Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun (dikenali juga sebagai Pasukan Olimpik Malaysia) yang mewakili Malaysia dalam kejohanan bola sepak antarabangsa iaitu dalam Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA, sama juga seperti lain-lain kejohanan antarabangsa di bawah-23. Ia ialah salah satu pasukan bawah-23 yang terkuat di Asia Tenggara bersama-sama Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Ia dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Malaysia B-23/B-22/B-21
Shirt badge/Association crest
GelaranHarimau Muda
PersatuanPersatuan Bola Sepak Malaysia
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihNafuzi Zain
KaptenMukhairi Ajmal
Stadium tuan rumahStadium Nasional Bukit Jalil
Kod FIFAMAS
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
Malaysia Malaysia 1–1 Jepun 
(Kuala Lumpur, Malaysia; Disember 1990)[1]
Kemenangan terbesar
Malaysia Malaysia 11–0 Timor-Leste 
(Vientiane, Laos; 2 Disember 2009)
Kekalahan terbesar
 Thailand 9–0 Malaysia Malaysia
(Bangkok, Thailand; November 1998)
Piala Asia
Kemunculan3 (Kali pertama pada 2018)
Keputusan terbaikSuku Akhir (2018)
Sukan Asia
Kemunculan4 (Kali pertama pada 2002)
Keputusan terbaikPusingan 2 (2010, 2018)

Sejarah

sunting

Pasukan ini dianggap sebagai pasukan penyumbang kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Ia adalah bagi pemain-pemain berumur 23 dan kurang, walau bagaimanapun, 3 pemain senior juga boleh dipilih. Masih lagi wujud pasukan-pasukan untuk bawah-20, bawah-17 dan bawah-15. Selagi mereka layak, pemain-pemain boleh bermain pada mana-mana aras, oleh kerana itu, mungkin bagi seseorang untuk bermain bagi B-23, pihak senior dan kemudiannya B-23.

Selepas Piala Dunia B-20 FIFA 1997, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan untuk layak ke Olimpik Sydney 2000. Seterusnya, FAM telah membelanjakan kira-kira US$6 juta dan menyambung kembali kontrak jurulatih remaja Malaysia, Hatem Souissi. Kemudian FAM telah membentuk satu skuad dikenali sebagai Olimpik 2000 dengan satu kombinasi skuad remaja 1997 dan pemain lain di bawah 23.

FAM telah memutuskan untuk memasukkan Olimpik 2000 sebagai salah satu daripada pasukan di dalam Liga Malaysia. Perlawanan pertama mereka menentang Johor FA di dalam perlawanan kelayakan untuk Liga Perdana I Malaysia. Pasukan tersebut telah memenangi perlawanan pertama 1-0 mereka sebelum seri 1-1 di gelanggang rumah untuk melayakkan diri ke dalam Liga Perdana I Malaysia. Walau bagaimanapun, pasukan itu terjerumus terbawah liga semasa musim 1998 dengan hanya 4 menang di dalam 22 perlawanan.[2]

Olimpik 2000 hanya menunjukkan prestasi buruk di dalam kelas antarabangsa. Mereka telah dimalukan oleh skuad Sukan Asia Thailand di dalam satu perlawanan persahabatan apabila pasukan Thailand mengalahkan mereka 9-0. Semasa perlawanan kelayakan Olimpik 2000, mereka hanya dapat menghabiskan di tangga ketiga di belakang Hong Kong dan Jepun. Ia boleh dipersoalkan di kalangan peminat bagaimana sebuah skuad yang telah bermain bersama-sama semenjak 1995 yang telah diberi pendedahan dan bakat tidak boleh menjayakan sasaran.

Kebangkitan di Sukan SEA 2009 dan 2011

sunting

Sukan Asia Tenggara 2009

sunting

Pada Julai 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan sebagai jurulatih baru bagi pasukan Malaysia B-23. Di bawah pengurusan beliau, Malaysia telah layak ke separuh akhir di dalam Sukan SEA 2009 selepas menjadi naib juara kumpulan A dengan hanya satu mata di belakang juara kumpulan, Vietnam. Malaysia kemudiannya menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, sebelum bertemu Vietnam kembali dan menewaskan mereka 1-0 di perlawanan akhir dengan jaringan gol sendiri oleh Mai Xuan Hop pada minit ke-85. Ini ialah pingat SEA kelima dan juga kejayaan besar pertama bagi pasukan B-23 di bawah Datuk K. Rajagopal yang juga mengetuai Malaysia untuk layak ke pusingan kedua di Bola sepak di Sukan Asia 2010 sebagai salah satu empat pasukan tempat tiga terbaik selepas satu jurang 32 tahun.[3][4]

Sukan Asia Tenggara 2011

sunting

Pada tahun 2011, pasukan ini dikendalikan pula oleh Ong Kim Swee. Kemudian Ong Kim Swee menyusun dua perlawanan persahabatan menentang Thailand dan Singapura di dalam satu persediaan kelayakan Olimpik 2012. Selepas itu Malaysia menang tipis 2-1 kepada Thailand tetapi menang 2-0 ke atas Singapura.[6][7]

Akhirnya Malaysia mara ke separuh akhir Sukan Asia Tenggara 2011 di tempat teratas kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia dengan 1-0. Kemudian, Malaysia juga menewaskan Myanmar 1-0 di dalam separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir. Di dalam perlawanan akhir, mereka bertemu dengan Indonesia semula dan mencatat seri 1-1 hingga ke akhir masa tambahan, menyebabkan keputusan ditentukan kepada sepakan penalti yang memberikan Malaysia kemenangan 4-3. Ini juga menjadikan kemenangan pingat sukan SEA keenam diketuai oleh Ong Kim Swee selepas kejayaan pada tahun 2009.

Arena antarabangsa

sunting

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia menggunakan pasukan skuad bawah-23 dan pasukan kebangsaan di bawah pengurusan baru K. Rajagopal. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia telah menggunakan pemain-pemain di bawah 23 tahun, bersama-sama dengan pemain-pemain senior seperti Safee Sali dan Norhafiz Zamani Misbah. Ini telah disediakan untuk pasukan kebangsaan untuk menyediakan cabaran di hadapan mereka.

Malaysia telah gunakan pasukan Bawah-23 untuk kejohanan seterusnya seperti Piala Ho Chi Minh, Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF 2010.[8] Malaysia telah menggunakan cara ini semenjak pengerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia, YMM Sultan Ahmad Shah, telah merancang dan merangka pelan terutamanya untuk K. Rajagopal. Ini sebagai hasil selepas kekalahan memalukan 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu di Kelayakan Piala Asia 2011.

Rekod Kejohanan

sunting
Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1992 Tidak Layak
  1996
  2000
  2004
  2008
  2012
  2016
  2020
  2024
Jumlah Tiada
  • Semenjak 1992, kejohanan menjadi Bawah-23.
Rekod Piala Asia Kelayakan Ketua Jurulatih
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB BP M S K JG GB
  2013 Tidak Layak 5 3 0 2 17 7   Tan Cheng Hoe
  2016 3 1 0 2 3 3   Razip Ismail
  2018 Suku Akhir 8/16 4 1 1 2 4 7 3 2 0 1 5 3   Ong Kim Swee
  2020 Tidak Layak 3 2 1 0 6 2   Ong Kim Swee
  2022 Pusingan 1 15/16 3 0 0 3 1 9 3 2 1 0 2 0   Brad Maloney
  2024 16/16 3 0 0 3 1 6 3 2 0 1 6 1   Juan Torres
Jumlah Terbaik: Suku Akhir 3/6 10 1 1 8 6 22 20 12 2 6 39 16

Selepas kelayakan Olimpik 2012, kelayakan untuk Olimpik 2016 dan seterusnya menjadi kejohanan Piala Asia B-23 bermula dengan 2016.

Rekod Piala AFF
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  2005 Tempat Keempat 4/8 5 2 2 1 7 10
  2011 PD/TMB
  2019 Pusingan 1 5/8 3 1 1 1 3 3
  2022 7/9 2 0 0 2 1 4
  2023 Tempat Keempat 4/10 4 2 1 1 6 6
Jumlah Terbaik: Tempat Keempat 4/4 14 5 4 5 17 23

Rekod Sukan Asia
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  2002 Pusingan 1 11/16 3 1 0 2 3 6
  2006 23/24 3 0 0 3 2 10
  2010 Pusingan 2 14/24 4 1 0 3 3 9
  2014 Pusingan 1 22/29 3 1 0 2 4 4
  2018 Pusingan 2 13/25 4 2 0 2 7 6
  2022 Tidak Menyertai
Jumlah Terbaik: Pusingan 2 5/5 17 5 0 12 19 35

:Semenjak tahun 2002, kejohanan menjadi bawah-23.

Rekod Sukan SEA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  2001 Naib Juara 2/9 5 4 0 1 10 2
  2003 Tempat Ketiga 3/8 5 3 1 1 17 8
  2005 3/8 5 3 0 2 12 6
  2007 Pusingan 1 5/8 3 1 1 1 6 4
  2009 Juara 1/8 6 5 0 1 22 5
  2011 1/11 6 4 2 0 9 3
  2013 Tempat Keempat 4/10 6 3 2 1 11 6
  2015 Pusingan 1 5/11 5 3 0 2 7 7
  2017 Naib Juara 2/11 6 5 0 1 11 5
  2019 Pusingan 1 8/11 4 1 1 2 6 5
  2021 Tempat Keempat 4/10 6 2 3 1 10 8
  2023 Pusingan 1 5/11 4 2 0 2 13 5
Jumlah Terbaik: Juara 12/12 61 36 10 15 134 64

:Semenjak 2001, kejohanan menjadi bawah-23.
:*Kotak berwarna merah menandakan perlawanan diadakan di tempat sendiri.

*Menang menerusi penalti.
**Kalah menerusi penalti.


Kejohanan Jemputan

sunting
Kejohanan Jemputan
Tahun Kejohanan Pusingan BP M S K JG GB
  1995[9][10] Kejohanan Toulon Pusingan 1 3 0 0 3 0 7
  2000 Pestabola Merdeka Tempat Keempat 3 0 0 3 1 7
  2002 Trofi Hassanal Bolkiah Separuh Akhir 5 2 0 3 13 9
  2005 Trofi Hassanal Bolkiah Pusingan 1 4 2 0 2 3 7
  2005 Piala VFF Tempat Keempat 3 0 0 3 0 6
  2007 Pestabola Merdeka Juara 5 4 0 1 13 4
  2007 Trofi Hassanal Bolkiah Separuh Akhir 4 1 1 2 4 7
  2008 Piala Thanh Nien Pusingan 1 2 0 0 2 3 8
  2009 Piala Thanh Nien Pusingan 1 2 0 0 2 2 6
  2010 Piala Thanh Nien Tempat Keempat 4 1 1 2 3 5
  2011 Piala Thanh Nien Pusingan 1 2 0 0 2 1 4
  2011 Piala VFF Tempat Ketiga 3 1 1 1 4 5
  2012 Piala SCTV Juara 1 1 0 0 1 0
  2012 Piala Thanh Nien Juara 4 3 1 0 0 0
  2013 Sukan Universiti Dunia[nota 1] Suku Akhir 5 1 1 3 4 10
  2013 Piala Thanh Nien Tempat Ketiga 5 2 2 1 8 10
  2013 Piala Menpora Pusingan 1 3 1 1 1 6 6
  2013 Piala BIDC Separuh Akhir 3 1 1 1 5 5
  2013 Pestabola Merdeka Juara 4 4 0 0 8 1
  2014 Piala Thanh Nien Tempat Keempat 4 1 1 2 7 8
  2015 Piala Emas Bangabandhu Juara 4 4 0 0 7 2
  2016 Piala Negara-Negara Naib Juara 2 1 0 1 4 2
  2017 Kejohanan Piala Dubai Tempat Ke-5 4 1 1 2 4 10
  2018 Piala Thanh Nien Tempat Ketiga 4 2 0 2 4 5
  2023 Piala Merlion Juara 2 2 0 0 6 3
  1. ^ Bola sepak sukan Universiti dunia adalah sebuah kejohanan bola sepak Universiti, namun pada edisi 2013, Malaysia menghantar pasukan bawah 23 tahun..


Keputusan terkini

sunting

      Menang       Seri       Kalah

  • 1 Perlawanan antarabangsa bukan 'Negara'

Pemain

sunting

Skuad terkini

sunting

Berikut 23 pemain yang dipanggil ketua jurulatih Juan Torres bagi menghadapi Piala Asia B-23 AFC 2024 yang berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024.

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (umur) Kelab
1 1GK Firdaus Irman (2001-07-23) 23 Julai 2001 (umur 23)   Perak
23 1GK Sikh Izhan (2002-03-22) 22 Mac 2002 (umur 22)   Pulau Pinang
16 1GK Azim Al-Amin (2001-09-20) 20 September 2001 (umur 23)   Selangor
2 2DF Aiman Yusni (2002-05-11) 11 Mei 2002 (umur 22)   Perak
5 2DF Harith Haiqal (Kapten) (2002-06-22) 22 Jun 2002 (umur 22)   Selangor
14 2DF Zikri Khalili (2002-06-25) 25 Jun 2002 (umur 22)   Selangor
20 2DF Azrin Afiq (2002-01-06) 6 Januari 2002 (umur 22)   Negeri Sembilan
19 2DF Safwan Mazlan (2002-02-22) 22 Februari 2002 (umur 22)   Terengganu
3 2DF Ubaidullah Fazili (2003-11-30) 30 November 2003 (umur 21)   Terengganu II
15 3MF Fergus Tierney (2003-03-19) 19 Mac 2003 (umur 21)   Johor Darul Ta'zim II
13 3MF Umar Hakeem (2002-08-26) 26 Ogos 2002 (umur 22)   Johor Darul Ta'zim II
7 3MF Mukhairi Ajmal (2001-11-07) 7 November 2001 (umur 23)   Selangor
12 3MF Nooa Laine (2002-11-22) 22 November 2002 (umur 22)   Selangor
17 3MF Syahir Bashah (2001-09-16) 16 September 2001 (umur 23)   Selangor
4 3MF Muhammad Abu Khalil (2005-04-11) 11 April 2005 (umur 19)   Selangor
21 3MF Saiful Jamaluddin (2002-05-28) 28 Mei 2002 (umur 22)   Sri Pahang
18 4FW Daryl Sham (2002-11-30) 30 November 2002 (umur 22)   Johor Darul Ta'zim
6 4FW Najmudin Akmal (2003-01-11) 11 Januari 2003 (umur 21)   Johor Darul Ta'zim II
22 4FW Haqimi Azim (2003-01-06) 6 Januari 2003 (umur 21)   Kuala Lumpur City
11 4FW Alif Zikri (2002-08-04) 4 Ogos 2002 (umur 22)   Perak
8 4FW T. Saravanan (2001-02-26) 26 Februari 2001 (umur 23)   Sri Pahang
9 4FW Aliff Izwan (2004-02-10) 10 Februari 2004 (umur 20)   Selangor
10 4FW Luqman Hakim (2002-03-05) 5 Mac 2002 (umur 22)   Yokohama

Senarai panggilan

sunting

Pemain berikut dipanggil dalam 12 bulan terakhir.

Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab Panggilan Terakhir
GK Syahmi Adib (2003-03-30) 30 Mac 2003 (umur 21)   Selangor II Kem latihan pusat
GK Rahadiazli Rahalim (2001-05-29) 29 Mei 2001 (umur 23)   Terengganu Kem latihan pusat
DF Faris Rifqi   Terengganu II Kem latihan pusat
DF V. Ruventhiran (2001-08-24) 24 Ogos 2001 (umur 23)   Selangor Kem latihan pusat
DF Azam Azmi (2001-02-12) 12 Februari 2001 (umur 23)   Terengganu Kem latihan pusat
DF Adam Farhan (2004-03-04) 4 Mac 2004 (umur 20)   Johor Darul Ta'zim Kem latihan pusat
DF Firdaus Ramli (2002-03-10) 10 Mac 2002 (umur 22)   Johor Darul Ta'zim II Kem latihan pusat
DF Aiman Hakimi   Selangor II Kem latihan pusat
DF Hariz Mansor (2002-01-02) 2 Januari 2002 (umur 22)   Kedah Darul Aman B Kem latihan pusat
DF Rakesh Munusamy   Kelantan Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024
DF Nik Umar Nik Aziz (2001-06-15) 15 Jun 2001 (umur 23)   Perak II Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024
MF Alif Ikmalrizal (2001-11-30) 30 November 2001 (umur 23)   Pulau Pinang Kem latihan pusat
MF Hazim Abu Zaid (2001-01-17) 17 Januari 2001 (umur 23)   Imigresen Piala B-23 AFF 2023
MF Firdaus Hasnoddin   Kelantan Piala B-23 AFF 2023
MF Nadzwin Salleh (2001-11-23) 23 November 2001 (umur 23)   Kuala Lumpur City Piala B-23 AFF 2023
MF Haziq Kutty (2004-09-28) 28 September 2004 (umur 20)   Pulau Pinang Piala B-23 AFF 2023
FW Aiman Afif (2001-02-18) 18 Februari 2001 (umur 23)   Kedah Darul Aman Kem latihan pusat
FW Firdaus Fuad (2002-01-22) 22 Januari 2002 (umur 22)   Perak Kem latihan pusat
FW Annil Vigneswaran (2003-08-25) 25 Ogos 2003 (umur 21)   Waldhof Mannheim II Kem latihan pusat
FW Harith Akif (2001-10-28) 28 Oktober 2001 (umur 23)   Kelantan Piala B-23 AFF 2023
FW Muslihuddin Atiq (2002-07-20) 20 Julai 2002 (umur 22)   Terengganu II Piala B-23 AFF 2023


Nota:

  • CED Mengundurkan diri dari skuad kerana kecederaan
  • PRA Skuad awal

Skuad dahulu

sunting

Piala Asia B-23 AFC

Kakitangan kejurulatihan

sunting
Ketua Jurulatih   Nafuzi Zain
Penolong Jurulatih   Shukor Adan
Jurulatih Penjaga Gol   Yong Wai Hwang
Jurulatih Kecergasan   Oscar Balaguer
Jurulatih Analisis Prestasi   Lee Je-yoon
Ahli Fisioterapi   Harris Zafran Ahmad Haraman
Tukang Urut   Ahmad Ramzi Ahmad Zaini
Pembawa Kit   Sukri Haimi
Penganalisis video   Ahmad Hilmi Abdul Latif
Pasukan Doktor   Ridzuan Azmi
Pemakanan   Norazmi Ramliy
Pegawai Media   Wan Mohd Fahkrul Anwar Wan Bakar
Pentadbir Pasukan   Azfendy Azzudin

Sumber:[11]

Jurulatih

sunting
Tahun Ketua Jurulatih
2025-   Nafuzi Zain
2023-2024   Juan Torres
2022-2023   E. Elavarasan
2019-2022   Brad Maloney (sementara)
2017-2019   Datuk Ong Kim Swee
2015-2017   Frank Bernhardt
2015   Razip Ismail (sementara)
2011–2015   Datuk Ong Kim Swee
2009–2011   Datuk K. Rajagopal
2007–2009   B. Sathianathan
2005–2007   Norizan Bakar
2005   Bertalan Bicskei
2000–2004   Allan Harris
1997–1999   Hatem Souissi
1994–1995   Claude Le Roy
1992–1994   Richard Bate

Anugerah

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Hyung-Jin Yoon (6 Mei 2006). "Japan - International Results U-23 (Olympic) Team [Malaysia (1) – Japan (1)]". RDFC. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2016. Dicapai pada 29 Mac 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Malaysia 1998
  3. ^ Malaysia wins SEA Games
  4. ^ "Malaysia enter last 16 but crippled by injuries and suspensions". The Star. November 14, 2010. Dicapai pada 2010-11-14.
  5. ^ Indonesia vs Malaysia Full Match 1-1 (4-5) Final Sea Games 2011 part 1 di YouTube. (See 05:15 for the player position) Retrieved on 10 December 2012.
  6. ^ Malaysia (1) – Thailand (2) Retrieved February 4, 2011
  7. ^ U23 Malaysia 2 vs 0 U23 Singapore Retrieved February 4, 2011
  8. ^ Malaysia national squad for Ho Chi Minh Cup, Asian Games and 2010 AFF Suzuki Cup 2010[pautan mati kekal]
  9. ^ "Toulon Tournament 1995". festival-foot-espoirs.com.
  10. ^ "Tournoi Espoirs de Toulon 1995". rsssf.com.
  11. ^ "SIARAN MEDIA: FAM UMUM JUAN TORRES GARRIDO KETUA JURULATIH BAHARU SKUAD B-23 KEBANGSAAN". 2023-10-12. Dicapai pada 13 Oktober 2023.

Pautan luar

sunting