Nilam (filem)
Filem Nilam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1949.
Nilam | |
---|---|
Pengarah | B. S. Rajhans |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | S. Roomai Noor Siput Sarawak Daeng Harris P. Ramlee Siti Tanjung Perak |
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaya (Singapura & Malaysia) |
Bahasa | Melayu |
Pengarah
suntingFilem Nilam ini diarah oleh B.S. Rajhans.
Ringkasan
suntingMengisahkan Ahmad (S. Roomai Noor), seorang remaja lelaki yang lurus bendul yang dijaga oleh ibunya (Siti Tanjung Perak). Ibunya memberikan sebilah keris kepunyaan arwah suaminya. Dahulu, dia pernah mewasiatkan kepada isterinya agar keris ini diserahkan kepada Ahmad apabila dia sudah dewasa kelak. Ahmad ingin merantau untuk lebih berdikari dan dia pergi belayar bersama-sama Jaiman (Daeng Harris), seorang kawannya yang baharu dikenali di Jawa. Di dalam kapal tersebut, mereka telah menjumpai sebuah teko ajaib lalu Jaiman menggosoknya sehingga membawa mereka ke sebuah negara di negeri Kaherah. Di Kaherah, Puteri Nilam (Siput Sarawak), telah diganggu oleh jin ifrit sehingga membuatkan beliau pengsan dan dirasuk. Raja Kaherah (Jaafar Wiryo), telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memulihkan anaknya dan sihat seperti sedia kala serta membunuh jin tersebut. Ahmad juga bersedia mengubati tuan puteri. Sebenarnya Puteri Nilam boleh sembuh dengan sendirinya dan beliau memasang cita-cita untuk mencari lelaki yang akan menyembuhkannya kelak. Beliau telah menyamar sebagai Kirana dan menutup sebahagian wajahnya lalu membuat persembahan tarian di hadapan para tetamu. Salah seorang tetamu kenamaan ialah Datuk Bandar Kaherah (P. Ramlee), beliau telah terpikat dengan keayuan wajah Kirana. Datuk Bandar telah melakukan kekerasan kepada Kirana. Ini membuatkan Ahmad dan Jaiman masuk campur dan akhirnya kedua-duanya ditangkap diatas arahan Datuk Bandar. Sementara itu wajah yang seiras antara Jaiman dan Paiman (Daeng Harris), telah merungsingkan Datuk Menteri (Malek Sutan Muda), dan Marjina, isteri kepada Paiman. Setelah disiasat mereka adalah pasangan kembar yang terpisah sejak kecil. Ahmad dan Jaiman juga dibebaskan. Ahmad mendapat undangan bertemu dengan Kirana kerana membantunya tempoh hari. Kirana dan Ahmad menjadi pasangan kekasih.
Sementara itu, Puteri Nilam masih diganggu oleh jin ifrit mujurlah Ahmad dan Jaiman datang tepat waktunya. Ahmad berjaya membunuh jin ifrit dan Puteri Nilam berjaya disembuhkan. Ahmad begitu teruja selama ini Kirana itu adalah Puteri Nilam. Demi menunaikan janjinya, baginda Sultan sudi menjadikan Ahmad sebagai menantunya dan sebahagian harta negara di hadiahkan kepada Ahmad diatas jasanya. Datuk Menteri telah memberi cadangan agar Ahmad pergi mencari Batu Nilam yang telah lama hilang di dalam gua baharulah dia boleh dikahwinkan dengan Puteri Nilam. Ahmad dan Jaiman menurutkan sahaja permintaan Datuk Menteri tersebut dan dipersetujui oleh baginda Sultan.
Suatu hari, selepas mereka kepenatan mencari batu tersebut, mereka tertidur dan Jaiman telah tersedar dan dia mendapati mereka tertidur di sebuah tanah perkuburan. Arwah ayah Ahmad telah muncul dan memberi arahan agar Ahmad dan Jaiman akan terselamat dan berjaya membawa pulang batu Nilam tersebut. Ini kerana keadaan menjadi sulit dan merbahaya untuk mendapatkan batu tersebut kerana gua tersebut mempunyai penunggu yang sangat kuat. Dengan keris hikmat tersebut, segala kesulitan berjaya ditempuhi dengan lancarnya. Ahmad berjaya mendapatkan batu nilam tersebut. Selain itu, Ahmad juga berjaya memperoleh tali pinggang ajaib yang membuatkan dirinya menjadi halimunan. Sepanjang ketiadaan Ahmad, Datuk Menteri telah menghasut baginda Sultan agar mengahwinkan Puteri Nilam dengan anakandanya, Datuk Bandar jika Ahmad tidak pulang dari mencari batu tersebut. Puteri Nilam merayu kepada baginda Sultan agar tidak mengahwinkannya dengan Datuk Bandar tersebut tetapi rayuan itu tetap tidak diendahkan oleh baginda Sultan. Ahmad akhirnya tersedar yang selama ini dia dipermainkan sahaja oleh Datuk Menteri agar rancangannya berjalan lancar. Dengan kuda ajaib yang hebat, mereka berdua tiba di Kaherah dengan begitu pantas. Ahmad menjadi halimunan dengan menggunakan tali pinggang ajaibnya dan berjaya mempermainkan Datuk Menteri, Paiman dan Datuk Bandar. Ahmad menyembahkan batu nilam tersebut kepada baginda Sultan dan janjinya terhadap Ahmad akan ditunaikan. Ini membuatkan Datuk Menteri semakin marah. Di malam harinya, Paiman telah mengarahkan para pengawal Datuk Menteri agar menangkap dan membutakan mata Ahmad sebelum membunuhnya. Dalam masa yang sama, roh arwah ayahnya telah menjelma dan memujuk ibu Ahmad agar pergi ke negara Kaherah secepat mungkin kerana Ahmad kini berada di dalam kesulitan. Ibunya dighaibkan dan terus tiba di negeri Kaherah dan berjumpa dengan Jaiman. Mereka kebingungan di mana dia harus mencari Ahmad. Manakala, Ahmad terselamat di dalam hutan dan dia telah diselamatkan oleh seorang saudagar yang jahat.
Sementara itu di istana, Datuk Bandar berjaya mencuri sebilah keris dan tali pinggang hikmat milik Ahmad untuk memperdayakan Puteri Nilam. Tetapi Puteri Nilam lebih bijaksana memperdaya Datuk Bandar sehingga dia berjaya mendapatkan semula keris dan tali pinggang tersebut untuk dia mencari Ahmad dengan sendirian. Manakala, Ahmad dijadikan buruh kasar di lombong bijih besi dan kerap kali diseksa oleh majikannya kerana dia yang sudah tidak bermaya lagi. Mujurlah Jaiman dan ibu Ahmad sempat menjumpai Ahmad dan bersetuju menebus Ahmad dengan nilai yang tinggi agar Ahmad dibebaskan dari menjadi hamba abdi. Dengan bantuan ibunya dan Jaiman, Ahmad telah melalui kawasan penjara istana sambil menyanyi lagu kegemaran Puteri Nilam. Puteri Nilam terdengar nyanyian tersebut dan terus mencampakkan keris hikmat ke bawah dan Ahmad terus mengutipnya. Dia sangat bersyukur kerana masih memiliki keris hikmat tersebut.
Di malam harinya, Datuk Menteri ingin merampas kuasa kerajaan Kaherah. Baginda Sultan ditangkap lalu diseksa dan Puteri Nilam dipenjarakan. Ahmad yang kecewa lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri namun usaha tersebut di matikan oleh jelmaan roh arwah ayahnya. Arwah ayahnya berjaya memulihkan mata Ahmad seperti sedia kala. Ahmad terus bergegas ke penjara istana dan berjaya menyelamatkan baginda Sultan dan Puteri Nilam. Manakala Datuk Menteri, Paiman dan Datuk Bandar telah ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup. Ahmad dan Puteri Nilam berkahwin dan mereka hidup berbahagia.
Pelakon
sunting- Siput Sarawak sebagai Puteri Nilam / Kirana
- S. Roomai Noor sebagai Ahmad
- Daeng Harris sebagai Jaiman / Paiman
- P. Ramlee sebagai Datuk Bandar Rashid
- Siti Tanjung Perak sebagai ibu Ahmad
- S. Sudarmaji sebagai orang kampung
- Junaidah Haris sebagai pembantu Puteri Nilam
- A. R. Tompel sebagai Pembesar Istana
- Malek Sutan Muda sebagai Datuk Menteri (ayah kepada Rashid)
- Osman Gumanti sebagai Penari Istana
- Jaafar Wiryo sebagai Raja Kaherah
- Mak Dara
- Siti Zainab
Rujukan
sunting- ^ http://filemklasikmalaysia.blogspot.my/2015/07/panggung-wayang-singapura.html PANGGUNG WAYANG SINGAPURA