Martabak
Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Martabak[1] atau murtabak (Jawi: مرتابق , pinjaman Arab: مطبق, rumi: muṭṭabaq, lit. 'terlipat' terbitan kata kerja dasar طَبَّقَ ṭabbaqa "menutup"[2]) ialah sejenis makanan berlauk terdiri daripada roti berupa roti canai yang berlapis dengan inti daging cincang, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Ia dijual di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia,[3] Indonesia, Singapura, dan Thailand, dan juga di Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman.[4] Salah satu akal adalah ia mungkin datang daripada pendatang Muslim India dari Tamil Nadu yang bertempat di Asia Tenggara dan Semenanjung Arab.[5]
Nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat, namun ia tetap menjadi makanan jalanan terkenal se-Nusantara, terutama sekali di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Jenis serantau
suntingInti
suntingMartabak jenis berlauk secara asasnya terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging lembu atau daging ayam.[6][7] Di Yaman, martabak adakalanya juga mengandungi daging kambing. Martabak yang berintikan telur (yakni, martabak telur) ada didapati di Palembang, ia lazimnya mempunyai tekstur gurih apabila dimakan.[8]
Ada juga jenis martabak yang berintikan sayur - resipi yang berintikan banyak kentang yakni "martabak kentang"[9] lazim ada di Kota Jambi, Palembang dan Lampung di mana ia diperisakan dengan telur, rempah ratus dan daun bawang.[9][10]
Di Malaysia, inti dagingnya (baik lembu, ayam atau kadangkala juga kambing) sering diperisakan dengan dengan bawang putih, bawang merah dan telur. Di Kelantan, terdapat hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja,[11] hidangan ini menjadi pernah jadi masyhur kerana digemaran kerabat diraja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada khalayak umum. Di Singapura pula, martabak sayur dan martabak berinti ayam dan lain-lain wujud dan boleh didapati di restoran Muslim India di Little India dan Arab Street.[12][13] Martabak cheese ada inti berlauk daging dan keju. Kulit luar juga disalut dengan cebisan keju. Mozarella dan Cheddar adalah dua jenis keju yang sering digunakan untuk membuat murtabak cheese ini.
Di Indonesia, martabak dibezakan antara yang jenis berlauk atau "savori" dengan yang jenis manis - "martabak manis" lebih diberi nama apam balik di Malaysia.[5]
Cicahan
suntingMartabak lazim dihidang dengan pelbagai jenis cicahan:
- kari - di Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera dan Sumatera Barat[10]
- timun berkuah tomato.[14]
- kicap masam manis (untuk martabak kentang[10])
Lihat juga
sunting- martabak manis - nama lain bagi pencuci mulut "apam balik" di seberapa lokasi
Rujukan
sunting- ^
Lihat:
- "martabak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 28 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- "martabak". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 227. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Martabak Raja makin popular, Utusan Malaysia, 10/11/2008
- ^ Hoogervorst, Tom (Dis 2018). "Sailors, Tailors, Cooks, and Crooks: On Loanwords and Neglected Lives in Indian Ocean Ports". Itinerario. Research Institute for History, Leiden University. 42 (3): 530. doi: 10.1017/S0165115318000645
- ^ a b Lonely Planet Food (2012). The World's Best Street Food: Where to Find it & How to Make it. Lonely Planet. m.s. 108. ISBN 9781743216644.
- ^ Murtabak Pak Don
- ^ (Inggeris) Alina Simon, "`Royal' murtabak for everyone to enjoy Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine", New Straits Times, 26 September 2007.
- ^ Jacob-Ashkenazi, Jeanne; Ashkenazi PhD, Michael (2014). The World Cookbook: The Greatest Recipes from Around the Globe (ed. Revised). ABC-CLIO. m/s. 831. ISBN 978-1-6106-9469-8.
- ^ a b Hasan, Chef Azian (11 October 2016). Recipes When You’re Broke. PTS Publishing House Sdn. Bhd. ISBN 9789674119089.
- ^ a b c Musa, Norman. Malaysian Food: a collection of my favourite recipes and the inspiration behind them. Ning Limited. ISBN 978-0-9563-7723-4.
- ^ "Murtabak Raja makin popular". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-26. Dicapai pada 2015-10-29.
- ^ "Singapore: Gokul Vegetarian Restaurant". Veganism.
- ^ Mark Wiens. "Singapore Zam Zam – Delicious Murtabak Since 1908".
- ^ Rowley, David (2011). Erections in the Far East. Pneuma Springs Publishing. m/s. 20. ISBN 978-1907-72831-0.