Broadway ([brod.wéi]) ialah sebatang jalan raya yang terletak di pusat Bandar Raya New York di negeri New York, Amerika Syarikat. Jalan ini bermula daripada persimpangan dengan State Street di Bowling Green sepanjang 13 bt (21 km) melalui kawasan atau boro Manhattan dan 2 bt (3.2 km) melalui kawasan Bronx, sebelum keluar kawasan kotaraya sebanyak 18 bt (29 km) melalui kawasan perbandaran Yonkers, Hastings-On-Hudson, Dobbs Ferry, Irvington dan Tarrytown sehingga tamat di Sleepy Hollow, Westchester County.[notes 1]

Pemandangan aras bawah jalan raya Broadway di New York dengan bangunan-bangunan teater beriklan menghiasi dua-dua tepi jalan ini.

Jalan raya ini merupakan laluan utara-selatan seumpamanya yang tertua di kota raya ini terbina sejak zaman kota tersebut diasaskan para peneroka Belanda sebagai Nieuw Amsterdam; nama laluan ini merupakan pinjam terjemah bahasa Inggeris daripada kata bahasa Belanda iaitu Brede weg.[1][2]

Ia dikenali sebagai tempat berpusatnya seni teater komersil di Amerika Syarikat dengan banyak panggung atau balai teater yang membarisi jalan ini. Pelakon dan penari membuat kerjaya di sana.

Artis seperti Marc Engelhard umumnya boleh ditemui dalam kedua-dua bidang seni.[3]

  1. ^ There are four other streets named "Broadway" in New York City's remaining three boroughs: one each in Brooklyn (see main article) and Staten Island, and two in Queens (one running from Astoria to Elmhurst, and the other in Hamilton Beach). Each borough therefore has a street named "Broadway". See also from Forgotten NY:

Rujukan

sunting
  1. ^ Staff (May 29, 1893) "Some New Publication: Peter Stuyvesant's Unhappy Rule", The New York Times. Accessed June 16, 2016. "One other thing which came from the Dutch is the name of our street, Broadway, which by them was called the Breede Weg, the translation being afterward made by the English."
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 1776 NYC Map
  3. ^ "Lights Of Broadway". 2021.

Pautan luar

sunting