Nicolás Maduro
Nicolás Maduro Moros (Sebutan Sepanyol: [nikoˈlaz maˈðuɾo ˈmoɾos]; lahir 23 November 1962) ialah seorang ahli politik Venezuela yang kini menjadi Presiden Venezuela sejak 2013. Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden dan Menteri Luar Negeri Venezuela. Maduro menjadi pemangku Presiden selepas kematian Hugo Chávez. Beliau seterusnya terpilih sebagai Presiden pada 14 April 2013.
Nicolás Maduro | |
---|---|
Presiden Venezuela | |
Menyandang jawatan 19 April 2013 Pemangku: 5 March 2013 – 19 April 2013 | |
Naib Presiden | Jorge Arreaza (2013–16) Aristóbulo Istúriz (2016–17) Tareck El Aissami (sejak 2017) |
Didahului oleh | Hugo Chávez |
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-Negara Berkecuali | |
Menyandang jawatan 17 September 2016 | |
Didahului oleh | Hassan Rouhani |
Presiden pro tempore Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan | |
Menyandang jawatan 23 April 2016 | |
Didahului oleh | Tabaré Vázquez |
Naib Presiden Venezuela | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2012 – 5 Mac 2013 | |
Presiden | Hugo Chávez |
Didahului oleh | Elías Jaua |
Digantikan oleh | Jorge Arreaza |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 9 Ogos 2006 – 15 Januari 2013 | |
Presiden | Hugo Chávez |
Didahului oleh | Alí Rodríguez Araque |
Digantikan oleh | Elías Jaua |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 5 January 2005 – 7 August 2006 | |
Didahului oleh | Francisco Ameliach |
Digantikan oleh | Cilia Flores |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nicolás Maduro Moros 23 November 1962 Caracas, Venezuela |
Parti politik | Parti Sosialis Bersatu (2007–kini) Gerakan Republik Kelima (Sebelum 2007) |
Pasangan | Cilia Flores |
Anak | Nicolás Maduro Guerra[1] |
Kediaman | Istana Miraflores |
Tandatangan | |
Laman web | Laman rasmi |
Kedudukan beliau kini dalam keadaan yang genting apabila beliau mengangkat sumpah di hadapan Tribunal Agung Venezuela buat kali kedua sebagai Presiden pada 10 Januari 2019. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Pertubuhan Negara-Negara Amerika yang melihat perkara tersebut sebagai tidak sah serta menuntut pilihan raya baru diadakan;[2] Perhimpunan Kebangsaan Venezuela membalas dengan mengisytiharkan darurat[3] manakala ada beberapa negara yang membawa balik duta-duta dari negara tersebut. Perhimpunan Kebangsaan turut melantik Juan Guaidó sebagai Presiden interim yang turut diiktiraf beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.[4]
Awal hidup
suntingNicolás Maduro Moros lahir pada 23 November 1962 di Caracas, Venezuela; beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pekerja.[5][6][7]
Maduro menghadiri sekolah awam Liceo José Ávalos di El Valle,[8][9] di mana beliau diperkenalkan kepada selok-belok siasah apabila menganggotai kesatuan pelajar sekolahnya.[10] Beliau dicatatkan tidak menghabisi persekolahannya di sana.[11]
Beliau mengambil pekerjaan sebagai seorang pemandu bas untuk syarikat Caracas Metro selama bertahun-tahun. Dalam pekerjaan inilah beliau mula terlibat secara aktif dalam politik apabila mewakili para pekerja syarikat itu secara tidak rasmi sebagai seorang ahli kesatuan sekerja pada tahun 1980-an. Beliau turut diupah sebagai pengawal peribadi José Vicente Rangel sewaktu kempen pencalonan presiden tokoh tersebut pada tahun 1983.[12][13]
Kerjaya politik awal
suntingBeliau mewakili Wilayah Ibu Negara Venezuela dalam sebuah parti politik sosialis, Pergerakan Republik Kelima (Movimiento V [Quinta] República) di mana beliau diundi masuk Dewan Perwakilan Venezuela pada tahun 1998, Dewan Undangan Negara Venezuela pada tahun 1999, dan akhirnya Perhimpunan Kebangsaan Venezuela pada tahun 2000, at all times representing the Capital District. Beliau memegang jawatan Speaker dari 2005 hingga 2006, di mana beliau beralih memegang portfolio Menteri Luar Negeri pada 2006.[14]
Pemegangan jawatan penting
suntingSebagai Naib Presiden
suntingSelepas kematian Chávez pada 5 Mac 2013, sebagai Naib Presiden, Maduro menjadi pemangku Presiden. Satu pilihan raya khas diadakan pada 14 April 2013 bagi melantik presiden baharu, yang dimenangi Maduro dengan margin tipis sebagai calon Parti Sosialis Bersatu, mendapat 50.8% undi popular. Lawan utamanya dalam pemilihan itu ialah Henrique Capriles, Gabenor Miranda yang mendapat 49%.[15][16]
Sebagai Presiden
suntingMaduro banyak melanjutkan polisi-polisi yang dimulakan mendiang Chávez sehingga menyebabkan turunannya status sosioekonomi di Venezuela di mana kadar jenayah, inflasi, kemiskinan dan kebuluran meningkat dengan pesatnya.[17][18][19][20] Hal ini mencetuskan suatu tindakan tunjuk perasaan besar-besaran yang bermula pada 2014 yang kemudiannya memburuk menjadi rusuhan yang merebak ke seluruh Venezuela.[21][22] Maduro dianggap seperti Chávez, yang menerapkan gaya kepemimpinan otoriter.[23]
Rujukan
sunting- ^ "Venezuela's Chavez Says Cancer Back, Plans Surgery". USA Today. 27 August 2014. Dicapai pada 14 January 2015.
- ^ "La OEA aprobó la resolución que declara ilegítimo al nuevo gobierno de Nicolás Maduro". Infobae. 10 January 2019.
- ^ "National Assembly declares State of Emergency with the usurpation of Maduro as President". Asamblea Nacional. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-11. Dicapai pada 10 January 2019.
- ^ "US says it now backs Venezuela opposition". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-24. Dicapai pada 2019-01-24.
- ^ "Perfil | ¿Quién es Nicolás Maduro?". El Mundo (dalam bahasa Spanish). 27 December 2012. Dicapai pada 9 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Profile: Nicolas Maduro – Americas". Al Jazeera. March 2013. Dicapai pada 9 March 2013.
- ^ Lamb, Peter (17 December 2015). Historical Dictionary of Socialism. Rowman & Littlefield. m/s. 289. ISBN 978-1-442-25827-3.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaaljazeera2
- ^ Lopez, Virginia (13 December 2012). "Nicolás Maduro: Hugo Chávez's incendiary heir". The Guardian. London. Dicapai pada 9 March 2013.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaelmundo20122
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGUARD2013
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGUARD20132
- ^ "Nicolás Maduro a la cabeza de la revolución" Diarkibkan 29 November 2014 di Wayback Machine (in Spanish). Últimas Noticias. 9 December 2012.
- ^ de Córdoba, José; Vyas, Kejal (9 Disember 2012). "Venezuela's Future in Balance". Wall Street Journal. Dicapai pada 10 Disember 2012.
- ^ Carroll, Rory; Lopez, Virginia (9 Mac 2013). "Venezuelan opposition challenges Nicolás Maduro's legitimacy". The Guardian.
- ^ "Venezuela poll: Maduro opponent Capriles demands recount". BBC News. 15 April 2013.
- ^ Kevin Voigt (6 Mac 2013). "Chavez leaves Venezuelan economy more equal, less stable". CNN. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Corrales, Javier (7 Mac 2013). "The House That Chavez Built". Foreign Policy. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Siegel, Robert (25 Disember 2014). "For Venezuela, Drop In Global Oil Prices Could Be Catastrophic". NPR. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Scharfenberg, Ewald (1 Februari 2015). "Volver a ser pobre en Venezuela" (dalam bahasa Sepanyol). El Pais. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Washington, Richard (22 Jun 2016). "'The Maduro approach' to Venezuelan crisis deemed unsustainable by analysts". CNBC. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Lopez, Linette. "Why Venezuela is a nightmare right now". Business Insider.
- ^ Corrales, Javier; Penfold, Michael (2014). Dragon in the tropics : hugo chavez and the political economy of revolution in venezuela (ed. Second). [S.l.]: Brookings Institution Press. m/s. xii. ISBN 0815725930.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nicolás Maduro |
- Ministerio del Poder Popular para Relaciones Exteriores (Kementerian Luar Negeri Venezuela) (Sepanyol)
- Biograpfi oleh CIDOB (Sepanyol)
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Alí Rodríguez Araque |
Menteri Luar Negeri 2006–2013 |
Diikuti oleh: Elías Jaua |
Didahului oleh Elías Jaua |
Naib Presiden Venezuela 2012–2013 |
Diikuti oleh: Jorge Arreaza Sementara |
Didahului oleh Hugo Chávez |
Presiden Venezuela 2013–kini |
Pemegang jawatan kini |