S. Roomai Noor
Dato' Haji S. Roomai Noor atau nama sebenarnya Muhammad Taib Bin Salleh (22 Februari 1923 – 16 Mac 1996) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.
S. Roomai Noor | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Taib bin Salleh 22 Februari 1923 |
Meninggal dunia | 16 Mac 1996 Hospital Makkah, Arab Saudi | (umur 73)
Sebab kematian | Paru-paru berair |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Ma'ala, Makkah |
Pekerjaan | Mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1948–1996 |
Terkenal kerana | Berlakon dalam filem Chinta |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Ibu bapa |
|
Saudara | Ishak Haji Muhammad (bapa saudara sepupu sebelah ayahnya) |
Kehidupan awal
suntingMuhammad Toyib Bin Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.[1]
Semasa Perang Dunia Kedua, beliau pergi ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau itu telah menyebabkan keluarga terdekat beliau merasa terkejut kerana pada sangkaan mereka, beliau telah meninggal dunia semasa pendudukan Jepun.
Kerjaya
suntingBeliau memulakan karier lakonan pertamanya dalam filem Chinta arahan B. S. Rajhans pada tahun 1948. Filem arahannya yang pertama ialah filem Adam pada tahun 1956.
Sepanjang kerjayanya, beliau mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu dan dengan itu, karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan serta menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.
Beliau pernah bekerjasama dengan Ho Ah Loke dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Akibat daripada itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.
Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, pesawat yang membawa delegasi Malaya telah terlibat dalam nahas udara. Walau bagaimanapun, beliau, M. Amin, Roseyatimah, Umi Kalthum dan Latifah Omar dilaporkan terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.
Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, Jins Shamsuddin telah mempelawa beliau membintangi filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu filem Bukan Salah Ibu Mengandong yang turut menampilkan P. Ramlee, Umi Kalthum, Sarimah, Sharifah Hanim dan Ed Osmera. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah Sumpahan Mahsuri yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.
Perkahwinan
suntingS. Roomai Noor mendirikan rumahtangga bersama seniwati Siput Sarawak yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Pada tahun 1955, beliau berkenalan pula dengan seniwati Umi Kalthum semasa berkhidmat di studio Cathay-Keris hingga membawa kepada perkahwinan mereka dan dikurniakan enam cahaya mata termasuk Noorkumalasari.
Kematian
suntingPada 16 Mac 1996 bersamaan 25 Syawal 1416 H, beliau meninggal dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi akibat penyakit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan umrah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Umi Kalthum. Kisahnya telah diadaptasikan ke dalam sebuah telefilem yang berjudul Pintu No.9 Masjid Nabawi terbitan Zeel Productions Sdn Bhd dimana watak Allahyarham dilakonkan oleh pelakon Zulkifli Ismail, manakala Noorkumalasari memegang watak ibunya Umi Kalthum.
Filemografi
suntingFilem
suntingSebagai pelakon
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1948 | Chinta | Raja Kanchi / Sanchi | Filem pertama |
1949 | Noor Asmara | Omar | |
Nilam | Ahmad | ||
Nasib | |||
1950 | Bakti | Hassan | |
Pembalasan | |||
1951 | Berdosa | ||
1954 | Tangisan Ibu | ||
1955 | Selamat Hari Raya | ||
Duka Nestapa | |||
Kasih Menumpang | |||
Irama Kasih | |||
Selamat Tinggal Kekasehku | Hassan | ||
Mega Mendung | |||
1956 | Adam | ||
1957 | Chinta Gadis Rimba | Judul antarabangsa: Virgin of Borneo | |
1958 | Orang Lichin | ||
Che Mamat Parang Tajam | |||
Orang Minyak | Dasuki | ||
1959 | Mahsuri | Wan Derus | |
1960 | Hantu Rimau | ASP Latiff | |
Pak Pandir Moden | Luncai | ||
1961 | Sumpitan Racun | ||
1963 | Bayangan Di Waktu Fajar | Omar | |
Rumah Itu Dunia Aku | Mohsen | ||
1969 | Bukan Salah Ibu Mengandong | Ayah Ani | Pelakon undangan |
1973 | Cucu | ||
1979 | Dendang Perantau | Dato' Ariff | watak bapa Emilia lakonan Uji Rashid |
Tiada Esok Bagimu | bapa Peguam Khalid | ||
1980 | Esok Masih Ada | Dato' Zakaria | |
1981 | Abang | Dato' Din | |
1982 | Esok Untuk Siapa | Datuk Iskandar | |
1983 | Ke Medan Jaya | ||
1984 | Matinya Seorang Patriot | Yusoff | |
1987 | Rahsia | Haji Khalid | |
1989 | Sumpahan Mahsuri | Pandak Maya | |
1991 | Sepi Itu Indah | Datuk Kamarul | Filem terakhir |
Sebagai pengarah
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1956 | Adam | Filem arahan pertama |
1958 | Che Mamat Parang Tajam | |
1959 | Bawang Putih Bawang Merah | |
1960 | Tunang Pak Dukun | |
Hantu Rimau | Pengarah bersama L. Krishnan, B. N. Rao & M. Amin | |
1961 | Lela Satria | |
Sumpitan Racun | ||
Puteri Gunong Ledang | ||
Gado-gado | ||
1962 | Chelorong Cheloreng | |
Mabuk Kepayang | Pengarah bersama Hussein Haniff | |
Badang | ||
1966 | Tongkat Hitam | Filem arahan terakhir |
Sebagai penulis
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1950 | Rachun Dunia | Penterjemah Cerita |
Drama
suntingSebagai pelakon
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1972 | Awas Abu Nawas | Filem Negara Malaysia | Drama pertama | |
1975 | Setitik Embun | Ayah Hisham | Pelakon undangan | |
1976 | Madu Beracun | Doktor | Drama terakhir |
Anugerah dan pencalonan
sunting- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1980)[2]
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) oleh Sultan Pahang (1988)[2]
- Dicalon untuk menerima Anugerah Seni Negara 1996 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi pencalonan itu terpaksa ditarik balik apabila beliau meninggal dunia.
Rujukan
sunting- ^ Dato' S.Roomai Noor
- ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 17 Februari 2021.[pautan mati kekal]