Oktober 2007
Oktober 2007 ialah bulan kesepuluh untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Isnin dan berakhir selepas 31 hari pada hari Rabu.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 Oktober - Cristina Fernández de Kirchner (gambar) dipilih untuk menggantikan suaminya Néstor Kirchner sebagai Presiden Argentina.
- 21 Oktober - Kimi Räikkönen memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu 2007.
- 21 Oktober - Angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor selamat kembali ke Bumi dari ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10.
- 20 Oktober - Ali Larijani (gambar) meletakkan jawatannya sebagai ketua perunding program nuklear Iran dan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran.
- 19 Oktober - 126 penyokong Benazir Bhutto terbunuh dalam serangan bom di Karachi.
- 18 Oktober - Letupan bom di Makati, Manila, Filipina menyebabkan 9 orang terkorban.
- 18 Oktober - Tahanan ISA Malaysia, Abd Malek Hussin mendapat ganti rugi RM2.5 juta.
- 16 Oktober - Siren di Gunung Kelud (gambar) berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup bila-bila masa sahaja.
- 13 Oktober - Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa setelah melalui orbit bumi dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 dan menjadi angkasawan Islam pertama yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
- 12 Oktober - Perdana Menteri Myanmar, Soe Win meninggal dunia akibat leukemia.
- 12 Oktober - Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada Al Gore dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca.
- 12 Oktober - Turki memanggil pulang duta ke Amerika Syarikat selepas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS meluluskan resolusi mengecam penghapusan etnik Armenia semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 9 Oktober - Sheikh Muszaphar Shukor (gambar) berlepas ke ISS dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan menaiki Soyuz TMA-11 pada 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).
- 8 Oktober - Marion Jones atlet wanita Amerika Syarikat dipaksa memulangkan 5 pingat emas kerana kesalahan menggunakan steroid.
- 6 Oktober - Pervez Musharraf (gambar) berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pilihan itu di sisi undang-undang.
- 4 Oktober - Di Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan, pemimpin Korea Utara dan Selatan, Kim Jong-il dan Roh Moo-hyun menandatangani deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea.
- 3 Oktober - Kontraktor tentera pengiring keselamatan diplomat Blackwater USA disahkan menembak membuta-tuli dalam peristiwa tembak-menembak di Iraq.
- 2 Oktober - Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat perkenan Raja Bhumibol Adulyadej menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand.