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Tanjong Tokong.

Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor Ke-III India dan Cina daripada Tentera India dan Cina beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India dan Cina yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Pondok Burung berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai abas menuju ke Flat Hijau, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Pinang.

Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam Perang China-Jepun Kedua. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantri berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.

Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.

Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Roy Andika telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.

Kemaraan turun Semenanjung Tanah Melayu

sunting
 
Pemerintah Command dan penjajahan Jepun

Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah. Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Akibatnya pasukan British berundur ke selatan dan cuba memperkuatkan kedudukannya di Sungai Bata dan Kelubi dengan menggunakan askar Gurkha dan Punjab.

Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.

Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.

Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.

Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.

Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.

19 Disember 1941 - 31 Januari 1942

sunting

Pada 23 Disember Mejar Jeneral Murray-Lyon dari Divisyen Infantri Ke-11 India ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.

Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.

Pertahanan Johor

sunting

Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia diletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.

Pada 15 Januari, Divisyen Ke-5 Jepun yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh Tentera Imperial Australia di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.

Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Briged India Ke-45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Briged tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.

Pihak British mengarah Batalion 2/19 dan 2/29 (sebahagian Divisyen Ke-8 Australia) ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh Leftenan Kolonel Anderson AIF, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuk pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komanwel berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan daripada dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun ke kawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia berada di tangan musuh, Anderson, dengan jumlah anggotanya yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu merentas hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke markas batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua 140 anggota yang ditinggalkan, kecuali tiga atau empat orang, disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Lt Kol Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur.

 
Askar Jurutera Diraja British (Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.

Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwel di Johor yang tertumpu pada garis Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya bagi pihak bertahan, Jen Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura; Percival mengetepikan permintaan berulang Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson agar memulakan pembinaan benteng pertahanan dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk semangat (morale)".

Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Archibald Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Kratoska 2018 pp 299
  2. ^ Farrell, 2015 [halaman diperlukan]
  3. ^ a b Allen (2013) ms. 300-301.
  4. ^ Sandhu 1987, hlm. 32.
  5. ^ Allen (2013) ms 300-301
  6. ^ Farrell, 2015 [halaman diperlukan]
  7. ^ JM-54, ".crl.edu/services/download/pdf/451165?from=001&to=123 Rekod Operasi Melayu" hlm. 11. 612 Tentera Darat dan 187 pesawat Tentera Laut, di mana 153 Tentera Darat dan 29 pesawat Tentera Laut adalah simpanan. Diperoleh pada 1/4/2022
  8. ^ Allen, Louis. Singapura 1941–1942: Edisi Semakan, Routledge, 2013. hlm. 169
  9. ^ Farrell, 2015 [halaman diperlukan]
  10. ^ Toland, John. Matahari Terbit New York: Perpustakaan Moden, 2003. hlm. 272
  11. ^ Farrell, 2015 [halaman diperlukan]
  12. ^ Farrell, 2015 [halaman diperlukan]
  13. ^ Akashi, Yoji (2010). General Yamashita Tomoyuki: Commander of the Twenty-Fifth Army. Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd.
  14. ^ Smith, Colin (2006). Singapore Burning. London: Penguin Books. ISBN 978-0141010366.
  15. ^ Roy, Kaushik (2019). Battle for Malaya: The Indian Army in Defeat, 1941-1942. Open Road Integrated Media.
  16. ^ https://online.fliphtml5.com/faksy/uqki/#p=77. Missing or empty |title= (bantuan)
  17. ^ Southeast Asian Culture and Heritage in a Globalising World: Diverging ... By Ooi Giok Ling


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan