Yaakub Md Amin

(Dilencongkan daripada Yaakub bin Md Amin)

Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang,Melaka dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilahirkan di Bukit Rambai, Melaka pada 16 Disember 1950.

Yang Berbahagia
Hj Yaakub bin Md Amin
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi N11 Sungai Udang
Dalam jawatan
20042008
Didahului olehYB Kapten (B) Abdul Karim bin Sulaiman
Digantikan olehYAB Datuk Seri Ir. Idris Haron
Majoriti8,005 (PRU-12)
6,452 (PRU-11)
Maklumat peribadi
Lahir (1950-12-16) 16 Disember 1950 (umur 73)
Bukit Rambai, Melaka
Parti politik Barisan Nasional - UMNO
PasanganDatin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd
AnakNur Atikah, Muhammad Adli, Muhammad Asri
KediamanJalan Sabidah, Bukit Rambai, Melaka
PekerjaanBekas Exco Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah
Laman webN11 DUN SUNGAI UDANG

Latarbelakang

sunting

Nama bapa beliau ialah Hj. Md. Amin Bin Husain serta nama ibunya Hjh Embah Bt Ab. Rashid. Berkahwin dengan Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd pada tahun [perlu rujukan] serta di kurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Di antara darjah kebesaran yang di perolehi beliau ialah:

  • Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) - 1982
  • Bintang Khidmat Terpuji (BKT) - 1995
  • Darjah Seri Melaka (DSM) - 1999
  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - 2003

Pendidikan

sunting

YB Hj Yaakub bin Md Amin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah. [perlu rujukan]

Kerjaya politik

sunting

Berikut di antara jawatan dan pengalaman politik Datuk Hj Yaakub Bin Amin:

  • 1975 : Setiausaha UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
  • 1980 : AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
  • 1986 - 1992 : Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
  • 1987 - sekarang : Ketua UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
  • 1987 : Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka
  • 1998 - 1999 : Pengerusi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka
  • 1997 - 1999 : Ahli Majlis Mesyuarat MPMBB
  • 1999 - 2003 : Bendahari UMNO Bahagian Batu Berendam
  • 2003 - sekarang : Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu
  • 2004 - 2008 : Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi
  • 2008 - 2012 :Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting