Pakatan Tiga Pihak

Pakatan Tiga Pihak, juga dikenali sebagai Pakatan Berlin, adalah satu perjanjian antara Jerman, Jepun dan Itali yang ditandatangani di Berlin pada 27 September 1940 oleh, Joachim von Ribbentrop, Saburō Kurusu dan Galeazzo Ciano. Ia merupakan satu perikatan pertahanan yang akhirnya disertai oleh Hungary (20 November 1940), Romania (23 November 1940), Bulgaria (1 Mac 1941) dan Yugoslavia (25 Mac 1941), serta oleh negara klien Jerman Slovakia (24 November 1940). Penyertaan Yugoslavia menimbulkan kudeta di Belgrade, dan Itali dan Jerman bertindakbalas dengan menceroboh Yugoslavia (dengan bantuan Bulgaria, Hungary dan Romania) dan membahagikan negara tersebut. Hasilnya negara klien Itali-Jerman Croatia menyertai pakatan ini pada 15 Jun 1941.

Pakatan Tiga Pihak
JenisPerikatan ketenteraan
Ditandatangani27 September 1940 di Berlin, Jerman
PihakJerman Jerman
 Jepun
Itali Itali
Hungary Hungary
Romania Romania
Slovakia Slovakia
Bulgaria Bulgaria
Kingdom of Yugoslavia Yugoslavia
Croatia Croatia
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pakatan Tiga Pihak disasarkan sepenuhnya ke atas Amerika Syarikat. Kesan praktikalnya terhad, kerana kancah operasi Itali-Jerman dan Jepun berada di berlainan benua dunia dan Kuasa-Kuasa Berjanji Utama mempunyai kepentingan strategik yang berlainan. Sesetengan kerjasama teknikal telah dijalankan, dan pengisytiharan perang Jepun ke atas Amerika menyebabkan, walaupun tidak perlu, pengisytiharan perang yang sama daripada semua anggota lain Pakatan Tiga Pihak.

Teks perjanjian

sunting
 
Versi Jepun Pakatan Tiga Pihak, 27 September 1940.

Kerajaan Jepun, Jerman, dan Itali menganggapnya sebagai syarat terdahulu dari mana-mana perdamaian yang berkekalan agar semua negara di dunia diberikan setiap tempat yang sepatutnya, telah memutuskan untuk mempertahan dan bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha mereka di Asia Timur Raya dan rantau Eropah dimana ia merupakan tujuan utama mereka untuk menubuh dan mengekalkan matlamat order baru, ditaksir untuk menggalakan kesejahteraan bersama dan kebajikan rakyat berkenaan. Lebih-lebih lagi, keinginan tiga Kerajaan untuk memperluaskan kerjasama dengan negara-negara didunia lain yang cenderung mengarahkan usaha-usaha mereka disepanjang barisan yang serupa dengan mereka sendiri untuk tujuan merealisasikan objek akhir mereka, keamanan dunia. Oleh itu, Kerajaan Jepun, Jerman dan Itali telah bersetuju seperti berikut:[1]

ARTIKEL 1. Jepun mengiktiraf dan menghormati kepimpinan Jerman dan Itali dalam penubuhan order baru di Eropah.

ARTIKEL 2. Jerman dan Itali mengiktiraf dan menghormati kepimpinan Jepun dalam penubuhan order baru di Asia Timur Raya.

ARTIKEL 3. Jepun, Jerman, dan Itali bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha mereka di atas. Mereka kemudian berusaha untuk membantu satu sama lain dengan semua saluran politik, ekonomi dan ketenteraan jika salah satu Kuasa Berjanji diserang oleh Kuasa yang pada masa ini tidak terlibat dalam Perang Eropah atau dalam konflik Jepun-China.

ARTIKEL 4. Bagi melaksanakan pakatan ini, suruhanjaya teknikal bersama, yang dilantik oleh Kerajaan Jepun, Jerman dan Itali, akan bertemu tanpa henti.

ARTIKEL 5. Jepun, Jerman dan Itali mengesahkan bahawa perjanjian di atas sama sekali tidak menjejaskan status politik pada masa ini antara setiap tiga Kuasa Berjanji dan Soviet Russia.

ARTIKEL 6. Perjanjian ini akan sah digunakan dengan serta-merta setelah ditandatangani dan akan berlangsung selama 10 tahun dari tarikh efektifnya. Dalam masa yang ditetapkan, sebelum tamatnya tempoh tersebut, Pihak Berjanji Utama akan, atas permintaan salah satu dari mereka, berunding untuk memperbaharuinya.

Dengan niatnya, pihak yang bertandatangan dibawah di beri kuasa oleh kerajaan masing-masing dan telah mengesahkan tandatangan mereka.

Siap dalam tiga salinan di Berlin, bertarikh 27 September, 1940, pada tahun ke-19 kewujudan fasis, bertepatan dengan hari ke-27 bulan sembilan 15 tahun pemerintahan Showa (pemerintahan Maharaja Hirohito).

Latar belakang perjanjian asal

sunting
 
Kedutaan Jepun di Berlin menggantung tiga bendera anggota Pakatan Tiga Pihak pada September 1940.

Perjanjian ini telah melampirkan Pakatan Anti-Comintern 1936 dan membantu menyembuhkan keretakan yang telah berlaku antara Jepun dan Jerman berikutan Pakatan Molotov–Ribbentrop 1939 antara Jerman dan Kesatuan Soviet.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Three-Power Pact Between Germany, Italy, and Japan, Signed at Berlin, September 27, 1940". Avalon Law Project. Dicapai pada 23 November 2013.

Sumber

sunting
  • Bán, András D. (2004). Hungarian–British Diplomacy, 1938–1941: The Attempt to Maintain Relations. Translated by Tim Wilkinson. London: Frank Cass. ISBN 0714656607.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Chinvanno, Anuson (1992). Thailand’s Policies towards China, 1949–54. Macmillan.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Flood, E. Thadeus (1970). "Review of Thailand and the Second World War by Direk Chayanam". The Journal of Asian Studies. 29 (4): 988–90. doi:10.2307/2943163.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Boog, Horst; Rahn, Werner; Stumpf, Reinhard; dll., penyunting (2001). Germany and the Second World War, Volume 6: The Global War. Oxford University Press. Dicapai pada 29 November 2014.CS1 maint: ref=harv (link)
  • DiNardo, R. L. (1996). "The Dysfunctional Coalition: The Axis Powers and the Eastern Front in World War II". The Journal of Military History. 60 (4): 711–30. doi:10.2307/2944662.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Giurescu, Dinu C. (2000). Romania in the Second World War (1939–1945). Boulder, CO: East European Monographs.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jelínek, Yeshayahu (1971). "Slovakia's Internal Policy and the Third Reich, August 1940 – February 1941". Central European History. 4 (3): 242–70. doi:10.1017/s0008938900015363.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kolanović, Nada Kisić (2006). "The NDH's Relations with Southeast European Countries, Turkey and Japan, 1941–45". Totalitarian Movements and Political Religions. 7 (4): 473–92. doi:10.1080/14690760600963248.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Macartney, C. A. (1956). October Fifteenth: A History of Modern Hungary, 1929–1945. vol. 1. Edinburgh: Edinburgh University Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Miller, Marshall Lee (1975). Bulgaria during the Second World War. Stanford, CA: Stanford University Press.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Weinberg, Gerhard L. (1994). A World at Arms: A Global History of World War II. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-61826-7.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

sunting

Templat:Treaties of Japan Templat:Treaties of Hungary