Shukor Adan

(Dilencongkan dari Muhammad Shukor Adan)

Muhammad Shukor bin Adan (lahir pada 24 September 1979) merupakan bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan dan kini bekerja sebagai pembantu jurulatih untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-23 tahun.

Shukor Adan
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Shukor bin Adan
Tarikh lahir (1979-09-24) 24 September 1979 (umur 44)
Tempat lahir Melaka, Malaysia
Ketinggian 1.82 m (5 ka 12 in)
Posisi permainan Bek tengah,
Pemain tengah defensif
Kerjaya remaja
1995–1997 Melaka
1998–1999 Negeri Sembilan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2001 Negeri Sembilan 21 (2)
2002–2008 Selangor 123 (17)
2009–2012 Negeri Sembilan 85 (15)
2013 ATM 22 (3)
2014–2018 Felda United 100 (7)
2019 Melaka United 20 (2)
2020–2021 Kuala Lumpur City 15 (1)
Pasukan kebangsaan
2001–2014 Malaysia 56 (5)
Pasukan diurus
2022 Kuala Lumpur City (Penganalisis pasukan)
2023– Malaysia U-23 (Pembantu jurulatih)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 December 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 January 2017

Shukor mula beraksi bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2002 pada tahun 2001. Shukor juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak pada kejohanan Sukan SEA 2001. Dia juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia ketika Malaysia tewas 6-0 kepada Manchester United pada tahun 2001 dan ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Brazil pada tahun 2002.[1]

Pada tahun 2008, Shukor telah mewakili kesebelasan Malaysia atau Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tumpas 0-2 kepada Chelsea. Meskipun tewas jurulatih Chelsea Luiz Felipe Scolari memuji barisan Malaysia yang memberikan tentangan sengit.[2][3]

Pencapaian

sunting
  • Pingat Perak Sukan Asia Tenggara 2001
  • Juara Pestabola Merdeka 2007
  • Naib Juara Piala AFF Suzuki
  • Juara Piala Sumbangsih 2002
  • Juara Liga Perdana Malaysia 2005 (Divisyen 2)
  • Juara Piala Malaysia 2002 & 2005
  • Juara Piala FA Malaysia 2005
  • Naib Juara Piala Malaysia 2008
  • Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08
  • Juara Piala Malaysia 2009 & 2011
  • Juara Piala Malaysia 2021

Gol Antarabangsa

sunting
# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 12 Oktober, 2003 Kuala Lumpur, Malaysia   Bahrain 2-2 Seri Kelayakan AFC Piala Asia 2004
2. 12 Julai, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia   Singapura 2-0 Menang Persahabatan
3. 6 Jun, 2008 Surabaya, Indonesia   Indonesia 1-1 Seri Persahabatan

Rujukan

sunting
  1. ^ FIFA.com. "Chelsea beat Malaysian XI". fifa.com. Dicapai pada 4 January 2017.
  2. ^ "Experience players can help Harimau Malayan against Indonesia, said Piya. - Goal.com". goal.com. 9 September 2014. Dicapai pada 4 January 2017.
  3. ^ "Indonesia 2 - 0 Malaysia Match report - 9/14/14 Friendlies - Goal.com". goal.com. Dicapai pada 4 January 2017.

Pautan luar

sunting