Yang Mulia Sharifah Hanim (dilahirkan sebagai Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah)[1][2] merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan[2][3] yang berasal dari Arau, Perlis. Selain itu, beliau merupakan kerabat diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama kepada Tuanku Syed Hamzah iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun.[2] Beliau merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.[4]

Sharifah Hanim
Kelahiran
Y.M Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah

1935
Meninggal dunia25 November 2003 (berumur 67–68)
Sebab kematiankencing manis, darah tinggi dan hati
DikebumikanMakam Diraja Lama Arau, Perlis
PekerjaanPelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif1965–1977
Terkenal keranaWatak Norkiah Hanum dalam filem Masam-Masam Manis
PasanganJazamudin Baharuddin (k. 1957; c. 1974)
Anak-anak2
IbuSharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff
BapaTuanku Syed Hamzah Jamalullail
SaudaraTunku Abdul Rahman (bapa saudara)

Kehidupan awal

sunting

Beliau diputerikan di Bandar Diraja Arau, Perlis pada 1935 daripada bondanya, Sharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff yang merupakan isteri ketiga kepada Tuanku Syed Hamzah Jamalullail. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga peringkat Senior Cambridge. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaysia dan juga sebagai operator telefon di Bank Negara Malaysia.[2] Beliau juga merupakan juara pertandingan Ratu UMNO pada tahun 1956.[2][5]

Kehidupan peribadi

sunting

Perkahwinan dan kerjaya

sunting

Beliau pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 1957 dengan Jazamudin Baharuddin yang merupakan seorang penulis dengan nama pena, Adi Muara. Hasil daripada perkahwinan ini, beliau dan suami telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sulasteri dan Sita Asma. Suami beliau telah memperkenalkannya kepada dunia perfileman dan filem Masam-Masam Manis merupakan kemuncak populariti beliau dalam industri perfileman Melayu pada tahun 1965. P. Ramlee sendiri telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Istana Perlis sebelum beliau memulakan pengambaran filem berkenaan. Jodoh beliau bersama suaminya tidak berpanjangan dan pada tahun 1974, mereka bercerai. Penglibatan beliau dalam dunia lakonan agak terhad kerana beliau lebih menumpukan perhatian terhadap anak-anaknya. Selepas penutupan Studio Merdeka, beliau berhenti berlakon dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.[2][3]

Kematian

sunting

Beliau mangkat di Kuala Lumpur akibat masalah kencing manis, darah tinggi[2][6] dan hati dalam usia 69 tahun. Setelah dua bulan gering, beliau mangkat pada tahun 2003. Sebelumnya, beliau pernah menderita masalah tulang pinggul akibat terjatuh. Jenazah beliau telah dibawa ke Perlis dan dimakamkan di Makam Diraja Lama Arau.[2]

Filemografi

sunting

Berikut merupakan senarai yang tidak lengkap mengenai filem dan drama lakonan beliau. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Watak dalam filem
Tahun Tajuk Watak Catatan
1965 Masam-Masam Manis Norkiah Hanum Filem pertama
1966 Gadis Langkawi
1969 Bukan Salah Ibu Mengandong Pelakon undangan
1971 Asmara Kirana
Pedang Sakti Sunti
1972 Anak Ku Suami Ku
1973 Bunga Mas
Satu Penentuan Hanim
Penyamun Si Bongkok Tanjung
1975 Pertiwi
Rahsia Hatiku Filem terakhir
Kemunculan dalam televisyen
Tahun Tajuk Terbitan Catatan
1977 Membelah Awan TV1 Filem ini diarahkan oleh Roslee Jalil.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Koleksi P. Ramlee. Felix Entertainment. 2011. m/s. 49. ISBN 978-967-10012-0-2. |first1= missing |last1= (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h "Sharifah Hanim". 15 Januari 2013. Dicapai pada 9 Mac 2013.
  3. ^ a b Abdul Aziz Itar (28 November 2003). "Perginya dua bintang veteran". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Mac 2013.
  4. ^ Filem-Filem P. Ramlee. Kerajaan Negeri Sarawak. 2008. m/s. 261. ISBN 978-983-43591-0-2. |first1= missing |last1= (bantuan); |first2= missing |last2= (bantuan); |editor1-first= missing |editor1-last= (bantuan)
  5. ^ "Royal burial for actress Sharifah Hanim". Utusan Malaysia. 28 November 2003. Dicapai pada 9 Mac 2013.
  6. ^ Muzlina Abu Bakar (8 Oktober 2003). "Sharifah Hanim terlantar di hospital". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Mac 2013.
  7. ^ "Yang Amat Mulia Sharifah Hanim". 7 Mei 2011. Dicapai pada 9 Mac 2013.

Pautan luar

sunting