Mary dari Guise
Mary dari Guise (Perancis: Marie de Guise ; Jawi: ميري دري ڬويز ; 22 November 1515 – 11 Jun 1560), juga dipanggil Mary dari Lorraine, ialah Ratu Scotland dari 1538 hingga 1542, sebagai isteri kedua Raja James V. Beliau ialah seorang wanita bangsawan Perancis dari Kerabat Guise, cabang kadet Kerabat Lorraine dan salah satu keluarga paling berkuasa di Perancis. Sebagai bonda Mary, Ratu Scotland, beliau tokoh penting dalam pergolakan politik dan agama di Scotland pada pertengahan abad ke-16, memerintah kerajaan sebagai pemangku bagi pihak anak perempuannya dari 1554 hingga kematiannya pada 1560.
Mary dari Guise | |
---|---|
![]() Potret diandaikan oleh Corneille de Lyon, s. 1537 | |
Raja permaisuri Scotland | |
Tempoh | 9 Mei 1538 – 14 Disember 1542 |
Kemahkotaan | 22 Februari 1540 |
Ratu pemangku Scotland | |
Pemangku raja | 12 April 1554 – 11 Jun 1560 |
Monarki | Mary |
Keputeraan | 22 November 1515 Château des ducs de Bar, Bar-le-Duc, Duci Lorraine, Empayar Rom Suci |
Kemangkatan | 11 Jun 1560 (umur 44 tahun) Istana Edinburgh, Edinburgh, Scotland |
Pemakaman | Julai 1561 Saint-Pierre-les-Dames, Reims, Perancis |
Pasangan |
|
Anakanda |
|
Kerabat | Guise |
Ayahanda | Claude, Duke dari Guise |
Bonda | Antoinette de Bourbon |
Agama | Roman Katolik |
Anak sulung daripada dua belas orang anak yang dilahirkan kepada Claude, Duke dari Guise, dan Antoinette dari Bourbon, pada tahun 1534 Mary berkahwin dengan Louis II d'Orléans, Duke dari Longueville, yang juga merupakan Grand Chamberlain atau maharaja lela besar Perancis. Perkahwinan tersebut diatur oleh Raja François I dari Perancis tetapi tidak kekal lama. Duke dari Longueville meninggal dunia pada tahun 1537, dan raja duda England dan Scotland, Henry VIII dan James V, kedua-duanya melamar Duchess dari Longueville. Selepas banyak desakan daripada François I dan James V, yang menulis surat peribadi melamar-lamar dan mengesyornya, Mary akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Raja Scotland itu. Selepas kedatangan permaisuri baru di Scotland, James dan Mary berkahwin pada Jun 1538 di Katedral St. Andrews. Mary ditabalkan permaisuri di Biara Holyrood pada 22 Februari 1540, dan perkahwinan itu menghasilkan tiga orang anak berturut-turut: James, Duke dari Rothesay; Robert, Duke dari Albany; dan Mary.[1] Kedua-dua anak lelaki meninggal dunia pada April 1541, cuma berbeza 14 jam,[2] dan apabila James V meninggal dunia pada Disember 1542, pewaris tunggalnya yang masih hidup, Mary, menjadi Ratu Scotland pada usia enam hari.
Kematian James V mendorong Mary dari Guise ke dalam arena politik sebagai ibu kepada Ratu muda Scotland, dengan kerajaan Scotland diamanahkan kepada James Hamilton, Earl ke-2 Arran, sebagai pemangku raja semasa tahun-tahun awal minoriti dan Rough Wooing. Dengan Perjanjian Haddington pada tahun 1548, ratu kecil Mary ditunangkan dengan François, Dauphin Perancis, dan dihantar untuk dibesarkan di Perancis di bawah perlindungan Raja Henri II. Mary dari Guise menggantikan Arran sebagai pemangku pada tahun 1554, dan pentadbirannya dikuasai azam untuk melindungi dan memajukan kepentingan dinasti anak perempuannya, mengekalkan pakatan Perancis-Scotland, dan menegakkan semula kuasa mahkota Scotland. Sepanjang pentadbirannya, Mary bertoleransi terhadap gerakan pembaharuan agama, dan melaksanakan dasar penyesuaian terhadap rakyat Protestannya, walaupun akhirnya dia tidak dapat menghalang Reformasi Scotland.
Awal hidup
suntingMary dilahirkan di Bar-le-Duc, Lorraine, anak perempuan sulung Claude, Duke dari Guise, ketua Kerabat Guise, dan isterinya Antoinette dari Bourbon,[3] anak perempuan Francis, Count dari Vendome, dan Marie de Luxembourg. Antara 11 adik-beradiknya ialah Francis, Duke dari Guise; Claude, Duke dari Aumale; Charles, Kardinal Lorraine; dan Louis I, Kardinal Guise.
Ketika Mary lima tahun, dia menjadi ibu baptis kepada adik perempuannya Louise. Tidak lama selepas itu, dia menyertai neneknya Philippa dari Guelders di biara Golongan Santa Clara di Pont-à-Mousson. Mary tumbuh sangat tinggi mengikut standard zamannya dan mencapai 5 kaki 11 inci (1.80 meter). Ibunya menyatakan bahawa dia sering mengalami selsema teruk.[4] Ketika dia berumur kira-kira 14 tahun bapa saudaranya Antoine, Duke dari Lorraine, dan ibu saudara Renée dari Bourbon melawatnya. Kagum dengan sifat dan perawakan anak buah mereka, mereka membawanya pergi dari biara dan menyediakannya untuk hidup di istana Perancis. Pada tahun 1531, Mary muncul buat kali pertama di perkahwinan François I dan Eleanor dari Austria. Dia menjalinkan persahabatan dengan puteri-puteri Madeleine dari Valois (yang kemudiannya akan menjadi Ratu Scotland) dan Margaret dari Valois.
Rujukan
sunting- ^ Antonia Fraser, Mary Queen of Scots, pp. 3, 12.
- ^ Joseph Bain, Hamilton Papers, vol. 1 (Edinburgh, 1890), pp. 75–6.
- ^ Wellman 2013, m/s. 236.
- ^ Marguerite Wood, Balcarres Papers: The French Correspondence of Marie de Lorraine, vol. 1 (Edinburgh: Scottish History Society, 1923), p. 228.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mary dari Guise |
- Sally Rush, 'Looking at Marie de Guise', Études Epistémè, 37 (2020)
- Mary dari Guise – World History Encyclopedia
Mary dari Guise Cabang kadet bagi Kerabat Lorraine Tarikh keputeraan: 22 November 1515 Tarikh kemangkatan: 11 Jun 1560
| ||
Kerabat diraja Scotland | ||
---|---|---|
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Madeleine dari Valois |
Raja permaisuri Scotland 1538–1542 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Francis II dari perancis |