Takuma Nishimura (西村 琢磨 Nishimura Takuma) (12 September 188911 Jun 1951) adalah seorang panglima perang Empayar Jepun semasa Perang Dunia II. Beliau mengukir nama sebagai Panglima Divisyen Pengawal Imperial Jepun semasa kempen penaklukan Tanah Melayu oleh Tomoyuki Yamashita

Takuma Nishimura

Nishimura mencapai pangkat tertinggi sebagai Leftenan Jeneral. Dia mengetuai pasukan Jepun yang menakluki Indochina Perancis dalam tahun 1940. selepas Perang Dunia II, Nishimura dibicarakan atas kesalahan jenayah perang dan dijatuhkan hukuman bunuh. Tetapi semenjak itu, ada keraguan timbul berkenaan sama ada Niishimura patut disabitkan dengan kesalahan jenayah perang. .[1]

Latar Belakang

sunting

Nishimura adalah seorang pegawai regular Tentera Jepun. Dalam tahun 1936, Nishimura dilantik menjadi panglima Rejimen ke-9 infantri Tentera Jepun. [2] Antara tahun-tahun 1938 dan 1939, Nishimura menjadi Panglima Briged Pertama Artileri Berat. Nishimura kemudiannya menjadi pegawai turus sehingga tahun 1940.

Panglima Perang

sunting

Apabila dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral, Nishimura dilantik menjadi Panglima pasukan Tentera Jepun yang menakluki Indochina Perancis. Dalam tahun 1941, Nishimura menjadi Panglima Briged Bebas Ke-21 sebelum menjadi Panglima Divisyen Pengawal Imperial Jepun.

Pasukan Divisyen Pengawal Imperial Jepun terlibat dalam tragedi kejam Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong dalam bulan Januari 1942. Dalam kejadian ini, pasukan dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun telah membunuh 155 orang askar Australia, British dan India yang tercedera dan telah ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka yang berundur (mengikut Perjanjian Geneva mereka ini dikira hors de combat dan patut diberikan perlindungan dan bantuan perubatan).

Selepas Tentera British menyerah kalah, Nishimura bertanggungjawab mengawasi bahagian timur Pulau Singapura. Semasa ini, Pembunuhan beramai--ramai Sook Ching pula berlaku, juga dilakukan oleh unit-unit dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun. Nishimura bersara dari perkhidmatan tentera dalam tahun 1942.

Dalam tahun 1944, Nishimura dilantik menjadi Gabenor Sumatra sehinggalah tamat perang.

Jenayah Perang

sunting

Selepas perang, Nishimura dituduh melakukan jenayah perang semasa Pembunuhan beramai--ramai Sook Ching dan dibicarakan oleh sebuah tribunal Tentera British. Dia didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan menjalani hukuman penjara selama 4 tahun. Dalam perjalanan pulang ke Jepun, Nishimura diambil secara paksa dari kapal di Hong Kong oleh anggota Polis Tentera Australia dan dituduh atas jenayah Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Dia dibawa ke Pulau Manus dan dibicarakan oleh Mahkamah Tentera Australia. Bahan bukti ditunjukkan untuk membuktikan bahawa Nishimura telah memberikan arahan supaya askar-askar yang tercedera (dan menjadi tawan) itu dibunuh dan mayat mereka dimusnahkan untuk tidak meninggalkan bukti pembunuhan. Nishimura didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Hukuman dijalankan pada 11 Jun 1951.

Keraguan

sunting

Dalam tahun 1996, wartawan Ian Ward menerbitkan buku Snaring the Other Tiger yang mana dia mengemukakan pandangan bahawa Kapten James Godwin, Pegawai Pendakwa Tentera Australia telah memutarbelitkan bukti untuk menyalahkan Nishimura. Godwin berkhidmat sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja New Zealand dan menjadi tawanan perang di Sumatra, yang mana beliau menerima layanan buruk. .[3] Ward membahaskan bagaimana Godwin tidak mengendahkan keterangan yang diberikan oleh Leftenan Fujita Seizaburo, yang mengaku salah melakukan kekejaman itu. Fujita sendiri tidak pernah didakwa dan tidak dibicarakan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Dictionary of New Zealand Biography, "Godwin, James Gowing 1923 - 1995". Access date: February 16, 2007.
  2. ^ generals.dk "Nishimura Takuma, Lieutenant-General (1899 – 1951)". Access date: February 16, 2007.
  3. ^ Ian Ward, Snaring the Other Tiger (Media Masters Publishers, Singapura, 1996); Dictionary of New Zealand Biography, Ibid.