Tuanku Panglima Gandar Wahid merupakan pemerintah kelima Kesultanan Deli, memerintah dari tahun 1761 hingga 1805.[1][2] Baginda adalah anak kepada Tuanku Panglima Pasutan, pemerintah keempat Deli, yang kini mejadi sebahagian daripada Kabupaten Deli Serdang di Sumatera Utara, Indonesia.[2]

Gandar Wahid
Sultan Deli
Pemerintahan1761-1805
Didahului olehTuanku Panglima Pasutan
Diikuti olehAmaluddin Mangendar
Nama diraja
Tuanku Panglima Gandar Wahid
AyahandaTuanku Panglima Pasutan
AgamaIslam Sunni

Semasa pemerintahan Gandar Wahid, kedudukan Datuk Empat Suku (Karo: Raja Urung, iaitu pemimpin suku Karo) menjadi lebih mantap sebagai wakil sultan kepada rakyat.[3] Meneruskan sistem kepimpinan sebelumnya, baginda mengekalkan penerapan hukum Islam (kanun) dalam pentadbirannya.[3] Walaupun sebahagian daripada wilayah Deli telah memisahkan diri untuk membentuk Kesultanan Serdang,[4] baginda berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat yang masih berada dalam wilayahnya dan mengekalkan hubungan kemasyarakatan yang baik dengan mereka.[3] Juga semasa pemerintahannya, tarian rakyat Zapin Labuhan dikembangkan, mencerminkan pertumbuhan budaya Melayu Deli pada zamannya.[5]

Pemerintahan Gandar Wahid diteruskan oleh anak ketiganya, Amaluddin Mangendar Alam.[1] Makam baginda terletak di perkarangan Masjid Raya Al-Osmani di Medan.[6]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Barus, Saparudin; Sulistiyono, Singgih Tri; Rochwulaningsih, Yety. "The Discovery of Deli Sultanate Currency in Batubara, North Sumatra". Journal of Maritime Studies and National Integration, 5 (1) 2021: 42-47 | E-ISSN: 2579-9215. 5 (1) 2021: 46. ISSN 2579-9215.
  2. ^ a b Gultom, Jimly Qardhawi (2022). North Sumatra Tourism Anthropology, The Sultancy of Deli: A Historiographic Review (PDF). The 3rd International Conference on Social Sciences and Interdisciplinary Studies (ICSSIS).
  3. ^ a b c Takari, Muhammad (2012). Sejarah Kesultanan Melayu Deli dan Peradaban Masyarakatnya (The History of Malay Deli Sultanate and Its Society's Civilization). University of Sumatera Utara Press. ISBN 979 458 608 0. Dicapai pada 2022-07-23.
  4. ^ Sinar (Tengku.), Luckman (1996). The History of Medan in the Olden Times (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Penelitian dan Pengembangan Seni Budaya Melayu. m/s. 25.
  5. ^ Martozet, Martozet (2021-01-14). "The Existency of Traditional and Modern Dance in Medan City". Budapest International Research and Critics in Linguistics and Education (BirLE) Journal (dalam bahasa Inggeris). 4 (1): 203–212. doi:10.33258/birle.v4i1.1574. ISSN 2655-1470.
  6. ^ KompasTV Medan (2022-04-01). "Jelang Ramadan, Sultan Deli ke-14 Gelar Ziarah Makam". KOMPAS.tv (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-08-07.