James V (10 April 1512 – 14 Disember 1542; Jawi: جيم‌س کليما) ialah Raja Scotland dari 9 September 1513 sehingga kemangkatannya pada tahun 1542. Baginda ditabalkan pada 21 September 1513 pada usia tujuh belas bulan. James ialah anak kepada Raja James IV dan Margaret Tudor, anak perempuan Henry VII dari England. Semasa zaman kanak-kanaknya Scotland ditadbir oleh pemangku raja, pertama oleh ibunya sehingga ibunya berkahwin semula, kemudian oleh anak saudara sepupunya, John Stewart, Duke dari Albany. James mula memerintah sendiri pada tahun 1528 selepas baginda akhirnya lepas daripada penjagaan bapa tirinya, Archibald Douglas, Earl dari Angus ke-6. Tindakan pertamanya ialah membuang Angus dari negeri dan merampas tanah bangsawan Douglas.

James V
Potret oleh Corneille de Lyon, s. 1536
Raja Scotland
Pemerintahan9 September 1513 –
14 Disember 1542
Kemahkotaan21 September 1513
Didahului olehJames IV
Diikuti olehMary
Pemangku raja
Lihat senarai
Keputeraan10 April 1512
Istana Linlithgow, Linlithgow, Scotland
Kemangkatan14 Disember 1542(1542-12-14) (umur 30)
Istana Falkland, Fife, Scotland
Pemakaman8 Januari 1543
Biara Holyrood
Pasangan
Anakanda
lagi...
KerabatStewart
AyahandaJames IV dari Scotland
BondaMargaret Tudor
AgamaKatolik
TandatanganTandatangan James V

James melipat gandakan pendapatannya dengan mengetatkan kawalan ke atas estet-estet diraja dan keuntungan daripada kehakiman, cukai, dan hak daripada sistem feudal. Baginda mengasaskan Kolej Keadilan pada tahun 1532 dan bertindak untuk membanteras anarki dan pemberontakan di sempadan England-Scotland dan Hebrides. Persaingan antara Perancis, England dan Empayar Rom Suci memberi James kepentingan diplomatik, dan baginda mendapat dua perkahwinan Perancis yang beruntung dari segi politik dan kewangan, pertama dengan Madeleine dari Valois kemudian kepada Mary dari Guise. James juga mempunyai sekurang-kurangnya sembilan anak luar nikah dengan beberapa perempuan simpanan.

Pemerintahan James menyaksikan permulaan Protestantisme di Scotland, dan perpisahan bapa saudaranya Henry VIII dari England daripada Gereja Rom pada tahun 1530-an memberikan James kelebihan untuk tawar-menawar dengan kepausan, membolehkan James untuk meningkatkan kawalannya ke atas pelantikan gerejawi dan dividen daripada pendapatan gereja. Paus Paulus III juga memberinya gelaran Pembela Iman pada tahun 1537. James terus-menerus menghantar warkah diplomatik dengan pelbagai bangsawan dan penghulu Ireland sepanjang mereka menentang Henry VIII pada tahun 1530-an, dan pada tahun 1540 mereka menawarkan baginda jawatan raja Ireland. Sebagai penaung seni, James turut membelanjakan pembinaan beberapa kediaman diraja dalam gaya Goth Tinggi dan Renaissance.

James diperikan sebagai seorang raja yang pendendam, dan polisi-polisinya banyak didorong haloba serta paranoid akan golongan bangsawannya yang membawa kepada perampasan tanah mereka. Baginda juga pernah disifatkan sebagai "raja orang miskin", kerana baginda mudah dicapai orang miskin dan sering membela mereka daripada penindas. James mangkat pada Disember 1542 berikutan kekalahan Scotland oleh Inggeris dalam Pertempuran Solway Moss. Satu-satunya anak sahnya yang masih hidup, Mary, menggantikannya pada umur baru enam hari.

Anak-anak

sunting

Sah taraf

sunting
Nama Lahir Meninggal dunia Catatan
Dengan Madeleine dari Perancis
tiada anak
Dengan Mary dari Guise
James, Duke dari Rothesay 22 Mei 1540 21 April 1541  
Arthur atau Robert, Duke dari Albany 12 April 1541 20 April 1541  
Mary, Ratu Scotland 8 Disember 1542 8 Februari 1587 Mula-mula berkahwin dengan Francis II dari Perancis; tiada anak. Kedua, Henry Stuart, Lord Darnley, dan dapat anak (James VI dan I). Ketiga, James Hepburn, Earl ke-4 Bothwell; tiada anak.

Tidak sah taraf

sunting
Nama Lahir Meninggal dunia Catatan
Dengan Elizabeth Shaw
James Stewart, Komendator Kelso dan Melrose s. 1529[1] 1557 Anak perempuannya, Marjorie, berkahwin dengan anak saudara lelakinya, Robert Stewart, Earl pertama Orkney. Namun, sesetengah sumber menyatakan beliau tiada anak.
Dengan Margaret Erskine
James Stewart, Earl pertama Moray s. 1531[1] 23 Januari 1570 Ketua Rahib St. Andrews; Pemangku Raja Scotland, untuk anak saudaranya James VI dan I. Berkahwin dengan Agnes Keith, Countess dari Moray, dan ada anak. Beliau ketua kerajaan pertama yang dibunuh dengan senjata api.
Robert Stewart ? 1581[2] Ketua Rahib Whithorn
Dengan Elizabeth Stewart
Adam Stewart, Ketua Rahib Perth ? 20 Jun 1575 Berkahwin dengan Janet Ruthven dan ada anak. Pada Jun 1596, James VI memberikan £200 kepada anak Adam, James Stewart, untuk perbelanjaannya di negara asing.[3]
Dengan Christine Barclay
James Stewart ? ?  
Dengan Elizabeth Carmichael
John Stewart, Komendator Coldingham s. 1531[1] November 1563 Berkahwin dengan Jean Hepburn dan ada anak antaranya Francis Stewart, Earl ke-5 Bothwell. Juga ada anak yang tidak sah.
Dengan Elizabeth Bethune
Lady Jean Stewart s. 1533 7 Januari 1587/88 Berkahwin dengan Archibald Campbell, Earl ke-5 Argyll; tiada anak.
Dengan Euphame Elphinstone
Robert Stewart, Earl pertama Orkney dan Lord dari Zetland (Komendator Holyrood) s. 1533[1] 4 Februari 1593 Berkahwin dengan Jean Kennedy dan ada anak. Juga ada anak yang tidak sah.
Anak yang tidak dinamakan ? ? Meninggal dunia semasa kecil

Moyang

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d HMC: 6th Report & Appendix (London, 1877), p. 670: Pope Clement VII sent a dispensation to James V dated 30 August 1534 that allowed four of the children to take holy orders when they came of age. The document stated that James elder was in his fifth year, James younger and John in their third year, and Robert in his first year.
  2. ^ Gordon Donaldson, Register of the Privy Seal of Scotland: 1567-1574, vol. 6 (Edinburgh, 1963), p. 67 no. 298: Register of the Privy Seal, vol. 8 (Edinburgh, 1982), p. 485, no. 2742.
  3. ^ National Records of Scotland, Exchequer vouchers E23/7.

Pautan luar

sunting
  •   Kategori berkenaan James V di Wikimedia Commons
  • James V di laman web rasmi Monarki British

Potret bagi James V di Galeri Potret Kebangsaan, London  

James V
Tarikh keputeraan: 10 April 1512 Tarikh kemangkatan: 14 Disember 1542
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
James IV
Raja Scotland
1513–1542
Diikuti oleh:
Mary
Bangsawan Scotland
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
James (IV)
Duke dari Rothesay
1511–1513
Kosong
  Gelaran dipegang kemudian oleh  
James