9 Mei
tarikh
(Dilencongkan daripada Mei 9)
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
9 Mei merupakan hari ke-129 (hari ke-130 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 236 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Eropah di Kesatuan Eropah;
- Hari Kemenangan di pelbagai negara Eropah Timur;
- Hari Kemerdekaan di Romania (1877).
Peristiwa
sunting- 328 - Athanasius menjadi Bapa Kaum Iskandariah, Mesir.
- 1092 - Katedral Lincoln di England ditahbis.
- 1671 - Kolonel Thomas Blood (gambar) ditangkap ketika cuba mencuri Perhiasan Kebesaran Diraja United Kingdom dari Menara London.
- 1890 - Penubuhan Sanitary Board Kuala Lumpur untuk menjaga kepentingan kesihatan penduduk dan kebersihan Kuala Lumpur yang mana akhirnya menjadi asas kepada penubuhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1972.
- 1901 - Parlimen Australia yang pertama bersidang di dalam Bangunan Pameran Diraja (Royal Exhibition Building) di Melbourne.
- 1929 - Gerhana matahari penuh dilaporkan berlaku di seluruh negeri Perlis.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Vidkun Quisling, Menteri-Presiden kerajaan boneka di Norway semasa pendudukan Nazi, ditangkap di Oslo.
- 1946 - Raja Vittorio Emanuele III turun dari takhta, dalam cubaan mempengaruhi pungutan suara sama ada Itali patut menjadi republik.
- 1955 - Muppet Jim Henson paling terkenal Kermit the Frog muncul buat kali pertama, dalam rancangan televisyen Sam and Friends.
- 2004 - Presiden Republik Chechen pertama Akhmad Kadyrov dan 30 orang lagi terbunuh dalam satu letupan bom ketika perarakan kemenangan peringatan Perang Dunia Kedua di Grozny.
- 2009 - Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono mendapat undi terbanyak dalam pemilihan anggota Majlis Musyawarah Rakyat di Indonesia.
- 2010 - Angkatan tentera Amerika Syarikat, British, Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- 2012 - Sebuah Sukhoi Superjet 100 (gambar) terhempas dalam satu penerbangan pertunjukan di Indonesia, membunuh semua 45 orang di dalamnya.
- 2018 - Pilihan raya umum Malaysia 2018 dilaksanakan selepas Dewan Rakyat Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 dan DUN Negeri-negeri di Malaysia (kecuali Sarawak) dibubarkan setelah mendapat perkenan Ketua Negeri masing-masing.
Kelahiran
sunting- 1950 - Marcheline Bertrand, pelakon A.S.
- 1958 - B. Sathianathan, bekas ketua jurulatih Kelantan
- 1977 - Marek Jankulovski, pemain bola sepak A.C. Milan