Tuanku Panglima Paderap, juga dipanggil Panglima Deli,[1] merupakan pemerintah ketiga Kesultanan Deli,[2][3] yang kini menjadi sebahagian daripada provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Baginda menggantikan ayahandanya, Tuanku Panglima Perunggit, yang mangkat sekitar tahun 1700.[2][3] Paderap mempunyai empat orang putera, iaitu Tuanku Jalaluddin (atau Kejuruan Metar), Tuanku Panglima Pasutan (atau Kejuruan Padang), Tuanku Tawar (atau Kejuruan Santun), dan Tuanku Umar (atau Kejuruan Junjongan).[1][3][4]

Pertarungan kuasa berlaku di Deli selepas Paderap meninggal dunia pada tahun 1720.[3][4] Jalaluddin, anak sulung Paderap, tidak dapat menggantikannya kerana kecacatan fizikal.[3] Pasutan lah yang kemudian menjadi pemerintah keempat Deli, manakala adiknya Umar menjadi pemerintah pertama Kesultanan Serdang.[3][5]

Paderap dikebumikan di kawasa Pulau Brayan di bandar Medan.[4]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Hamid, Rogayah A.; Salim, Mariyam bte (2006). Kesultanan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836292445.
  2. ^ a b (Tengku), Luckman Sinar (1996). The History of Medan in the Olden Times (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Penelitian dan Pengembangan Seni Budaya Melayu.
  3. ^ a b c d e f Ikhsan, Edy (2015). Konflik Tanah Ulayat dan Pluralisme Hukum: Hilangnya Ruang Hidup Orang Melayu Deli (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Pustaka Obor Indonesia. ISBN 9789794619377.
  4. ^ a b c (Tengku.), M. Lah Husny; Daerah, Proyek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastra Indonesia dan (1978). Lintasan sejarah peradaban dan budaya penduduk Melayu-Pesisir Deli, Sumatra Timur, 1612-1950 (dalam bahasa Indonesia). Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Proyek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastra Indonesia dan Daerah.
  5. ^ Perret, Daniel (2010-04-23). Kolonialisme dan Etnisitas Batak dan Melayu di Sumatra Timur Laut (dalam bahasa Indonesia). Kepustakaan Populer Gramedia. ISBN 9789799102386.