Puteri Salbiah
Puteri Salbiah Megat Razali (lahir 1964) ialah seorang bekas pelakon wanita Malaysia yang terkenal pada era 1980-an.[1]
Puteri Salbiah | |
---|---|
Kelahiran | Puteri Salbiah binti Megat Razali 1964 (umur 59–60) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1983–1995 |
Pasangan | M. Jamil (k. 1983; c. 1985) |
Saudara | Puteri Ramlah Megat Razali (adik) |
Keluarga | Megat Terawis |
Kerjaya lakonan
suntingPuteri Salbiah memulakan kerjaya lakonan pada 1983 menerusi filem Ranjau Sepanjang Jalan arahan Jamil Sulong yang mana beliau berlakon bersama seniwati Sarimah dan seniman Ahmad Mahmud. Beliau juga berpeluang berlakon dalam drama swasta dengan membintangi drama pertamanya, Mawas, diikuti oleh Di Hujung Bayanganmu dan Sayang Sarawak.[1] Selepas filem terakhirnya, Black Widow - Wajah Ayu ditayangkan pada 1995, beliau mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan memilih untuk menceburi bidang perniagaan.[2]
Kehidupan peribadi
suntingBeliau mempunyai adik-beradik seramai 7 orang, salah seorang daripadanya ialah Puteri Ramlah, yang turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.
Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah, M. Jamil pada 21 April 1983 dan pasangan ini melafazkan percerairan melalui sepucuk surat yang dikirim oleh Jamil kepadanya pada 3 September 1985.[3][4]
Kontroversi
suntingPada Julai 2013, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu dan menyamar serta dua pertuduhan memalsukan kad pengenalan pada tahun 2010. Puteri Salbiah bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut dalam satu urus niaga pembelian tanah di Jasin, Melaka. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM 5,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Puteri Salbiah.[5][6][7][8]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1983 | Ranjau Sepanjang Jalan | |
1987 | Keluarga 99 | Marlia |
1988 | Bisikan Arwah | Eka |
1995 | Black Widow - Wajah Ayu | Aton muda |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1985 | Mawas | TV1 | |
1986 | Di Hujung Bayanganmu | ||
Sayang Sarawak | |||
1989 | Perhitungan |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
1990 | Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 | Pelakon TV Wanita Terbaik | Dirinya sendiri | Perhitungan | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ a b Abdul Kadir Pandi (18 Disember 1987). "Salbiah menanti watak lebih mencabar". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ "Puteri Salbiah lebih senang berniaga". Berita Harian Singapura. 5 Julai 1998. m/s. 17. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ "M. Jamil ceraikan Puteri Salbiah secara mengejut". Berita Harian Singapura. 22 September 1985. m/s. 8. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ "Puteri Salbiah tidak mahu fikir soal kahwin". Berita Harian Singapura. 4 Ogos 1991. m/s. 10. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ Loshana K. Shagar (11 Julai 2013). "Aktres 80-an Putri Salbiah Dituduh Menipu". mStar Online. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ "Pelakon era 80-an, Putri Salbiah didakwa tipu dan palsukan dokumen". Astro Awani. 11 Julai 2013. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ "Pelakon Putri Salbiah hadapi empat tuduhan menipu beli tanah". Berita Harian. 11 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
- ^ "Pelakon 80-an, Putri Salbiah didakwa tipu, palsu dokumen". Malaysiakini. 11 Julai 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2018.