Terauchi Hisaichi
Count Hisaichi Terauchi (寺内 寿一 , Terauchi Hisaichi, 8 Ogos 1879 – 12 Jun 1946) ialah seorang Gensui (atau Fil Marsyal) dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan Panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan semasa Perang Dunia II.
Marsyal Jeneral Count Terauchi Hisaichi | |
---|---|
Kelahiran | August 8, 1879 Wilayah Yamaguchi, Empayar Jepun |
Meninggal dunia | 12 Jun 1946 Renggam, Johor Bahru, Tanah Melayu British | (umur 66)
Kesetiaan | Empayar Jepun |
Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial Jepun |
Tahun perkhidmatan | 1900–1945 |
Pangkat | Fil Marsyal |
Arahan | Divisyen Ke-5 Division Ke-4 Tentera Darat Taiwan Jepun Tentera Darat Kawasan China Utara Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan |
Pertempuran | Perang Jepun-Rusia Perang China-Jepun Kedua Perang Dunia II |
Anugerah | Order of the Rising Sun (Kelas 1) |
Biografi
suntingHisaichi Terauchi telah dilahirkan di wilayah Yamaguchi dan merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Jepun yang ke-9 dan Gabenor Jeneral Korea pertama iaitu Gensui Count Terauchi Masatake, yang berketurunan bangsawan. Setelah tamat belajar di Akademi Tentera Jepun pada tahun 1900, beliau menyertai Tentera Darat Imperial dan ditugaskan dalam Perang Rusia-Jepun. Selesai perang, Terauchi menjadi pegawai tentera di Jerman dan bertugas sebagai tenaga pengajar di Akademi Tentera.
Pada tahun 1919, beliau dianugerahi gelaran hakushaku (Count) dan menjadi kolonel. Kemudian menjadi mejar jeneral pada 1924 dan ditugas untuk memimpin pasukan Tentera Darat Chōsen di Korea tahun 1927. Setelah menjadi leftenan jeneral pada tahun 1929, beliau diangkat menjadi pemimpin pasukan Divisyen Ke-5 dan kemudian dipindahtugaskan ke Divisyen Ke-4 pada tahun 1932. Tahun 1934, beliau menjadi panglima Tentera Darat Jepun di Taiwan.
Bulan Oktober 1935, beliau menjadi jeneral (penuh) dan terlibat dalam faksi Kodoha dalam politik Jepun. Setelah peristiwa Insiden 26 Februari, beliau terpilih dari Tentera Darat menjadi Menteri Perang pada tahun 1936, dalam pemerintahan Perdana Menteri Jepun Hirota Koki, yang selanjutnya mempertajam konflik antara kubu tentera dan kubu awam di dalam Diet Jepun.
Apabila berlaku Perang China-Jepun II, beliau kembali ditugaskan ke medan perang sebagai panglima Tentera Darat Kawasan China Utara. Tahun 1938, beliau dianugerahi darjah kebesaran Order of the Rising Sun kelas pertama dan pada 6 November 1941 diangkat sebagai panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan . Kemudian beliau bersama Laksamana Yamamoto Isoroku menyusun pelan strategi Perang Pasifik.
Hisaichi Terauchi memimpin penjajahan Asia Tenggara pada tahun 1941-1942. Dengan Markas besar di Singapura dan dilantik menjadi Fil Marsyal pada Jun 1943. Selanjutnya beliau berpindah ke Filipina pada bulan Mei 1944. Ketika Pihak Berikat mengancam Filipina, Hisaichi Terauchi berundur ke Saigon, di Indochina Perancis (sekarang Vietnam). Setelah mendapat maklumat bahawa Burma bebas daripada Jepun, beliau menderita strok pada 10 Mei 1945. Pada 12 September 1945, Jeneral Itagaki Seishiro, mewakili Terauchi, menyerah kalah kepada Pihak Berikat di Singapura. Terauchi sendiri menyerah diri kepada Lord Mountbatten pada 30 September 1945 dan meninggal sebagai tawanan perang di Johor, Tanah Melayu setelah perang tamat.
Tarikh kenaikkan pangkat
sunting- Rikugun-shōi (Leftenan Muda)—22 Jun 1900
- Rikugun-chūi (Leftenan)—15 November 1902
- Rikugun-tai-i (Kapten)—16 September 1904
- Rikugun-shōsa (Mejar)—18 Oktober 1911
- Rikugun-chūsa (Leftenan Kolonel)—15 November 1916
- Rikugun-taisa (Kolonel)—25 Julai 1919
- Rikugun-shōshō (Mejar Jeneral)—4 Februari 1924
- Rikugun-chūjō (Leftenan Jeneral)—1 Ogos 1929
- Rikugun-taishō (Jeneral)—30 Oktober 1935
- Gensui-rikugun-taishō (Marsyal Jeneral)—21 Jun 1943
Catatan
suntingChōsen adalah nama Jepun untuk Korea, berasal dari bahasa Korea Joseon (조선, 朝鮮, disebut pula Chosŏn)
Rujukan dan pautan
sunting- (Inggeris) Brief biography Diarkibkan 2006-10-05 di Wayback Machine
- (Inggeris) Generals from Japan
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terauchi Hisaichi |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Yoshiyuki Kawashima |
Menteri Tentera Darat 9 Mac 1936 – 2 Februari 1937 |
Diikuti oleh: Kotaro Nakamura |
Pegawai tentera | ||
Didahului oleh tiada |
Panglima Besar, Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan IJA Nov 1941 – Ogos 1945 |
Diikuti oleh: tiada |
Didahului oleh tiada |
Panglima, Tentera Darat Kawasan China Utara IJA Ogos 1937 – Dis 1938 |
Diikuti oleh: Hajime Sugiyama |
Didahului oleh Iwane Matsui |
Panglima, Tentera Darat Jepun Taiwan IJA Ogos 1934 – Dis 1935 |
Diikuti oleh: Heisuke Yanagawa |