Megat Terawis ialah keturunan Daulat yang dipertuan Pagar Ruyung, yang merupakan salah seorang pengiring waris Kesultanan Melaka, Raja Mudzaffar yang bergerak dari Kampar untuk dimahsyurkan sebagai Sultan Muzaffar Shah I, Perak, Sultan Perak pertama pada 1528. Megat Terawis menerima gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja Perak dan menjalankan tugas sebagai Bendahara Perak. Keturunan Megat Terawis memegang jawatan Bendahara di Perak selama 233 tahun sebelum jawatan itu diberikan kepada yang bukan bernama 'Megat'. Salah seorang daripada keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja), berkahwin dengan Raja Kenayan Shah Alam Sayong, iaitu puteri kepada Sultan Muzaffar Shah II, Perak.

Sejarah

sunting

Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Mudzaffar Shah I dari Kampar, Sumatera dan mendirikan kerajaan. Apabila menjadi Sultan, baginda memanggil Tun Mahmud yang bergelar Seri Agar di-Raja yang memerintah di kawasan Selangor untuk datang ke Perak menjadi Bendahara. Tetapi Tun Mahmud kemudiannya dipanggil Sultan Alauddin Riayat Shah II (adinda sebapa Sultan Mudzaffar) supaya datang ke Johor.

Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada konflik. Sultan Mudzaffar Shah I, Perak memberi titah menawarkan pangkat Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban. Megat Terawis menyahut seruan baginda lalu keluar mencari Tun Saban yang sedang berkubu di Kuala Temong. Megat Terawis tiba pada waktu petang dan menembak Tun Saban dengan istinggar tetapi tidak menembusi badan Tun Saban. Peluru itu jatuh ke tanah lalu diambil dan dibaca oleh Tun Saban yang tertulis kata-kata,

"Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong. Barang dimana ia terjatuh di situlah tuannya menjadi Pembesar."

Maka Tun Saban tahulah bahawa dia tidak akan menang dalam konflik ini lalu disuruhnya orang memanggil Megat Terawis. Tun Saban meminta supaya Megat Terawis berkahwin dengan salah seorang puterinya bernama Tun Bongsu Bangsawan, dan Tun Saban tidak lagi menentang Sultan Mudzaffar Shah. [1]

Baginda Sultan mengurniakan gelaran Bendahara Paduka Raja kepada Megat Terawis. Sejak itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak dan hanya berakhir pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Inayah Shah I - Sultan Perak ke-15 (1752 - 1765). Pada ketika itu, waris Megat Terawis iaitu Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatannya kepada sultan kerana isu pembinaan Istana Sultan di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh kerabat diraja Perak, di mana gelarannya menjadi Raja Bendahara Perak (1750-an -1958).

Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Pengakhiran riwayat Megat Terawis tidak jelas dalam catatan sejarah. Walaubagaimanapun, makam kepada salah seorang warisnya, Megat Terawis II kini terletak di Kampung Gajah, Perak di tebing kanan Sungai Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah.

Keturunan Megat

sunting

Sesetengah ahli keluarga Megat Terawis yang kenal kini termasuk:







Golongan Kartunis



Golongan Artis (Penyanyi, Pelakon, Pengacara dan Lain²)'


Luffy, Ramli Luffy, Hassan Tarmizi





Golongan Ahli Politik ;

Megat Ramli Megat Nor, Megat Amir Faisal al-Khalidi bin Megat Ibrahim, Tun Laila Tun Rafei,

Golongan Pendidikannya (Guru Besar dan Guru lain²) ; Megat Hussin, Megat Ramly, Megat Fazli, Megat Ibrahim, , Megat Terawis III, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ] , [, l l l l l , , , , , l l l l l m , , , , , . . . ,

Tun, Tun Laila Tun Rafaee]

Lihat Juga 1

sunting

Keluarga



Selangor


Terengganu


Kelantan


Pahang


Perak


kedah


Johor

Lihat Juga 2

sunting

Rujukan

sunting


Pautan luar

sunting