Tuanku Panglima Pasutan (1728—1761),[1] dengan gelaran Kejuruan Padang,[2] merupakan pemerintah keempat Kesultanan Deli.[3][4] Baginda menggantikan ayahandanya, Tuanku Panglima Paderap, namun terdapat perpecahan dalam keluarga sehingga beberapa bahagian kawasan Deli terpisah, yang kemudiannya menjadi Kesultanan Serdang.[3][4]

Pasutan
Sultan Deli
Pemerintahan1728-1761
Didahului olehTuanku Panglima Paderap
Diikuti olehTuanku Panglima Gandar Wahid
Nama diraja
Tuanku Panglima Pasutan
AyahandaTuanku Panglima Paderap
AgamaIslam Sunni

Apabila Tuanku Paderap mangkat pada tahun 1728,[5] berlaku perebutan kuasa di Deli selama beberapa tahun.[3][6] Ini kerana Tuanku Jalaluddin, anak sulung Tuanku Paderap, tidak dapat menggantikan kedudukan ayahandanya disebabkan kecacatan fizikal.[3] Akhirnya, Tuanku Pasutan menjadi pemerintah keempat Deli, manakala adiknya, Tuanku Umar, berpisah dan menjadi pemerintah pertama Serdang.[3][4][6]

Semasa pemerintahannya, Tuanku Pasutan memindahkan ibu kota pemerintahan dari Padang Datar ke Labuhan Deli.[1][7] Baginda membina sebuah istana baru dan sebuah masjid raya di sana.[7] Baginda juga memberikan gelaran datuk kepada ketua-ketua suku (Karo: sebiyak-biyak) penduduk asli Deli yang menyokongnya.[1] Empat ketua suku yang menerima gelaran datuk ini ialah: Ketua Sepuluh Dua Kuta yang kuasanya meliputi kawasan Hamparan Perak dan sekitarnya, Ketua Serbanyaman yang kuasanya meliputi kawasan Sunggal dan sekitarnya, Ketua Senembah yang kuasanya meliputi Patumbak, Tanjung Morawa dan kawasan sekitarnya, serta Ketua Sukapiring, yang kuasanya meliputi Kampung Baru, Medan Kota dan kawasan sekitarnya.[8]

Tuanku Pasutan mangkat pada tahun 1761 dan dimakamkan di perkuburan sultan-sultan Deli di Masjid Raya Al-Osmani.[7]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Peran kraton, puri, dan kesultanan Nusantara dalam pelestarian lingkungan hidup (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Negara Lingkungan Hidup, Republik Indonesia. 2009. m/s. 14.
  2. ^ (Tengku.), M. Lah Husny; Daerah, Proyek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastra Indonesia dan (1978). Lintasan sejarah peradaban dan budaya penduduk Melayu-Pesisir Deli, Sumatra Timur, 1612-1950 (dalam bahasa Indonesia). Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Proyek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastra Indonesia dan Daerah.
  3. ^ a b c d e Ikhsan, Edy (2015). Konflik Tanah Ulayat dan Pluralisme Hukum: Hilangnya Ruang Hidup Orang Melayu Deli (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Pustaka Obor Indonesia. m/s. 22–23. ISBN 9789794619377.
  4. ^ a b c Perret, Daniel (2010). Kolonialisme dan Etnisitas Batak dan Melayu di Sumatra Timur Laut (dalam bahasa Indonesia). Kepustakaan Populer Gramedia. m/s. 395. ISBN 9789799102386.
  5. ^ (Tengku.), M. Lah Husny; Daerah, Proyek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastra Indonesia dan (1978). Lintasan sejarah peradaban dan budaya penduduk Melayu-Pesisir Deli, Sumatra Timur, 1612-1950 (dalam bahasa Indonesia). Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Proyek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastra Indonesia dan Daerah.
  6. ^ a b Meuraxa, Dada (1973). Sejarah kebudayaan suku-suku di Sumatera Utara (dalam bahasa Indonesia). Penerbit Sasterawan. m/s. 99.
  7. ^ a b c Muharman, Hiqmad (2013-06-10). Backpacking: Medan-Brastagi-Toba (dalam bahasa Indonesia). Elex Media Komputindo. ISBN 9786020213231.
  8. ^ Takari, Muhammad (2012). Sejarah Kesultanan Deli dan Peradaban Kemasyarakatnya. Medan: USU Press. m/s. 76. ISBN 9794586080.