Istana Diraja Tuanku dan Menara Kubu London, lebih dikenali sebagai Menara London (bahasa Inggeris: Her Majesty's Royal Palace and Fortress The Tower of London atau lebih popular Tower of London), adalah tugu bersejarah di pusat London, England di beting utara Sungai Thames. Ia terletak di dalam kawasan London Borough of Tower Hamlets dan terpisah dari hujung timur Bandaraya London oleh ruang terbuka yang dikenali sebagai Tower Hill.

Menara London
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Menara London, dilihat dari Sungai Thames
Maklumat am
Nama asliTower of London
TermasuklahWhite Tower
inner bailey
moat
outer bailey Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1988 (sesi ke-12)
Laman sesawang
https://www.hrp.org.uk/tower-of-london/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiTower Hamlets, London, United Kingdom Sunting ini di Wikidata
Koordinat51°30′30″N 0°04′34″W / 51.5082°N 0.0761981°W / 51.5082; -0.0761981
Menara London yang terletak di United Kingdom
Menara London
Lokasi Menara London
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menara London sering dikenali dengan Menara Putih , kubu segi empat sederhana asalnya dibina oleh William the Conqueror pada 1078. Walau bagaimanapun, Menara ini sebagai keseluruhannya adalah kompleks beberapa bangunan diset di dalam lingkaran dinding pertahanan dan sebuah moat.

Fungsi Menara asasnya adalah sebuah kubu, sebuah istana diraja, dan sebuah penjara (terutamanya untuk kedudukan tinggi dan banduan diraja, seperti Princes in the Tower dan Ratu Elizabeth I) yang akan datang. Kegunaan terakhir ini mengarahkan ke frasa "dikirimkan ke Menara" (bermakna "dipenjarakan"). Ia juga berkhidmat sebagai suatu tempat pelaksanaan hukum mati dan keseksaan, suatu armoury, suatu treasury, sebuah zoo, suatu mint, sebuah penjabat rakaman awam, sebuah balai cerap, dan sejak 1303, rumah Crown Jewels United Kingdom.

Sejarah

sunting

Menara London merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Sejarahnya yang mengkagumkan dan penuh peristiwa bermula apda tahun 1067, ketika-mana Menara London tidak lebih dari kurungan mudah yang dibina oleh William Penakluk di sudut tenggara Bandar Rom lama. Sturuktur mengkagumkan, kini terkenal di seluruh dunia sebagai sebahagian pemandangan kaki langit London, merupakan salah satu menara besar pertama di Britain. Apabila William memulakan pembinaan menara besarnya, dia jelas ingin menonjolkan kuasanya pada England dan menunjukkan pada rakyatnya agar tiada pertikaian mengenai siapa yang memerintah negara itu. Disiapkan pada penghujung kurun ke sebelas oleh anaknya, Rufus, menara tersebut menerima tahanan pertamanya pada 1100.

Hampir segi empat sama reka bentuknya, Menara setinggi tiga tingkat itu menguasai tapak tersebut dari semua arah, dan hampir tidak berupah sehingga hari ini. Semasa kurun ke dua belas hanya pembinaan bangunan kecil dan perkubuan di sebelah selatan dijalankan, tetapi pada kurun berikutnya perubahan dramatik yang dimulai oleh Henry III, membentuk istana dan kota yang mengkagumkan. Kebanyakan tembok dalaman didirikan pada tempoh ini, bersama kebanyakan tiga belas menaranya da beberapa bangunan kediaman, sungguhpun kebanyakannya telahpun lenyap. Raja Henry III mempunyai minat mendalam bagi seni bina Gothik, ini jelas kekal sehingga hari ini. Ia adalah pada tempoh ini Menara Putih ini mendapat namanya, setelah di"cat putih" sepenuhnya, disebalah dalam dan juga pada bahagian luar.

Dengan minat berterusan bagi projek ini oleh anaknya, Edward I, yang menyiapkan tembok luar dengan enam menara sisinya, dan membina laluan masuk baru kedalam bandar melalui Pintu Singa di Bukit Menara. Laluan masuk ini melalui beberapa siri jambatan angkat di Menara Singa, menara Tengah, dan Menara Byward, ialah bagaimana orang awam memasuki Menara hari ini. Tapak ini juga boleh dicapai melalui Sungai Thames melalui Pintu St Thomas di dasar menara. Menara ini juga, turut dibina oleh Edward bagi menempatkan apartmentnya, dikhususkan pada archbishop malang dari Canterbury, Thomas Becket.

Pembinaan pada skala besar-besaran seperti itu tidak pernah dilakukan sejak kurun ke tiga belas, dan susun atur bagi Menara London merupakan gambaran agak tepat mengenai bagaimana ia kelihatan pada masa Edward. Tambahan kecil dan peningkatan telah dilakukan pada laman dalam (inner bailey), seperti Rumah Ratu semasa pemerintahan Henry VIII, Simpanan Senjata Baru pada kurun ke tujuh belas dan lapan belas, dan Berek Waterloo dan Muzium Fusiliers semasa kurun ke sembilan belas/dua puluh.

Sepanjang sejarahnya, Menara London telah memainkan banyak peranan penting, dari istana kota Norman, kepada istana menakjubkan, dan dari penjara zaman pertengahan yang suram bagi mereka yang menantikan kematian mengerunkan, sehingga rumah perbendaharaan. Bagi peranan akhir ini sebagai pertahanan kuat, Menara ini telah menempatkan Perhiasan Raja (Crown Jewels) selama beberapa abad, dan mempamerkan himpunan batu baja yang baik. Pada tempoh berbeza, Menara ini juga turut menempatkan Tempa Wang Raja, Taman Haiwan Raja (sehingga haiwan tersebut dipindahkan ke Taman Regents), dan rekod awam.

Menara London mempamerkan keluasan dan kemewahan yang tidak dapat digambarkan, hasil dari sejarahnya yang kaya dan pelbagai merentasi sebelah kurun. Digabung dengan fakta bahawa ia diselenggara secara berkala tanpa perubahan struktur besar, peringatan ini pastinya merupakan unsur penting dalam warisan ibu kota England.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.