Panggung wayang gambar
Panggung wayang gambar (Jawi: ڤڠݢوڠ وايڠ ݢمبر ; disingkatkan menjadi pawagam ڤاواݢم[1]) atau bioskop (Jawi: بيوسکوڤ ) merupakan sesebuah tempat berupa bangunan auditorium di mana orang ramai boleh menonton cerita medium filem (atau "wayang gambar") yang ditayangkan menggunakan projektor filem yang memancarkan wayang tersebut ke atas skrin tayangan di bahagian hadapan auditorium. Kebanyakan panggung wayang ini merupakan pawagam komersil untuk orang awam dan memerlukan tiket sebagai bukti pembayaran menampung kos tayangan filem.
Peristilahan
suntingPerkataan "wayang gambar" merupakan nama lain merujuk kepada media yang disebut sebagai filem mengias dari jenis-jenis bentuk seni "wayang" lain yang difahamkan orang Melayu.[2] Singkatan "pawagam" yang kerap dipakai dalam media yang mengiklankan tayangan filem-filem ini diperkenal dan dipopularkan oleh P. Ramlee, pelakon, pengarah dan pembikin filem tersohor Malaysia.[3]
Satu lagi kata seerti yang juga merujuk kepada tempat-tempat sebegini ialah "bioskop" yang dipinjam daripada istilah bahasa Belanda iaitu bioscoop, namun ia lebih digunakan di Indonesia kini berbanding negara-negara berbahasa Melayu (Malaysia, Singapura, Brunei) lainnya;[4] ia menyerap dari kata gabung Yunani iaitu βίος bios "hidup" dan σκοπεῖν skopein "mencari atau melihat".[5]
Jenis
sunting- multipleks: bangunan tunggal menempatkan layar-layar tayangan. Bangunan yang menempatkan lebih 14 hingga 20 layar[6] ini disebut sebagai megapleks.
- pandu masuk: dataran terbuka menempatkan layar tayangan besar yang ditonton dari kenderaan penonton diparkirkan
- wayang IMAX: menggunakan teknologi IMAX membesarkan gambar filem sepuluh kali ganda saiz filem 35 mm yang biasa digunakan untuk mutu lebih baik
- panggung dewasa (adult theater): untuk tontonan filem pornografi, cenderung didapati di Amerika Syarikat dan Kanada sebelum popularnya DVD.
Sejarah
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (September 2022) |
Thomas Edison mengembangkan bangunan komersil pertama untuk penayangan ini yang dibuka pada 14 April 1894 di 1155 Broadway tepi 27th Street Bandar Raya New York; ia menempatkan 10 mesin kinetoskop yang boleh ditonton 25 sen setiap dua mesin menawarkan satu filem kesemuanya berharga 25 sen tayangan.[7]
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pawagam. |
Rujukan
sunting- ^ "pawagam". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Abdul Malik (2013). Direktori Seni dan Budaya Melayu. Tanjungpinang & Depok: Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau & Komodo Books. m/s. 91.
Orang Melayu memberi nama beberapa macam seni pertunjukan yang mengandung cerita sebagai wayang seperti wayang kulit, wayang kun, wayang cecak, wayang gambar. Di Kepulauan Riau sampai 1981, dan sampai kini oleh generasi tua, bioskop kota diberi nama wayang gambar.
- ^ Hassan Abdul Muthalib (2017). "11: From Shadow Play to the Silver Screen: Early Malay(sian) Cinema". Dalam Deocampo, Nick (penyunting). Early Cinema in Asia. ISBN 9780253025548.
- ^ Rujuk:
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "bioscoop". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Melnick, Ross & Fuchs, Andrea (2004). Cinema Treasures: A New Look at Classic Movie Theaters. pp. 180–81. ISBN 978-0760314920. "[T]he new 'megaplex' theater, defined as containing 20 or more screens"; "Durwood opened the AMC Grand 24 (Dallas) in May 1995".
- ^ The machines were modified so that they did not operate by nickel slot. According to Hendricks (1966), in each row "attendants switched the instruments on and off for customers who had paid their twenty-five cents" (p. 13). For more on the Hollands, see Peter Morris, Embattled Shadows: A History of Canadian Cinema, 1895–1939 (Montreal and Kingston, Canada; London; and Buffalo, New York: McGill-Queen's University Press, 1978), pp. 6–7. Morris states that Edison wholesaled the Kinetoscope at $200 per machine; in fact, as described below, $250 seems to have been the most common figure at first.