Tabaré Vázquez
Tabaré Ramón Vázquez Rosas (Sebutan Sepanyol: [taβaˈɾe raˈmom ˈbaskes ˈrosas]; 17 Januari 1940 – 6 Disember 2020) ialah seorang ahli politik Uruguay yang berkhidmat sebagai Presiden Uruguay ke-41 dari 2015 hingga 2020. Dia sebelumnya menjabat sebagai Presiden dari 2005 hingga 2010 sebagai pemegang jawatan ke-39. Seorang doktor (ahli onkologi), beliau adalah ahli gabungan kiri Barisan Luas.
Tuan Yang Terutama Tabaré Vázquez | |
---|---|
Presiden Uruguay | |
Dalam jawatan 1 Mac 2015 – 1 Mac 2020 | |
Naib Presiden | Raúl Sendic Lucía Topolansky |
Didahului oleh | José Mujica |
Digantikan oleh | Luis Lacalle Pou |
Dalam jawatan 1 Mac 2005 – 1 Mac 2010 | |
Naib Presiden | Rodolfo Nin |
Didahului oleh | Jorge Batlle |
Digantikan oleh | José Mujica |
Presiden pro tempore UNASUR | |
Dalam jawatan 1 Mac 2015 – 23 April 2016 | |
Didahului oleh | José Mujica |
Digantikan oleh | Nicolás Maduro |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tabaré Ramón Vázquez Rosas 17 Januari 1940 Montevideo, Uruguay |
Mati | 6 Disember 2020 Montevideo, Uruguay | (umur 80)
Parti politik | Parti Sosialis |
Gabungan politik lain | Barisan Luas |
Pasangan | María Auxiliadora Delgado (k. 1968; m. 2019) |
Anak | 4 |
Pendidikan | Universiti Republik |
Tandatangan | |
Vázquez pertama kali dilantik sebagai Presiden pada 31 Oktober 2004, memegang jawatan pada 1 Mac 2005, dan melepaskan jawatan tersebut pada 1 Mac 2010. José Mujica kemudian dipilih, berkhidmat dari 2010 hingga 2015. Vázquez dipilih semula untuk memegang jawatan untuk kali kedua pada 2015 dan digantikan oleh Luis Alberto Lacalle Pou pada 2020.
Kehidupan peribadi, penyakit dan kematian
suntingVázquez berkahwin dengan María Auxiliadora Delgado pada 23 Oktober 1964 di paroki "Los Vascos" Montevideo.[1] Isterinya meninggal kerana serangan jantung pada 31 Julai 2019.[2] Mereka mempunyai tiga anak kandung dan seorang anak angkat.[3]
Pada 20 Ogos 2019, Presiden Vázquez mendedahkan bahawa beliau menderita penyakit nodul paru-paru di peringkat ganas.[4] Walaupun begitu beliau mengumumkan niatnya untuk menamatkan penggal presidennya pada 1 Mac 2020 seperti yang dirancang.[5] Pada pertengahan November, disahkan oleh pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Umum bahawa barah paru-parunya telah sembuh.[6] Pada 27 November 2020, diumumkan bahawa barahnya telah menular ke pankreas.[7] Beliau meninggal dunia di Montevideo pada 6 Disember 2020, pada umur 80 tahun.[8][9]
Rujukan
sunting- ^ "María Auxiliadora, la mujer de perfil bajo que cultivo las sonrisas". El Observador (dalam bahasa Sepanyol). 1 Ogos 2019.
- ^ "Muere María Auxiliadora Delgado, la esposa del presidente de Uruguay, Tabaré Vázquez". BBC (dalam bahasa Sepanyol). 31 Julai 2019.
- ^ "María Auxiliadora: cómo conoció a Vázquez y su vínculo con la fe". El Observador (dalam bahasa Sepanyol). 31 Julai 2019.
- ^ "Remember you are a mortal". El Observador (dalam bahasa Sepanyol). 24 Ogos 2019.
- ^ "El médico de Tabaré Vázquez es optimista sobre la salud del presidente". La Diaria (dalam bahasa Sepanyol). 21 Ogos 2019.
- ^ Martínez, Magdalena (13 Disember 2019). "El presidente de Uruguay "no presenta evidencia" del cáncer que padecía". El País (dalam bahasa Sepanyol). ISSN 1134-6582. Dicapai pada 3 Jun 2020.
- ^ "Preocupación por la salud de Tabaré Vázquez". La República (dalam bahasa Sepanyol). 27 November 2020.
- ^ "Murió el expresidente Tabaré Vázquez". El País Uruguay (dalam bahasa Sepanyol). 6 Disember 2020.
- ^ "Murió el expresidente Tabaré Vázquez". El Observador (dalam bahasa Sepanyol). 6 Disember 2020.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tabaré Vázquez. |
- (dalam bahasa Sepanyol) Site of President of Uruguay
- (dalam bahasa Sepanyol) Electoral site of Tabaré Vázquez[pautan mati kekal]
- (dalam bahasa Sepanyol) Biography by CIDOB
- (dalam bahasa Inggeris) New leftist cabinet launched in Uruguay (Xinhua News Agency)
- (dalam bahasa Inggeris) Uruguay inaugurates first leftist president (The Globe and Mail)
- (dalam bahasa Inggeris) Left-wing Uruguay leader sworn in (BBC News)
- (dalam bahasa Inggeris) Uruguay joys over new president (BBC News)
- (dalam bahasa Sepanyol) El Espectador: Tax Reform
- (dalam bahasa Inggeris) Leftist Chief Is Installed in Uruguay and Gets Busy on Agenda (The New York Times)
- (dalam bahasa Sepanyol) Links for Plan de Emergencia Nacional
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jorge Batlle |
Presiden Uruguay 2005–2010 |
Diikuti oleh: José Mujica |
Didahului oleh José Mujica |
Presiden Uruguay 2015–2020 |
Diikuti oleh: Luis Alberto Lacalle Pou |