Pengalaman & Kemahiran

Sebagai seorang usahawan, kita bukan sahaja perlu bijak dalam mentadbir syarikat serta para pekerja sahaja, kita juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Contohnya jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan bengkel membaiki kenderaan, anda bukan hanya sekadar perlu menggaji beberapa pekerja atau foremen untuk membaiki kenderaan, anda sebagai pemilik juga perlu memiliki ilmu dan kemahiran khusus dalam bidang ini untuk walaupun sedikit. Sama juga halnya dalam menguruskan sebuah perniagaan restoran. Jika anda memiliki kemahiran memasak yang hebat, anda bukan sekadar dihormati mereka, malahan anda juga bakal dijadikan rujukan untuk setiap masakan mereka dan bukan hanya pandai mengarah atau memerhati semata. Anda bukan sahaja dapat memastikan para pekerja anda menjalankan urusan perniagaan anda dengan lebih baik, anda juga mampu merapatkan jurang yang dimiliki anda sebagai seorang bos dan mereka sebagai pekerja. Ia dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sesebuah urusan syarikat. Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan dan menggaji pekerja, pastikan anda mempunyai ilmu dan kemahiran mengenai bidang perniagaan anda terlebih dahulu. Ia penting bagi memastikan anda benar-benar tahu apa yang para pekerja anda sedang lakukan dan dapat membantu jika mereka melakukann sebarang kesilapan.

Berikut antara 6 persediaan yang boleh anda lakukan untuk mencari ilmu, pengalaman serta kemahiran sebelum memulakan perniagaan anda:

  1. 1 Bekerja Bersama Usahawan Lain Dahulu
  • Matlamat sebenar untuk bekerja dengan syarikat atau perniagaan orang lain adalah untuk menimba ilmu dan bukan semata-mata hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh majikan. Bekerja kerana ingin belajar, bukan kerana wang. Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda melakukan pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses kerja anda. Pengalaman ini mampu menjadikan perniagaan anda berjalan dengan lebih sistematik lagi pada masa depan.
  1. 2 Mulakan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan
  • Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada menyebut bahawa langkah pertama kita dimulakan sejak masih bayi lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk berjalan bukanlah pada langkah pertama kita, sebaliknya dari bayi tatkala kaki kita masih menerawang kesana-kemari. Bak kata Jutawan Senyap, Chef Li, “Biar Kecil Asalkan Berhasil”, jadi, mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan dahulu, kemudian baru besarkannya.
  1. 3 Uji Ketahanan Mental & Fizikal Anda
  • Bagi pekerja yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan secara sambilan, anda boleh menguji daya tahan diri anda (mental & fizikal) dalam bidang perniagaan dengan mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan aktiviti perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu. Daya tahan setiap orang berbeza. Ada yang takut untuk menjadi usahawan sepenuh masa kerana tiada jaminan kewangan seperti semasa menjadi pekerja sebelumnya. Tidak semua mahu keluar dari comfort zone masing-masing.
  1. 4 Membina Rangkaian Networking Sendiri
  • Jika pekerjaan yang anda ceburi sama dengan bidang perniagaan anda, cuba dapatkan sebanyak mungkin jaringan persahabatan dengan pelbagai peringkat orang. Ini termasuk para usahawan dan pembekal-pembekal yang terlibat. Jangan ketinggalan untuk merapatkan diri dengan wakil-wakil perbankan kerana anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Walaupun begitu, jangan memburukkan imej syarikat yang anda bernaung sekarang. Tonjolkan imej yang baik sebagai pekerja. Imej adalah segala-galanya dalam perniagaan dan jaringan persahabatan.
  1. 5 Mengumpul Modal Yang Mencukupi
  • Sebelum anda berhenti kerja, sila pastikan terlebih dahulu bahawa wang modal untuk perniagaan anda mencukupi untuk tempoh 6 hingga ke 12 bulan yang pertama. Kesemua modal ini termasuklah wang modal pusingan, wang gaji pekerja, bil-bil utiliti serta beberapa bahagian untuk waktu kecemasan. Persiapan yang rapi mampu membantu anda pada masa depan.
  1. 6 Jangan Culas & Curi Tulang
  • Dalam apa jua urusan pekerjaan, amanah dan ikhlas adalah tunjang utama keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. Aktiviti mencuri tulang bukan sahaja tidak baik, ia juga mencerminkan sikap anda terhadap perniagaan anda nanti. Sikap yang baik dan disiplin yang mentap merupakan tunjang kepada kejayaan sesebuah bisnes. Bayangkanlah jika satu hari nanti pekerja anda yang akan lakukan ini kepada perniagaan anda, sudah tentu ia menyakitkan hati anda. Setelah ilmu anda penuh di dada dan anda mulai yakin bahawa anda telah mempunyai kemahiran serta pengalaman mencukupi untuk memulakan sebuah perniagaan, mulakannya tanpa ragu-ragu dan pastikan semua perancangan anda jelas serta berada di landasan yang betul. Ketahuilah bahawa anda telah bersedia untuk menjadi usahawan yang berjaya!



Experience & Skills

As an entrepreneur, we should not only be wise in administering the company as well as the workers alone, but we also need to have the skills and experience related to the fields involved. For example if you want to start a car repair shop business, you should not just need to hire some employees or foremen to repair the vehicle, you as an owner need to have specialized knowledge and skills in this field for even a little bit. Similarly, in managing a restaurant business. If you have a great cooking skills, you are not just respectable, but you will also be referenced for each of their dishes and not just good at direct or observing. You will not only be able to make sure your employees are doing your business better, you are also able to bridge the gap that you own as a boss and as an employee. It can increase productivity in a company's affairs. So, before you start a business and hire an employee, make sure you have the knowledge and skills in your area of ​​business first. It's important to make sure you really know what your employees are doing and can help if they make any mistakes. Here are the 6 preparations you can do to find your knowledge, experience and skills before starting your business:


1 Working With Other Entrepreneurs Previously

  • The real goal of working with someone else's business or business is to gain knowledge and not just want the monthly salary promised by the employer. Working for learning, not for money. Knowledge is more readily accepted as you perform various tasks from the beginning to the end of your work process. This experience can make your business more systematic in the future.

2 Start Small Business

  • Robert Kiyosaki in his book, Cashflow Quadrant has mentioned that our first step started since baby is still (baby step). We learn to strive to walk not in our first steps, but from the baby when our feet still look around. Says Millionaire Millionaire, Chef Li, "Let It Be Sufficient As Success", so start your business on a small scale, then just raise it.

3 Test your Mental & Physical Resilience

  • For employees who are still working and doing business on a part-time basis, you can test your resilience (mental & physical) in the field of business by taking unpaid leave and doing business activities for a certain period of time. The power of everyone is different. Some people are afraid to become full-time entrepreneurs because there is no financial guarantee as when they were previously employed. Not everyone wants to get out of their comfort zone.

4 Build Your Own Networking Network

  • If your job is the same as your business, try to get as much friendship network as possible with different levels of people. These include entrepreneurs and suppliers involved. Do not forget to stick with the banking representatives as you may need it someday. However, do not aggravate the image of your current company. Highlight a good image as an employee. Images are everything in business and friendship networks.

5 Gather Sufficient Capital

  • Before you quit your job, please make sure that capital funds for your business are sufficient for the first 6 to 12 months. All of these capital include round capitalization, employee wages, utility bills and some parts for emergency times. A neat preparation can help you in the future.

6 Do not Cull & Steal Bones!

  • In any matter of business, trust and sincerity is the main source of blessings blessed by Allah swt. Activity stealing your bones is not only bad, it also reflects your attitude towards your business later. Good attitude and disciplined mentality are key to the success of a business. Imagine if one day your employee will do this to your business, of course it hurts you. Once your knowledge is full on the chest and you begin to be convinced that you have enough skills and experience to start a business, start it without hesitation and make sure all your plans are clear and on the right track. Be aware that you are ready to become a successful entrepreneur!


©COPYRIGHT 2015-2018. ADELINE B CROCKER of CONSULTANT HEALTH PROFESSIONALS AND ALLIED HEALTH FIELDS