Sultanah Kedah
Sultanah Kedah (Jawi: سلطانه قدح) merupakan gelaran rasmi bagi suri kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Gelaran ini diperkenalkan buat kali pertamanya pada tahun 1943 oleh Almarhum Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Sultanah Kedah سلطانه قدح | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Fail:- | |
Sultanah Maliha sejak 12 September 2017 | |
pertabalan 22 Oktober 2018 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pembentukan | 1943 |
Persemayaman | Istana Anak Bukit, Alor Setar |
Pelantik | Sultan Kedah |
Sama seperti mana-mana isteri pemimpin negara, Sultanah Kedah tidak mempunyai sebarang peranan atau tugasan rasmi dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Akan tetapi, baginda tetap akan mengiringi Sultan Kedah dalam tugasan luar atau lawatan-lawatan rasmi dan menjadi tuan rumah bagi kunjungan pemimpin-pemimpin luar berserta para isteri ke istana.
Senarai Sultanah Kedah
suntingNama | Pemerintahan | Sultan | Kelahiran | Mangkat | Nota kaki | |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah | 13 Mei 1943 - 13 Julai 1958 | Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah | 25 Oktober 1917 | 13 Mei 1996 | Penyandang pertama |
2 | Sultanah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman | 15 Julai 1958 - 26 Ogos 2003 | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah | 24 Ogos 1930 | 26 Ogos 2003 | Juga merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia dari 20 September 1970 hingga 21 September 1975 |
3 | Sultanah Haminah binti Haji Hamidun | 21 November 2003 - 11 September 2017 | 15 Julai 1953 | Juga merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia dari 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016 | ||
4 | Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Haji Ariff | 12 September 2017 - kini | Sultan Mahmudd Sallehuddin Amminul Kharrim Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah | 13 April 1949 |