Little India, Singapura

(Dilencongkan dari Little India, Singapore)


Little India atau India Kecil Singapura (Tamil:லிட்டில் இந்தியா, Inggeris:Little India) merupakan enklaf etnik di Singapura yang mempunyai elemen budaya etnik India. Little India terletak di sebelah timur Sungai Singapura, iaitu di seberang Kreta Ayer yang terletak di sebelah barat sungai, dan di utara Kampong Gelam. Kedua-dua kawasan ini merupakan sebahagian daripada kawasan perancangan bandar Rochor. Little India dikenali sebagai Tekka dalam kalangan masyarakat India Singapura.[1]

Little India
Subzon dalam Kawasan Perancangan bandar Rochor
Transkripsi Other
 • MalayIndia Kecil
 • Tamilலிட்டில் இந்தியா
Liṭṭil intiyā (Transliteration)
Deretan Rumah Kedai di Little India
Deretan Rumah Kedai di Little India
Little India, Singapura is located in Bumi
Little India, Singapura
Little India, Singapura (Bumi)
Koordinat: 1°18′28″N 103°51′9″E / 1.30778°N 103.85250°E / 1.30778; 103.85250Koordinat: 1°18′28″N 103°51′9″E / 1.30778°N 103.85250°E / 1.30778; 103.85250
CountrySingapore

Sejarah

sunting

Little India pada asalnya merupakan kawasan orang Eropah yang digunakan untuk perniagaan lembu. Pekerja migran India yang pakar dalam bidang penternakan lembu telah berpindah ke kawasan ini untuk mencari peluang pekerjaan.[2]

Kawasan Little India pada mulanya sesuai untuk penternakan lembu kerana kedudukannya di sepanjang Sungai Serangoon. Aktiviti perniagaan ternakan suatu ketika dahulu giat dijalankan di kawasan ini.[3][4] Namun, akhirnya kawasan paya yang menguntungkan penternakan lembu telah ditambun dan pengusaha serta pedagang lembu Eropah berpindah keluar. Ini menyebabkan kawasan tersebut didiami hampir keseluruhannya oleh masyarakat India.

Ciri-Ciri

sunting
 
Kuil Sri Veeramakaliamman (ஸ்ரீ வீரமாகாளியம்மன் கோவில்) di Little India
 
Little India semasa festival Deepavali
 
Jalan Serangoon,laluan utama di Little India

Jalan Serangoon merupakan laluan utama di Little India. Ia terletak di simpang Jalan Terusan Rochor Canal dan Jalan Sungei Bukit Timah . Di sepanjang Jalan Serangoon terdapat Pusat Tekka (தேக்கா நிலையம்), Tekka Mall, Arked Little India, Serangoon Plaza dan Mustafa Centre (முஸ்தபா சென்டர்). Kawasan ini turut memiliki Padang Farrer.

Terdapat beberapa tempat ibadat lain seperti "

  • Gereja Methodist Foochow
  • Gereja Methodist Kampong Kapor
  • Kuil Sri Veeramakaliamman (ஸ்ரீ வீரமாகாளியம்மன் கோவில்)
  • Kuil Sri Vadapathira Kaliamman (ஸ்ரீ வடபத்திர காளியம்மன் கோவில்)
  • Kuil Sri Srinivasa Perumal (ஸ்ரீ ஸ்ரீநிவாசப்பெருமாள் கோவில்)
  • Masjid Angullia
  • Masjid Abdul Gaffoor (مسجد عبد الغفور/மஸ்ஜித் அப்துல் கஃபூர்)
  • Masjid Jalan
  • Gurdwara Sikh Pusat.
  • Kuil Buddha Sakya Muni Gaya

Transportasi

sunting

Kawasan Little India dikhidmati oleh stesen MRT berikut: Stesen MRT Little India, Stesen MRT Farrer Park di Laluan MRT Timur Laut , dan Rochor serta Jalan Besar di Laluan MRT Pusat Bandar. Perkhidmatan bas 23, 64, 65, 67, 131, 139, 147, dan 857 melalui Little India melalui Jalan Serangoon.

Galeri

sunting
PPemandangan panorama Little India. Diambil dari Estet Rumah Farrer Park..
Pemandangan panorama Little India. Diambil dari Jalan Serangoon.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Conservation Portal -". www.ura.gov.sg. Dicapai pada 2024-01-10.
  2. ^ Singapore, National Library Board. "Little India". www.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-10.
  3. ^ Carl-Bernd Kaehlig; Swee Lin Khong (2008). Sari, Sarong and Shorts: Singapore's Kampong Glam & Little India. SNP Editions. m/s. 13. ISBN 978-981-248-178-8.
  4. ^ Sharon Siddique; Nirmala Puru Shotam; Nirmala Purushotam (1982). Singapore's Little India, Past, Present, and Future. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 10, 58. ISBN 978-9971-902-31-5.