Sungai Udang
Sungai Udang adalah sebuah perbandaran yang semakin pesat membangun di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kedudukannya yang amat strategik, terletak di antara laluan persekutuan utama menghubungkan Bandar Melaka dan Masjid Tanah.
Sungai Udang | |
Nama samaran: S.U. | |
Koordinat: 2°16′53.45″N 102°8′5.89″E / 2.2815139°N 102.1349694°E | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka Bandaraya Bersejarah |
Daerah | Melaka Tengah |
Tahun pembukaan | 1600 Masihi (anggaran) |
Kerajaan | |
- ADUN | Dr. Mohd Aleef Yusof (PN) |
- Ahli Parlimen | Rusnah Aluai (PH) |
Zon masa | MST (UTC+8) |
Poskod | 76300/76200 Sungai Udang |
Kod kawasan | +06 |
Sungai Udang dikelilingi dengan beberapa kawasan penempatan seperti kampung Paya Rumput Jaya, Bertam Ulu, Pantai Kundor dan Tangga Batu.
Kem Terendak yang merupakan kem tentera yang di bina sepenuhnya kerajaan komonwel di Malaysia juga terletak di Sungai Udang. Sungai Udang juga dikenali sebagai "Home of the Commandos" kerana di sinilah bermulanya sejarah Regimen Gerak Khas iaitu sebuah pasukan komando elit Angkatan Tentera Malaysia. Di dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) serta proses memperkasakan angkatan tentera, Pusat Latihan Peperangan Khas (Special Warfare Training Centre) telah ditubuhkan di Sungai Udang. Masih kekal dengan fungsinya melatih anggota komando yang siap siaga serta mahir melakukan aktiviti di udara, di dalam laut dan tentunya di darat hingga ke hari ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lanskap pembangunan Sungai Udang semakin pesat berubah dengan terbina dan bermulanya operasi Loji Penapisan Kedua Petronas Fasa I dan Fasa II (PSR I & PSR II) yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di sebelah pantai barat. Fasa III masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012. Pelabuhan Sungai Udang yang dikendalikan Petronas Sungai Udang Port Sdn Bhd juga telah memperkenalkan lagi nama Sungai Udang di peta maritim antarabangsa.
Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang yang baru dibina juga bakal menjadi salah satu mercu tanda baru bagi bandar kecil yang serba lengkap ini.
Sejarah
suntingMengikut kisah masyarakat tempatan, asal-usul nama Sungai Udang diperolehi dari nama sebatang sungai yang mengalir di kampung ini. Peranan sungai tersebut yang penting dalam mengairi kawasan pertanian dan pengangkutan pada ketika itu. Kononnya juga terdapat banyak udang malah juga buaya didalamnya. Diceritakan juga bahawa beberapa kali jugalah jemaah masjid telah bersua dengan reptilia pemangsa ini ketika hendak mengambil wudhuk di kolah masjid yang terletak di tepi sungai.
Sungai Udang mempunyai sebuah masjid bersejarah yang telah dibina pada tahun 1810 masihi. [1]
Sungai Udang juga pernah terkenal sebagai di antara pusat pendidikan pondok tersohor di sebelah pantai barat semenanjung dengan penubuhan Madrasah An-Nuriah An-Diniah di Paya Rumput pada 8 Rejab 1358 bersamaan 12 Ogos, 1940, oleh Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid bin Othman. [2]
Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar dalam satu sesi pengajian. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid sebagai pengasas dan juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mengadakan kelas-kelas ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada tahun 1971, sistem pengajian akademik telah diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang serta mendapat sumbangan bantuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Tuan Guru Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali ramai kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. [3]
Komuniti
suntingMajoriti penduduk Sungai Udang adalah terdiri dari anggota tentera dan keluarga mereka serta bekas pesara tentera kerana terdapat dua kem tentera iaitu Kem Terendak dan Kem Sungai Udang. Kem Terendak adalah antara kem terbesar di Malaysia kerana menempatkan hampir kesemua cabang unit di dalam ATM. Sungai Udang juga lebih dikenali sebagai Pekan Tentera Darat [4] selain gelaran klasiknya Home of the Commandos.
Politik
suntingJadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di DUN Sungai Udang semenjak 1974:-
Tahun | ADUN | Parti | Lawan | Parti Lawan | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|
1974 | Ahmad Manap | BN(UMNO) | PAS | 0,000 | |
1978 | Abdul Rashid Othman | BN(UMNO) | PAS | 0,000 | |
1982 | Ahmad Nordin Mohd Amin | BN(UMNO) | PAS | 0,000 | |
1986 | Ahmad Nordin Mohd Amin | BN(UMNO) | PAS | 0,000 | |
1990 | Mohd Ali bin Mohd Rustam | BN(UMNO) | Ahmad Nordin Mohd Amin | Semangat 46 | 0,000 |
1995 | Nordin Yaani | BN(UMNO) | Haji Othman bin Hj. Abdul Wahid | PAS | 7,032 |
1999 | Kapten (B) Abdul Karim Bin Sulaiman | BN(UMNO) | Hassan Bin Md. Dahan | PAS(BA) | 2,592 |
2004 | Yaakub bin Md Amin | BN(UMNO) | Ustaz Jamiludin Hj. Abdul Wahid | PAS(BA) | 6,452 |
2008 | Yaakub bin Md Amin | BN(UMNO) | Kapten (B) Ir Zulkefly Othman | PKR(BA) | 8,005 |
2013 | Idris Haron | BN(UMNO) | RSM (B) Hj Asri Bin Buang | PKR(PR) | 9,136 |
2018 | Idris Haron | BN(UMNO) | Mohd Lokman Abdul Ghani | PKR(PH) | 2,229 |
Lihat juga Politik di Melaka
Perhubungan
sunting- Sungai Udang dihubungkan melalui jaringan Laluan Persekutuan 5 dan sebuah lebuh raya tidak bertol M17 sepanjang 21 km dari Ayer Keroh.
- Melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah terus arah ke Bandar Melaka melalui Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) hingga persimpangan bertingkat Cheng, susur ke kanan menuju Pekan Sungai Udang (10 km).
- Dari Johor Bahru keluar Tol Air Keroh, 500 meter ambil susur kiri melalui Lebuhraya Air Keroh-Sungai Udang terus menuju Pekan Sungai Udang (21 km).
Bandar/Pekan | Ke Sungai Udang, Melaka (km) |
---|---|
Seremban | 85.0 |
Masjid Tanah | 8.0 |
Alor Gajah | 25.0 |
Ayer Keroh | 21.0 |
Gemencheh | 56.0 |
Tampin | 35.0 |
Port Dickson | 62.0 |
Tanjung Bidara | 3.0 |
Rembau | 54 |
Pengangkutan awam
- Dari TBS, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur - Jebat Ekspress
- Dari Melaka Sentral, Peringgit - Panorama
Kemudahan
suntingDaftar kemudahan awam & projek pembangunan yang tersedia di Sungai Udang bagi meningkatkan kualiti hidup serta memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada seluruh penduduk dan kawasan sekitarnya:
Agensi Kerajaan
- Balai Polis Sungai Udang
- Pejabat Bomba Dan Penyelamat, Kem Terendak
- Kem Terendak
- Kem Sungai Udang, Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK)
- Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang
- Pejabat Pos Malaysia Bhd.
- Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang
- Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang (KTPSU), Jabatan Pertanian
- National Institute Of Occupational Safety And Health Malaysia (NIOSH), Plaza Sungai Udang
- Ladang Satelit (MTFF) Sungai Udang
- Setor RISDA Sungai Udang
- Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd., Sungai Udang
- Sungai Udang Port.
Agensi Swasta
- Koperasi Angkatan Tentera, Taman Desa Taming Sari
Kemudahan Awam
- Dewan Kompleks JAPERUN, Sungai Udang
- Kolam Renang Olimpik, Kem Terendak
Pusat Kesihatan
- 94 Hospital Angkatan Tentera (ATM), Kem Terendak
- Pusat Kesihatan Kecil (PKK) Sungai Udang
- RSAT Kem Gerakhas, Sungai Udang
- Pusat Pergigian Angkatan Tentera (ATM), Kem Terendak
Klinik / Poliklinik Swasta
- Klinik Wira Medik Sdn Bhd, Plaza Sungai Udang
- Poliklinik Keluarga Dan Surgeri
- Klinik Keluarga Dr. Zulinda
- Poliklinik Bintang Mas, Bandar Baru Sungai Udang
Farmasi
- Farmasi Seraya, Taman Desa Taming Sari
Internet Jalur Lebar
- Sehingga April 2010, hanya Celcom dan Maxis sahaja yang mempunya isyarat HSDPA dan UMTS.
- Digi - Isyarat EDGE
- Isyarat jalur lebar streamyx tidak terdapat di Kem Terendak sahaja.
GPS
- Sistem GPS bergrafik yang menyokong sepenuhnya lokasi Sungai Udang ialah Garmin.
Kawasan Komersial
sunting- Taman Desa Taming Sari
- Plaza Sungai Udang
- Bandar Baru Sungai Udang
- Taman Terendak Height
- Taman Keris Emas
- Kawasan Batu 13
- Pekan Sungai Udang
Taman Perumahan
sunting- Hang Tuah Estet
- Leech Avenue
- Taman Peruna
- Taman Bukit Terendak
- Taman Terendak Permai
- Taman Keris Emas
- Taman Pahlawan
- Taman Terendak Heights
- Taman Desa Taming Sari (TDTS)
- Bandar Baru Sungai Udang
- Taman Keris Laksamana, Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang.
- Taman Indah
- Taman Sungai Udang
- Taman Keris Satria (masih dalam pembangunan)
- Rumah Awan Sungai Udang
- Taman Seri Terendak
Kawasan Perkampungan
sunting- Kampung Paya Rumput Jaya
- Kampung Sungai Udang Jaya
- Kampung Sungai Udang
- Kampung Baru Sungai Udang
Pekan Berhampiran
suntingInstitusi pendidikan
suntingInstitusi pendidikan secara formal yang pertama ditubuhkan di Sungai Udang ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Udang yang dibina oleh pihak pentadbiran British pada tahun 1 Januari, 1908 dan mula digunakan pada bulan November tahun yang sama. Berikut adalah daftar institusi pendidikan lain yang dibina di sekitar Sungai Udang.
Sekolah Kebangsaan & Jenis Kebangsaan
Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod | Laman Web |
---|---|---|---|
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang | 1908 | MBA2027 | [1] |
Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas | 1979 | MBA2038 | [2] |
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 | 1960 | MBE0045 | [3] |
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II | 1995 | MBA0042 | [4] |
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Udang | 1953 | MBC2080 | [5] |
Sekolah Menengah Kebangsaan
Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod | Laman Web |
---|---|---|---|
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang | 1981 | MEA0100 | [6] |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak | 1965 | MEE0094 | [7] |
Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak | 1983 | [8] Diarkibkan 2011-02-27 di Wayback Machine |
Sekolah Agama
Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod | Laman Web |
---|---|---|---|
Tadika JAIM An-Nuriah | MAA2002 | [9] | |
Tadika JAIM Kem Terendak | MAA2007 | [10] | |
Sekolah Rendah Agama JAIM An-Nuriah | MYA2006 | [11] | |
Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Gerak Khas | MYA2028 | [12] | |
Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 1 | MYA2030 | [13] | |
Sekolah Rendah Agama JAIM Kem Terendak 2 | MYA2031 | [14] | |
Sekolah Rendah Agama JAIM Sungai Udang | MYA2049 | [15] | |
Sekolah Menengah Arab JAIM al-Mahdi | MXT2001 | [16] |
Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA)
Nama Sekolah | Tahun Penubuhan | Kod |
---|---|---|
KAFA Masjid Sungai Udang | ||
KAFA Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1 | ||
KAFA Surau Al-Hidayah |
Rumah ibadat
suntingMasjid
- Masjid Sungai Udang
- Masjid Paya Rumput Jaya
- Masjid As Shuhada Kem Terendak
- Masjid Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang
Surau
- Surau Al-Amin Sungai Udang
- Surau Nurul Iman Sungai Udang
- Surau Al-Hidayah, Taman Peruna Sungai Udang
- Surau Al-Tariqiah Sungai Udang
- Surau Flat Tentera, Taman Desa Taming Sari (TDTS), Sungai Udang
- Surau An-Nur, Taman Desa Taming Sari (TDTS), Sungai Udang
- Surau Al-Munawarah, Taman Terendak Permai, Sungai Udang
dan surau-surau yang terdapat di dalam Kem Terendak.
Komersil
suntingPusat membeli-belah
- Family Store Sdn. Bhd., Taman Desa Taming Sari
- Pasaraya Ten Ten, Taman Desa Taming Sari
- Pasaraya Ku, Taman Desa Taming Sari
- Pasaraya Econsave, Bandar Baru Sungai Udang
- KAMDAR, Bandar Baru Sungai Udang
- KFC, Bandar Baru Sungai Udang
Perbankan
- Mesin ATM Maybank - Stesen minyak Petronas Sungai Udang
- Bank Simpanan Nasional Bandar Baru Sungai Udang
- Mesin ATM Bank Simpanan Nasional - Laman Niaga Pernama, Kem Terendak
- Mesin ATM Maybank, Laman Niaga Pernama, Kem Terendak
- Mesin ATM CIMB, Laman Niaga Pernama, Kem Terendak
- Mesin ATM CIMB, 7-Eleven, Plaza Sungai Udang
Stesen Minyak
- Stesen Minyak PETRONAS, Taman Desa Taming Sari
- Stesen Minyak SHELL, Batu 12 Sungai Udang
- Stesen Minyak PETRONAS, Bandar Baru Sungai Udang
Kafe Siber
- Fadil Cyber Cafe Taman Pahlawan
- G-NET, Taman Desa Taming Sari
- PC WORLD, Bandar Baru Sungai Udang
- PRIME CT, Taman Pahlawan
- Intech, Taman Desa Taming Sari
- Pusat Internet 1 Malaysia Terendak Permai
Tempat menarik
suntingTempat-tempat menarik yang mengamit pelancong untuk berkunjung ke Sungai Udang:
- Hutan Rekreasi Sungai Udang
- Melaka Tropical Fruit Farm
- Kelab Golf Bukit Terendak
- Perkuburan Tentera Kem Terendak
Sungai Udang pernah menjadi lokasi pengambaran bagi beberapa buah drama dan filem tempatan dan antarabangsa:
Tajuk Filem / Drama | Tahun | Babak & Lokasi |
---|---|---|
Darah Satria | 1983 | Kem Terendak, Hutan Rekreasi Sungai Udang, Hospital Kem Terendak |
Kepulangan | 1990'an | Batu 11, Sungai Udang |
Don 2 | 2006 | Kompleks Penjara Melaka |
Beret Hijau | 2011 | Kem Sungai Udang |
Bravo 5 | 2016 | Kem Sungai Udang |
Kabali | 2016 | Kompleks Penjara Melaka |
Sama nama
sunting- Kampung Sungai Udang, Klang, Selangor Darul Ehsan
- Kampung Sungai Udang, Dungun, Terengganu Darul Iman
- Sungai Udang, Nibong Tebal, Pulau Pinang
- Tanjung Sungai Udang, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan Latitude. 4.2125°, Longitude. 100.5458333°
- Kampung Sungai Udang, Yan, Kedah Darul Aman
Rujukan
sunting- ^ Abdul Halim Haji Jaafar Rencana dan Peristiwa Bergambar Masjid Sungai Udang, Melaka Laman Web Masjid Sungai Udang, Melaka.
- ^ ePondok Muallim Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor Pusat Pembangunan Pondok Berhad.
- ^ Mohd Fadli Ghani Muallim Abdul Wahid Sungai Udang : Ikon PAS Melaka Harakah Daily.
- ^ Zulkiflee Bakar Memberi 'nafas baru' pada PD Utusan Malaysia 5 October 2009