TGV Cinemas Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai TGV Pictures untuk pengedaran filem, dahulu dikenali sebagai Tanjong Golden Village) ialah rangkaian pawagam kedua terbesar Malaysia, selepas Golden Screen Cinemas. Setakat Jun 2023, TGV Cinemas memiliki 39 buah multipleks dengan menghampiri 300 keping layar dan melebihi 45,000 buah tempat duduk dengan pawagam terbesar mereka terletak di Pavillion Bukit Jalil yang baru sahaja dibuka pada 29 April 2023 dengan 16 panggung wayang. Pejabat mereka terletak di Menara Maxis, Kuala Lumpur.[2]
Di TGV Cinemas, terdapat banyak pengalaman yang terbaik semasa menonton dan lebih banyak daripada mana-mana pusat pawagam di Malaysia[44]. Antaranya ialah:
IMAX terbesar di Malaysia terletak di Sunway Velocity Mall dan merupakan antara yang terbaik di Malaysia.[56] TGV Cinemas juga mempunyai IMAX bersama laser pertama dengan sistem audio 12-saluran di Pavilion Bukit Jalil diikuti oleh Sunway Velocity Mall, 1 Utama dan KLCC.[11]