Apam balik
Apam balik (Jawi: أڤم باليق ) atau juga dikenali sebagai apom balik, martabak manis (Jawi: مرتابق مانيس ) dan terang bulan (Jawi: ترڠ بولن ) (bahasa Inggeris: turnover pancake ;[1] Cina: 曼煎粿, Hokkien: Ban Chang Kueh,[2] Hanyu Pinyin: Màn Jiān Guǒ) merupakan sejenis kuih berupa apam tradisi Fujian sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai.[3][4]
Penamaan
suntingKuih ini didatangkan dalam pelbagai nama beraneka:
Apam
- apam pinang di Kalimantan Utara, Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur (terutamanya di Pontianak)
- apam pulau pinang di Pulau Pinang
- apam balik di Semenanjung Malaysia dan Singapura
Kuih
- kuih malaya di Brunei
- kuih haji di di sesetengah tempat
- kue pangkalpinang di Pangkalpinang, Bangka-Belitung[5]
- kue bandung di Semarang danJawa Tengah
Martabak
- martabak bangka di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh
- martabak manis[5] di Sumatera Selatan, Lampung, Banten, Jawa Barat dan Jawa Tengah
Lain-lain
- terang bulan[5] di Sabah, Sulawesi, Jawa Timur dan kepulauan Maluku
- hok lo pan di Bengka Belitung dan Batam oleh warga cina
- ban jian kueh Hokkien di Malaysia dan Singapura
- dai gau min Kantonis Perak
- chin loong pau Kantonis Lembah Kelang
- kap piang Hakka Sabah
- mak pan Hakka Malaysia dan Singapura
- min chiang kueh/min jiang kueh Teochew Singapura
- peanut pancake bahasa inggeris Singapura
- man jian gao (滿煎糕) Mandarin piawai negara China
- lang gou Hong Kong
- sa tong gap beng Hong Kong
- beh ah tsian Hokkien Taiwan
- khanom tang taek/khanom pawd khuay kawasan selatan Negara Thai
Pembuatan
suntingAdunannya diperbuat dari bancuhan tepung gandum, soda penaik, telur ayam, santan, air dan ragi atau ibu roti.[5]
Apam besar besar dimasak di atas kuali tembaga manakala yang jenis kecil menggunakan dapur gas khas mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak sekaligus. Selepas kuali-kuali ini disapu mentega atau marjerin, adunannya dibubuh dan ditunggu masak sambil dimaniskan dengan taburan gula kasar dan kacang tanah hancur atau bijan serta perisa dipilih; apam yang sampai masak dilipat dua sebelum disajikan panas-panas.
Inti yang lazim didapati adalah dan jagung manis, tetapi ada juga inovasi pelbagai perisa seperti nestum, coklat, vanila, keju dan strawberi.
Jenis
suntingSecara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:
- apam balik besar: apam balik yang tebal dan gebu.
- apam balik kecil atau apam balik nipis: apam balik nipis dan rangup.
Rujukan
sunting- ^ "Deliciously Unique Pancakes..." The Malaysia Pancake Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2013. Dicapai pada 18 August 2013.
- ^ 林金城. "滿煎糕vs曼煎粿". Sin Chew Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13.
- ^ "Peluang berbuka puasa dengan Chef Wan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-22.
- ^ Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. 2010. m/s. 119–. ISBN 978-1-74104-887-2. Dicapai pada 18 August 2013.
- ^ a b c d "Martabak Manis Alias Kue Terang Bulan". Femina. 2 Februari 2014. Dicapai pada 16 Mei 2015.