Paun sterling
Sterling (kod ISO: GBP) ialah mata wang yang digunakan oleh negara United Kingdom dan beberapa wilayah yang bersekutu dengannya. Paun (tanda: £) merupakan unit utama bagi sterling,[3][b] dan perkataan paun juga digunakan untuk mata wang ini secara umumnya,[6] yang selalunya dikenali dalam konteks antarabangsa sebagai Paun British atau paun sterling.[3]
Sterling سترليڠ | |
---|---|
Paun sterling; Paun British | |
ISO 4217 | |
Kod | GBP |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1⁄100 | peni |
Bentuk jamak | pounds |
peni | pence |
Simbol | £ |
peni | p |
Wang kertas | |
Kerap digunakan |
|
Jarang digunakan | |
Syiling |
|
Demografi | |
Tarikh pengenalan | s. 800 |
Pengguna |
|
Pengeluaran | |
Bank England | |
Tapak web | www |
Pihak pencetak | De La Rue[1] |
Tapak web | www |
Kilang wang | Kilang Wang Diraja |
Tapak web | www |
Penilaian | |
Inflasi | 3.2% atau 2.3% |
Sumber | Pejabat untuk Perangkaan Kebangsaan, 20 November 2024[2] |
Kaedah | CPIH atau CPI |
sunting |
Sterling merupakan mata wang berterusan yang tertua di dunia sejak mula diperkenalkan.[7] Pada tahun 2022, sterling merupakan mata wang keempat paling banyak didagangkan dalam pasaran pertukaran asing di dunia selepas Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro (EUR) dan Yen Jepun (JPY).[8] Bersama-sama dengan tiga mata wang tersebut dan renminbi (CNY), mereka membentuk bakul mata wang yang menghitung nilai hak pengeluaran khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Setakat lewat tahun 2022, sterling juga merupakan mata wang rizab keempat paling banyak dipegang dalam rizab sejagat.[9]
Bank England ialah bank pusat bagi sterling, mengeluarkan mata wangnya yang tersendiri dan mengawal selia penerbitan wang kertas di bank-bank swasta di Scotland dan Ireland Utara. Wang kertas sterling juga dikeluarkan oleh pihak berkuasa lain di luar pengawalseliaan Bank England; pihak kerajaan lain itu akan menjamin kebolehtukarannya adalah setara. Secara sejarahnya, sterling juga digunakan dalam pelbagai peringkat di tanah jajahan dan wilayah dalam Empayar British.
Nama
suntingEtimologi
suntingTerdapat pelbagai teori berkenaan dengan asal-usul perkataan 'sterling'. Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED) menyatakan bahawa etimologi yang "paling mungkin" ialah sterling itu merupakan kata terbitan daripada perkataan bahasa Inggeris lama, steorra yang bererti 'bintang' dengan penambahan imbuhan akhiran diminutif -ling, menghasilkan 'bintang kecil'. Rujukannya adalah daripada syiling peni perak yang digunakan semasa zaman England Norman pada abad ke-12, yang menampilkan bintang kecil.[10]
Teori lain berpendapat bahawa Liga Hansa merupakan asalan pada takrifan, pembuatan dan nama sterling; nama bahasa Jerman untuk Laut Baltik ialah Ostsee ('Laut Timur') dan daripada ini para pedagang Baltik digelar sebagai Osterlings ('Easterlings').[11] Pada tahun 1260, Henry III menganugerahkan mereka piagam perlindungan dan tanah untuk kontor mereka, Halaman Keluli London, yang pada tahun 1340-an juga dipanggil sebagai Esterlingeshalle ('Dewan Osterlings').[12] Disebabkan wang Liga tidak kerap diturunkan nilainya seperti di England, para pedagang Inggeris ditetapkan untuk membuat pembayaran dalam paun "Easterlings", yang dipendekkan kepada 'sterling'.[13] OED menolak teori ini sebagai tidak mungkin, kerana suku kata pertama yang ditekankan tidak akan digugurkan.[10]
Ensiklopedia Britannica menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan Inggeris-Saxon (pra-Norman) mempunyai syiling-syiling perak yang dipanggil sebagai sterling dan bahawa kata nama majmuk paun sterling diperoleh daripada satu paun (berat) sterling-sterling ini.[14]
Simbol
suntingTanda mata wang untuk unit paun sterling ialah £, yang (bergantung pada muka taip) mungkin boleh digambarkan dengan satu atau dua garis;[15] Bank England secara eksklusifnya menggunakan jenis satu garis sejak tahun 1975.[16][17] Secara sejarahnya, huruf besar L (dalam muka taip huruf patah yang lama ) diletakkan sebelum angka, atau huruf condong l selepasnya, yang digunakan dalam akhbar, buku dan huruf.[18] Kilang Syiling Diraja masih menggunakan gaya tatatanda ini selewat-lewatnya tahun 1939.[19] Glif-glif Ł dan Ⱡ sesekali mungkin ditemui. Penggunaan huruf ⟨L⟩ untuk paun berasal daripada dokumen-dokumen Latin zaman pertengahan: "L" merupakan singkatan bagi libra, paun Rom (berat), yang kemudiannya menjadi unit berat Inggeris yang ditakrifkan sebagai paun menara. "Paun sterling" secara harfiahnya ialah paun menara (berat) bagi perak sterling.[20][21] Dalam sistem mata wang praperpuluhan (perduabelasan) British, istilah £sd (atau Lsd) untuk paun, shiling dan pence merujuk kepada libra, solidus, dan denarius Rom.
Panduan gaya yang terkenal mengesyorkan bahawa tanda paun digunakan tanpa sebarang singkatan atau kelayakan untuk menandakan sterling (contohnya, £10,000).[22][23][24] Kod ISO 4217 "GBP" (contohnya, GBP10,000) mungkin boleh dilihat sekiranya penyahtaksaan diperlukan.
Kod mata wang
suntingKod ISO 4217 untuk sterling ialah "GBP", dibentuk daripada kod ISO 3166-1 alfa-2 bagi United Kingdom ('GBP') dan huruf pertama 'paun'.[25] Dalam sumber-sumber bersejarah dan beberapa pakar perbankan menggunakan singkatan stg (dalam pelbagai gaya) untuk menandakan sterling.[26][27] Banyak saham di Bursa Saham London memetik dalam peni sterling, menggunakan kod tidak rasmi 'GBX'.[28]
Penggunaan
suntingUnited Kingdom, kesemua wilayah tanggungan mahkota (Guernsey, Jersey, Pulau Man) dan sepertiga wilayah luar negeri British (Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan; Gibraltar; Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha;[29] Wilayah Antartik British)[30][31] menggunakan sterling atau yang disandarkan secara setara kepada sterling.
Wilayah-wilayah luar negeri British yang lain pula menggunakan mata wang termpatan yang dipancang kepada Dolar Amerika Syarikat atau New Zealand. Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia di pulau Cyprus menggunakan mata wang Euro.
Kadar pertukaran
suntingSterling dibeli dan dijual secara bebas di pasaran pertukaran asing di seluruh dunia, dan nilainya relatif dengan mata wang lain yang oleh turun naik.
Kadar pertukaran semasa GBP | |
---|---|
Lihat Google Finance: | AUD · CAD · CHF · EUR · · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat Yahoo! Finance: | AUD · CAD · CHF · EUR · · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat XE: | AUD · CAD · CHF · EUR · · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat OANDA: | AUD · CAD · CHF · EUR · · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat fxtop.com: | AUD · CAD · CHF · EUR · · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat MSN Money: | AUD · CAD · CHF · EUR · · HKD · JPY · MYR · USD |
Catatan
suntingRujukan
sunting- ^ "Our banknotes" (dalam bahasa Inggeris). Bank England. 31 Oktober 2022. Dicapai pada 28 November 2022.
- ^ "Inflation and price indices" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat untuk Perangkaan Kebangsaan. 20 November 2024. Dicapai pada 20 November 2024.
- ^ a b Barber, Katherine, penyunting (2004). "Pound". Kamus Oxford Kanada (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Oxford University Press. ISBN 9780195418163.
Pound:2. (in full pound sterling) (pl. same or pounds) the chief monetary unit of the UK and several other countries.
- ^ "Pounds, shillings and pence". Kilang Syiling Diraja (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2021.
- ^ "UK Notes and Coins". Bank England (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2018.
The pound sterling is the official currency in the United Kingdom.
- ^ Moles, Peter; Terry, Nicholas (1999). The Handbook of International Financial Terms (dalam bahasa Inggeris). ISBN 9780198294818.
Sterling (UK).: The name given to the currency of the United Kingdom (cf. cable). Also called pound sterling or pounds.
- ^ Rendall, Alasdair (12 November 2007). "Economic terms explained". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2008. Dicapai pada 14 Februari 2014.
- ^ "Triennial Central Bank Survey" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa. 27 Oktober 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 Oktober 2022. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Currency Composition of Official Foreign Exchange Reserves" (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. 23 Disember 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
- ^ a b "Entry 189985". OED Online (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2015. Dicapai pada 28 Februari 2012.
sterling, n.1 and adj.
- ^ "Easterling theory" (dalam bahasa Inggeris). Sterling Judaica. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2013. Dicapai pada 19 Februari 2014.
- ^ Huffman, Joseph P. (13 November 2003). Family, Commerce, and Religion in London and Cologne (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 33. ISBN 9780521521932. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2017. Dicapai pada 16 September 2016.
- ^ The Journal of the Manchester Geographical Society, Volumes 19–20 (dalam bahasa Inggeris). Manchester: Persatuan Geografi Manchester. 1903. m/s. 129. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2017. Dicapai pada 16 September 2016.
- ^ "Pound sterling (money)". Ensiklopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 13 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 19 Februari 2014.
Silver coins known as 'sterlings' were issued in the Saxon kingdoms, 240 of them being minted from a pound of silver... Hence, large payments came to be reckoned in 'pounds of sterlings', a phrase later shortened...
- ^ "History of the use of the single crossbar pound sign on Bank of England's banknotes" (dalam bahasa Inggeris). Bank England. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2022. Dicapai pada 13 April 2022.
- ^ "Withdrawn banknotes" (dalam bahasa Inggeris). Bank England. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2019. Dicapai pada 13 September 2019. ("£1 1st Series Treasury Issue" to "£5 Series B")
- ^ "Current banknotes" (dalam bahasa Inggeris). Bank England. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2019. Dicapai pada 8 November 2019.
- ^ Samuel Pepys (2 Januari 1660). "Diary of Samuel Pepys/1660/January" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
Then I went to Mr. Crew's and borrowed L10 of Mr. Andrewes for my own use, and so went to my office, where there was nothing to do
- ^ Pejabat Alat Tulis Baginda Raja (10 Julai 1939). "Royal Mint Annual Report 1938 Volume No.69" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2022. Dicapai pada 30 Jun 2022.
Some 58,000,000l of silver coin of the old fineness, comprising over a thousand million pieces, have already been withdrawn from circulation.
- ^ Thomas Snelling (1762). A View of the Silver Coin and Coinage of England from the Norman Conquest to the Present Time (dalam bahasa Inggeris). T. Snelling. m/s. ii. Dicapai pada 19 September 2016.
- ^ "A brief history of the pound" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Dozenal Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 14 Januari 2011.
- ^ "ILO House style manual" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Mei 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
- ^ "WHO style guide" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 25 Jun 2022.
- ^ "Style guide for authors and editors" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Academic. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Jun 2021. Dicapai pada 25 Jun 2022.
- ^ "ISO 4217 - Currency Codes". www.iso.org (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2017. Dicapai pada 27 Jun 2022.
The alphabetic code is based on another ISO standard, ISO 3166, which lists the codes for country names. The first two letters of the ISO 4217 three-letter code are the same as the code for the country name, and, where possible, the third letter corresponds to the first letter of the currency name.
- ^ Leach, Robert (2021). "Section 2: Abbreviations". Leach's Tax Dictionary (dalam bahasa Inggeris). London: Spiramus Press Ltd. m/s. 838. ISBN 9781913507190. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2022. Dicapai pada 22 Jun 2022.
- ^ "CHAPS ISO 20022 over SWIFT" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). SWIFT. 2021. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 November 2021.
- ^ "What does GBX mean when buying stocks on the London Stock Exchange?". DEGIRO (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2022. Dicapai pada 8 Disember 2023.
- ^ "Money - St Helena, Ascension and Tristan da Cunha travel advice" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013.
- ^ "British Antarctic Territory Currency Ordinance 1990" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2021. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ "Foreign and Commonwealth Office country profiles: British Antarctic Territory" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Luar & Komanwel British. 25 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2009. Dicapai pada 17 April 2010.